wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PELANDUK MENGAJAR MEMERANG

Total questions: 68

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan Nabi Allah Sulaiman?

a)

Boleh bercakap dengan tumbuhan

b)

Boleh bercakap dengan haiwan

c)

Boleh menukar tongkat menjadi ular

d)

Boleh bercakap sejak dilahirkan

2.

Siapakah perdana menteri yang paling bijaksana?

a)

Landak

b)

Unggas

c)

Jin Ifrit

d)

Manusia

e)

Pelanduk

3.

Ketika Syah Alam di RImba melawat kawasan pemerintahan, dilihatnya sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Selepas itu......

a)

Syah Alam di Rimba melihat tujuh ekor anak memerang sedang bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan di mana ibu bapa mereka pergi, Anak-anak memerang itu menjawab ibu bapa mereka pergi mencari ikan buat makanan.

b)

Syah Alam di Rimba melihat empat ekor anak memerang sedang bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan di mana ibu bapa mereka pergi, Anak-anak memerang itu menjawab ibu bapa mereka pergi mencari Sang Sebarau buat makanan.

c)

Syah Alam di Rimba melihat tujuh ekor anak memerang sedang tidur. Syah Alam di Rimba membangunkan mereka dan bertanya di mana ibu bapa mereka pergi, Anak-anak memerang itu menjawab ibu bapa mereka pergi mencari ikan buat makanan.

4.

Mengapakah Syah Alam di rimba tidak bersenang hati?

a)

Ikan-ikan di rimba telah semakin pupus

b)

Memerang telah memakan semua ikan di rimba

c)

Memerang sering melakukan penganiayaan terhadap ikan-ikan

d)

Bekalan ikan-ikan tidak dapat menampung sehingga tujuh keturunan

5.

Apakah yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba selepas bubut berbunyi secara bersahut-sahutan?

a)

Lari bertempiaran

b)

Menutup telinga kerana terlalu bingit

c)

Bersilat

d)

Menyelamatkan diri

6.

Mengapa ibu bapa memerang menuduh Syah Alam di RImba yang menyebabkan kematian anak-anaknya?

a)

Kerana terdapat kesan bau Syah Alam di Rimba di lubang tempat tinggal mereka

b)

Kerana terdapat kesan telapak kaki Syah Alam di Rimba di lubang tempat tinggal mereka

c)

Kerana terdapat bulu-bulu Syah Alam di Rimba yang terjatuh di atas tanah di kawasan tempat tinggal mereka

d)

Kerana terdapat saksi yang melihat iaitu burung Bubut

7.

Bagaimanakah proses penghakiman yang dijalankan oleh Nabi Allah Sulaiman berikutan kes kematian anak-anak memerang?

a)

Syah Alam di RImba menjelaskan dia terdengar Sang Bubut memukul gendang perang. Sang Bubut memukul gendang perang kerana melihat Sang Biawak membawa pedang tercabut sambil berlari-lari. Sang Biawak membawa pedang tercabut kerana ternampak Sang Labi-labi membawa perisai. Sang Labi-labi membawa perisai kerana Sang Udang membawa tombak. Sang Udang Membawa tombak kerana melihat Sang Sebarau berikat pinggang seperti susah hati.

b)

Syah Alam di RImba menjelaskan dia terdengar Sang Bubut memukul gendang perang. Sang Bubut memukul gendang perang kerana melihat Sang Labi-labi membawa pedang tercabut sambil berlari-lari. Sang Labi-labi membawa pedang tercabut kerana ternampak Sang Biawak membawa perisai. Sang Biawak membawa perisai kerana Sang Udang membawa tombak. Sang Udang Membawa tombak kerana melihat Sang Sebarau berikat pinggang seperti susah hati.

8.

Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar pengakuan daripada Sang Udang, Sang Sebarau telah dipanggil untuk menyembah Nabi Allah Sulaiman. Mengapakah Sang Sebarau susah hati?

a)

Kerana ikan-ikan penemannya yang lain semakin pupus

b)

Kerana semuanya anaknya telah hilang disembunyikan oleh Memerang

c)

Kerana Memerang telah memakan semua anaknya sehingga tinggal dia seekor sahaja yang tinggal di lubuk kediamannya

d)

Kerana spesis Sebarau semakin susut kerana diburu Memerang

9.

Apakah pengakhiran cerita Pelanduk mengajar memerang?

a)

Kematian anak-anak Memerang kerana kekhilafan Memerang sendiri

b)

Kematian anak-anak Memerang kerana kekhilafan Syah Alam di Rimba

c)

Syah Alam di Rimba mengakui kesilapan dan Memerang tidak bersalah

d)

Memerang mengakui kesilapan dan Syah Alam di Rimba tidak bersalah

10.

