wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.2 TUJUAN SETIAP BAHAGIAN FUNGSIAN

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
  1. Mengawal kecekapan penggunaan sumber
  2. mengawal kualiti produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan
  3. Memastikan keperluan dan kehendak dipenuhi


Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu bahagian fungsian. Apakah fungsian tersebut ?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Pentadbiran

d)

Khidmat Pelanggan

2.

Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan aktiviti pemasaran kepada organisasi perniagaan ?

a)

Menjimatkan kos

b)

Meluaskan pasaran produk

c)

Meningkatkan kualiti produk

d)

Meningkatkan kecekapan pengeluaran

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi bahagian jualan ?

I. Merancang pengeluaran

II. Mengawal kualiti produk

III. Mengemas kini rekod pelanggan

iV. Memberi maklumbalas kepada pelangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

X ialah

memastikan input yang dipesan berkualiti mengenalpasti pembekal yang bersesuaian menjalin hubungan yang baik dengan pembekal


X mungkin ialah bahagian fungsian...

a)

pembelian

b)

pemasaran

c)

pengagihan

d)

pengeluaran

5.

Puan Rita telah menjalankan perniagaan kek melalui jualan secara atas talian. Pelanggan - pelanggan beliau akan membuat tempahan secara atas talian dan penghantaran kek dilakukan oleh Puan Rita dengan menggunakan kereta.


Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam petikan di atas ?


I. Pembelian

II. Kewangan

III. Pengagihan

IV. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Encik Izzuddin ialah pemilik XYZ Trading. Baru- baru ini, XYZ Trading telah menerima pesanan sebanyak 500 unit produk A.


Bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan produk A sampai ke tangan pelanggan ?

a)

Pemasaran

b)

Pentadbiran

c)

Pengagihan

d)

Penggeluaran

7.
  • Melatih pekerja
  • Memilih pekerja
  • Merekut pekerja


Apakah bahagian fungsian tersebut ?

a)

Pengagihan

b)

Pengeluaran

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi

8.

Berikut merupakan elemen campuran pasaran pemasaran.


  • Pengedaran
  • X
  • Promosi


X mungkin ialah

I. Harga

II. Produk

III. Kualiti Produk

IV. Pembungkusan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pernyataan yang manakah BENAR tentang peranan bahagian fungsian pengagihan ?

a)

Menentukan cara untuk mempromosikan barang dan perkhidmatan

b)

Memastikan maklumat tentang produk disebarkan kepada pengguna

c)

Memastikan produk yang diagihkan kepada pelangan menepati piawaian

d)

Memastikan produk yang dihasilkan dapat disampaikan kepada pengguna tepat pada masanya

10.

Encik Jasmi telah menjalankan perusahan penternakan udang. Beliau membekalkan udang tersebut ke pasar pagi atau menjual sendiri.


Bagaimakah fungsian pemasaran dapat membantu meningkatkan jualan udang Encik Jasmi ?

a)

Menjalankan aktiviti promosi bagi memberitahu pelanggan tentang kewujudan udang Encik Jasmi

b)

Membuat perancangan yang rapi bagi memastikan kos operasi sentiasa berada pada tahap minimum

c)

Mengaggihkan udang beliau agar dapat disampaikan kepada pengguna tepat pada masanya

d)

Menjalankan aktiviti penternakan udang yang berterusan bagi memastikan bekalan udang tidak putus

11.

Bagaimanakah aktiviti yang dijalankan oleh bahagian fungsian pemasaran dapat meningkatkan keuntungan perniagaan ?

a)

Mengurangkan kos

b)

Meningkatkan penawaran

c)

Meningkatkan permintaan

d)

Meningkatkan pengeluaran

12.

Semua aktiviti perniagaan yang dijalankan perlu mempunyai bahagian atau unit yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu.


Apakah kepentingan bahagian-bahagian ini kepada perniagaan?

a)

Mengembangkan perniagaan

b)

Membuka peluang pekerjaan

c)

Melancarkan perjalanan operasi

d)

Membantu mencapai objektif

13.

"Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan berdasarkan tahap jawatan"


Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?

a)

Struktur organisasi

b)

Pembahagian kerja

c)

Hubungan pekerja dan ketua

d)

Jenis tugas

14.

Apakah tanggungjawab seorang pekerja kepada ketua dalam organisasi?

a)

Bertanya khabar

b)

Menghormati ketua

c)

Melaksanakan arahan

d)

Membuat laporan

15.

Abdin merupakan seorang graduan daripada sebuah universiti tempatan dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Dia telah dipanggil untuk menjalani temu duga bagi mengisi satu jawatan di bahagian pentadbiran oleh sebuah syarikat terkenal di Lembah Klang. Dia membuat persiapan sebelum menghadiri sesi temu duga dengan mencari maklumat berkaitan jawatan yang ditawarkan.