Apakah tema yang bersesuaian bagi Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Balasan dosa yang diberikan kepada pesalah

b)

Balasan terhadap golongan yang menganiayai orang lain

c)

Apa yang dilakukan akan mendapat balasan di kemudian hari

d)

Perbuatan baik akan dibalas baik.

11.

Siapakah perdana menteri yang paling bijaksana?

a)

Landak

b)

Unggas

c)

Jin Ifrit

d)

Manusia

e)

Pelanduk

12.

Siapakah watak utama yang terdapat dalam prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Sang Memerang

b)

Syah Alam di Rimba

c)

Sang Labi-labi

d)

Sang Butbut

13.
  • Mempunyai 7 ekor anak
  • Menjadikan ikan sebagai makanan.
  • Tamak terutamanya dalam hal makanan
  • Ibu bapa yang bertanggungjawab mencari makanan untuk anak-anak.

Pernyataan di atas merupakan perwatakan kepada..

a)

Syah Alam di Rimba

b)

Sang Memerang

c)

Sang Sebarau

d)

Sang Biawak

14.
  • Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia dan binatang.
  • Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyatnya.
  • Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.

Pernyataan di atas merupakan perwatakan kepada...

a)

Nabi Allah Sulaiman

b)

Sang labi-labi

c)

Sang Butbut

d)

Sang Udang

15.

"Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak Sang Memerang."


Berdasarkan contoh peristiwa di atas, Persoalan yang tepat adalah...

a)

Bercakap benar di hadapan pemerintah

b)

Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.

c)

Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.

d)

Pengadilan memerlukan saksi.

16.

"Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu"


Gaya bahasa yang tepat berdasarkan contoh di atas ialah..

a)

Repetisi

b)

Sinkope

c)

Penggunaan bahasa istana

d)

Penggunaan bahasa Arab

17.

"Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari"


Gaya bahasa yang tepat berdasarkan contoh di atas ialah...

a)

Repetisi

b)

Sinkope

c)

Penggunaan bahasa klasik

d)

Penggunaan bahasa istana

18.

"Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan"


Padankan Nilai yang tepat, berdasarkan pengajaran di atas..

a)

Nilai tanggungjawab

b)

Nilai prihatin

c)

Nilai kejujuran

d)

Nilai keadilan

19.

"Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat"


Padankan Nilai yang tepat, berdasarkan pengajaran di atas..

a)

Nilai tanggungjawab

b)

Nilai patuh akan pemimpin

c)

Nilai kejujuran

d)

Nilai prihatin

20.

Nyatakan perwatakan Sang Memerang

a)

adil

b)

mementingkan diri sendiri

c)

jujur

d)

bijak

21.

Antara berikut, yang manakah bukan watak dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Sang Seberau

b)

Sang Bubut

c)

Belatuk

d)

Si Comel

22.

Apakah nama pelanduk dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Syah Jehan di Rimba

b)

Syah Alam di Rimba

c)

Syah Bandar di Rimba

d)

Syah Salam di Rimba

23.

Berapakah ekor anak memerang?

a)

lima

b)

enam

c)

tujuh

d)

lapan

24.

Apakah kesan yang ditinggalkan oleh Syah Alam di Rimba di rumah memerang?

a)

air mata

b)

tapak kaki

c)

tapak tangan

d)

suara

25.

Berikut merupakan persoalan dalam prosa ini kecuali

a)

Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.

b)

Menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah

c)

Bercakap benar di hadapan pemerintah.

d)

Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.

26.

Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;


Gaya bahasa yang digunakan ialah

a)

Sinkope

b)

Simile

c)

Unsur alam

d)

Peribahasa

27.

Pilih pengajaran yang terdapat dalam prosa ini

a)

Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat

b)

Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah

c)

Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan berat sebelah

d)

Kita mestilah menegakkan benang yang basah apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.

28.

Pilih latar masa yang tidak terdapat dalam prosa ini

a)

Pada zaman dahulu

b)

Siang

c)

Petang

d)

Dua hari

29.

Berapa ramaikah menteri Nabi Allah Sulaiman?

a)

Dua

b)

Tiga

c)

Empat

d)

Lima

30.

Antara berikut, yang manakah bukan haiwan yang terlibat dalam perbicaraan Syah Alam di Rimba?

a)

Sang Bubut

b)

Sang Udang

c)

Sang Labi-labi

d)

Sang Belatuk

31.

Mengapakah Sang Memerang bertemu dengan Nabi Allah Sulaiman?

a)

Sang Memerang ingin mengadu perbuatan Sang Udang yang menjadi puncah Syah Alam membunuh anaknya

b)

Sang Memerang ingin mengadu perbuatan Sang Bubut yang menjadi punca Syah Alam membunuh anaknya

c)

Sang Memerang ingin mengadu perbuatan Syah Alam di Rimba yang membunuh anak-anaknya

d)

Sang Memerang ingin mengadu perbuatan Syah Alam di Rimba yang menculik anak-anaknya

32.

Mengapakah Sang Udang membawa tombak bercanggah ?

a)

Sang Udang melihat Sang Sebarau mengikat pinggang seperti dalam kesusahan

b)

Sang Udang melihat Sang Labi-labi mengikat pinggang seperti dalam kesusahan

c)

Sang Udang melihat Sang Bubut mengikat pinggang seperti dalam kesusahan

d)

Sang Udang melihat Sang Biawak mengikat pinggang seperti dalam kesusahan

33.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Syah Alam di Rimba tidak sengaja membunuh anak-anak memerang?

a)

Syah Alam mendengar Sang Belatuk memalu gendang perang

b)

Syah Alam mendengar Sang Bubut memalu gendang perang

c)

Syah Alam melihat Sang Labi-labi membawa perisai

d)

Syah Alam melihat Sang Biawak membawa pedang tanpa sarung

34.

Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang dan Sang Sebarau menjelaskan kepada Nabi Allah Sulaiman peristiwa sebenar yang berlaku


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah persoalan yang terdapat dalam prosa Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Pengadilan memerlukan saksi

b)

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah

c)

Bercakap benar di hadapan pemerintah

d)

Sikap tamak menguasai diri

35.

Antara berikut, yang manakah bukan perwatakan Sang Memerang dalam prosa Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Menjadikan ikan sebagai makanan

b)

Membiarkan anak-anaknya mencari makanan

c)

Bersikap tamak

d)

Mementingkan diri sendiri

36.

Antara pilihan jawapan yang berikut, pilih 3 perwatakan Nabi Allah Sulaiman?

a)

Bijak menyelesaikan masalah

b)

Melantik 4 menteri dalam pentadbiran

c)

Pemerintah yang adil

d)

Tidak terburu-buru membuat keputusan

e)

Mempunyai rakyat dalam kalangan haiwan sahaja

37.

Antara pilihan jawapan yang berikut, pilih 3 nilai yang boleh didapati daripada prosa Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Keadilan

b)

Kebersihan

c)

Kejujuran

d)

Kesederhanaan

e)

Kebijaksanaan

38.

Siapakah yang digelar Syah Alam di Rimba ?

a)

Sang Bubut

b)

Sang Memerang

c)

Sang Pelanduk

39.

Sang Biawak telah mengeluarkan

a)

perisau

b)

pedang tercabut

c)

pedang bermata

40.

Antara latar tempat yang terdapat dalam prosa ini seperti berikut, kecuali

a)

lubang

b)

kota istana

c)

sungai

41.

Antara perwatakan yang terdapat pada Sang Memerang ialah

a)

mementingkan diri sendiri

b)

sangat prihatin kepada penghuni lubuk

c)

memusuhi Sang Pelanduk

42.

Semua yang ada di bawah adalah bahasa istana, kecuali

a)

patik

b)

bersantap

c)

hatta

43.

Semua yang ada di bawah adalah contoh bahasa istana, kecuali

a)

patik

b)

bersantap

c)

hatta

44.

Contoh untuk nilai keberanian ialah

a)

mak dan bapa memerang sedar akan penganiayaan yang telah mereka lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau

b)

semua binatang yang terlibat dengan kematian anak-anak memerang berani datang menghadap Nabi Allah Sulaiman

c)

mak dan bapa memerang bertanggungjawab mencari makanan untuk anak-anaknya

45.

Mengapakah Syah Alam di Rimba hendak memberi pengajaran kepada Sang Memerang?

a)

kerana Sang Memerang meninggalkan anak-anaknya di lubang

b)

kerana Sang Memerang tidak memberikan makan dan minum kepada anak-anaknya

c)

kerana anak-anak Sang Memerang telah mati dipijak

d)

kerana Sang Memerang sering menganiaya ikan-ikan di lubuk

46.

Berikut ialah reaksi Sang Memerang apabila melihat anak-anaknya mati, KECUALI..

a)

Sang Memerang ingin melaporkan perlakuan Syah Alam di Rimba kepada Nabi Allah Sulaiman.

b)

Sang Memerang menangis kerana anak-anaknya sudah mati.

c)

Sang Memerang tahu bahawa Syah Alam di Rimba yang memijak anak-anaknya.

d)

Sang Memerang segera menyorokkan anak-anaknya ke dalam lubang semula.

47.