Apakah antara peranan yang perlu dilaksanakan oleh Abdin sekiranya dia dapat mengisi jawatan tersebut?

a)

Menyimpan dan menerima rekod perniagaan

b)

Membuat pomosi jualan

c)

Membuat pesanan belian

d)

Menyediakan invois

16.

Bahagian fungsian pengurusan sumber manusia adalah salah satu bahagian fungsian yang sangat penting kepada perniagaan.


Aktiviti bahagian ini termasuk ...

a)

pengrekrutan

b)

membayar gaji pekerja

c)

memberhentikan pekerja

d)

penilaian prestasi pekerja

17.

Komunikasi dalaman antara staf dan pekerja dalam sesebuah organisasi juga dikenali sebagai ...

a)

Internet

b)

Intranet

c)

Ekstranet

d)

Online

18.

Selain memastikan penyelesaian masalah berkaitan dengan sistem komputer, apakah peranan lain bahagian fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi terhadap perniagaan?

a)

Memastikan keselamatan sistem yang diguna pakai

b)

Memantau aktiviti pesaing lain

c)

Mencetak rompak perisian untuk mengurangkan kos

d)

Mengesyorkan penggunaan perisian terkini

19.

"Untuk meningkatkan tahap pengeluaran dan pemasaran serta untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan kos yang efektif"


Penyaan di atas merujuk kepada peranan bagi bahagian fungsian ...

a)

pemasaran

b)

kewangan

c)

penyelidikan dan pembangunan

d)

sumber manusia

20.

Apakah peranan bahagian fungsian pengeluaran kepada perniagaan?

a)

Menghasilkan produk

b)

Mencari sumber bahan

c)

Mengenal pasti masalah produk

d)

Menukarkan input kepada output

21.

Pengurus dalam bahagian pengeluaran bertanggungjawab ke atas beberapa kawalan ketika proses pengeluaran dijalankan. Antara tugas mereka ialah memastikan semua bahan input berada dalam keadaan baik.


Hal ini merujuk ...

a)

kawalan keselamatan

b)

kawalan awalan

c)

kawalan semasa

d)

kawalan selepas

22.

Dalam aktiviti pemasaran, terdapat dua strategi yang boleh digunakan oleh organisasi.


Pilih padanan yang betul berkaitan strategi pemasarana tersebut.

a)

Sasaran pengguna

b)

Campuran promosi

c)

Sasaran pasaran

d)

Campuran pemasaran

23.

Syarikat Fly High adalah sebuah syarikat yang memasang dan membuat pelbagai jenis helikopter. Helikopter yang dibuat oleh syarikat ini adalah berdasarkan tempahan dan mengikut cita rasa pelanggan. Saluran agihan yang mana sesuai digunakan oleh syarikat ini?

a)

Pengeluar > Pengguna

b)

Pengeluar > Peruncit > Pengguna

c)

Pengeluar > Ejen > Pengguna

d)

Pengeluar > Pemborong > Peruncit > Pengguna

24.

Pengeluar > Peruncit > Pengguna


Perniagaan yang manakah yang menggunakan saluran agihan di atas?

a)

Kedai Tayar Abbas

b)

Kedai Runcit Azzam

c)

Kedai Baju Sukan Sinar

d)

Kedai Buku Adiba

25.

Pengeluar > X > Peruncit > Pengguna


Apakah fungsi X dalam rajah di atas?

a)

Sebagai perantara

b)

Memasarkan produk

c)

Menentukan harga

d)

Memasang produk

26.

Pekerja yang berkemahiran dan mampu berkomunikasi dengan baik sangat penting untuk menarik minat dan mampu mempengaruhi pelanggan untuk membeli. Mereka juga perlu mengetahui produk dengan baik bagi menjawab persoalan berkaitan produk.


Mereka yang dimaksudkan ialah pekerja di bahagian fungsian ...

a)

pemasaran

b)

jualan

c)

pembelian

d)

khidmat pelanggan

27.

Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi perniagaan?

a)

Pemasaran produk yang terhad

b)

Mempercepatkan proses pngeluaran produk

c)

Dapat membangunkan produk baharu dan berkualiti tinggi

d)

Memastikan pengeluaran barang yang maksimum

28.

Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian pengeluaran?

a)

Mengawal penggunaan sumber secara efektif

b)

Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik

c)

Mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera

d)

Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul

29.

Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat?

a)

Aktiviti menjual barang kepada pengguna

b)

Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pelanggan

c)

Aktiviti memperkenalkan barang oleh penjual kepada pengguna

d)

Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada penjual dan pengguna