Apakah tindakan Nabi Allah Sulaiman setelah mendengar aduan daripada Sang Memerang?

a)

Baginda mengarahkan belatuk memanggil semua saksi kejadian.

b)

Baginda mengarahkan agar jatuhan dikenakan terhadap Syah Alam di Rimba.

c)

Baginda menyalahkan Sang Memerang atas kecuaian mereka.

d)

Baginda meminta Sang Memerang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

48.

Berikut ialah antara saksi yang dipanggil mengadap Nabi Allah Sulaiman, KECUALI...

a)

Sang Udang

b)

Sang Sebarau

c)

Sang Labi-labi

d)

Sang Harimau

49.

Mengapakah Sang Sebarau kelihatan susah hati?

a)

kerana Sang Memerang telah memusnahkan lubuk mereka.

b)

kerana Sang Memerang telah memakan semua anaknya.

c)

kerana telah berlaku serangan oleh musuh di istana.

d)

kerana Sang Memerang mencuri makanan mereka.

50.

Setelah mendengar semua penjelasan saksi, apakah tindakan yang dilakukan oleh Nabi Allah Sulaiman?

a)

Baginda menjatuhkan hukuman terhadap Syah Alam di Rimba kerana memijak anak-anak Memerang.

b)

Baginda meminta Syah Alam di Rimba meminta maaf kepada Sang Memerang.

c)

Baginda meminta Sang Memerang mengakui kesalahannya.

d)

Baginda ingin melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

51.

Berikut ialah pengajaran yang terdapat dalam cerita ini, kecuali...

a)

Ibu bapa haruslah bertanggungjawab dan bekerja keras dengan mencari rezeki untuk anak-anaknya.

b)

Kita perlulah mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri supaya kita memperoleh kesenangan.

c)

Sebagai pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan secara adil dan saksama.

d)

Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.

52.

Apakah makanan memerang?

a)

sayur-sayuran

b)

ayam

c)

ikan

d)

biji-bijian

53.

Pada minggu hadapannya, mak dan ayah memerang berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman untuk mengadu tentang Syah Alam di Rimba?

a)

Betul

b)

Salah

54.

Siapakah 4 haiwan yang terlibat dalam perbicaraan Syah Alam di Rimba?

a)

Sang bubut

b)

Sang belatuk

c)

Sang labi-labi

d)

Sang udang

e)

Sang biawak

55.

Apakah Sang sebarau?

a)

burung

b)

labi-labi

c)

ikan

d)

memerang

56.

Manakah Syah Alam di Rimba?

a)
b)
c)
d)
57.

Manakah Sang bubut?

a)
b)
c)
d)
58.

Manakah 2 haiwan yang sesuai untuk tajuk prosa traditional ini?

a)
b)
c)
d)
59.

Syah Alam atau pelanduk membuka langkah silatnya apabila mendengar bunyi ..... ?

a)

Burung Helang

b)

Burung Rajawali

c)

Burung Bangau

d)

Burung Bubut

60.

Adakah semua anak-anak memerang itu mati disebabkan oleh perbuatan Syah Alam ?

a)

Ya

b)

Tidak

61.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa memerang apabila melihat anak-anak mereka telah mati ?

a)

pergi bertemu Syah Alam di Rimba

b)

pergi membunuh Syah Alam di Rimba

c)

pergi ke tempat lain

d)

pergi bertemu Nabi Sulaiman

62.

Menapakah sang biawak berlari-lari membawa pedang tercabut?

a)

sebagai pelindung diri

b)

berlatih pedang

c)

melihat labi-labi membawa perisai

d)

suka-suka

63.

Mengapakah sang labi-labi membawa perisai?

a)

alat untuk bermain

b)

melindungi diri daripada hujan lebat

c)

sebagai hiasan diri

d)

melihat sang udang membawa tombak bercanggah

64.

Pelanduk mengejar memerang merupakan sebuah

a)

cerpen

b)

puisi

c)

sajak

d)

prosa tradisional

65.

Latar belakang kisah tersebut ialah pada zaman

a)

Nabi Sulaiman a.s

b)

Nabi Isa a.s

c)

Nabi Idris a.s

d)

Nabi Muhammad SAW

66.

Pelanduk diberi tanggungjawab sebagai

a)

memanda menteri

b)

hulubalang istana

c)

Syah Alam di rimba

d)

pegawai agama

67.

Pepatah sesuai bagi kisah ini ialah

a)

Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

b)

Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang

c)

Tali jangan putus, kaitan jangan sekah

d)

Jangan difikir air pasang sahaja

68.

Rangkai kata perbuat aniaya dalam petikan prosa tradisional di atas bermaksud

a)

menimbulkan masalah

b)

meluahkan perasaan

c)

melakukan penyeksaan

d)

menjatuhkan hukuman