WorksheetsKuiz Bijak Bahasa 19
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Cikgu Salina ________________ dua orang muridnya yang suka ponteng kelas.
marah
memarahi
marahkan
dimarahi
Mak Timah sedang _____________ kain sebelum menyidainya di ampaian.
memerah
memutar
mengibas
membilas
Sulaiman terpaksa ________________tanah kebunnya kepada pihak bank demi memperbesar peniagaannya.
memberi
menyewakan
mencagarkan
meminjamkan
Sejak Pak Mat dan isterinya meninggal dunia, tiada sesiapa pun yang ___________rumah tersebut.
mewarisi
memasuki
mendiami
mendekati
Baru pagi tadi abang Faris ___________ jambang dan misainya.
mencantas
menebang
mencukur
menghakis
Amalan ___________ orang yang sedang sakit di hospital merupakan suatu amalan yang mulia.
menoleh
menonton
memandang
menziarahi
Kawasan tanah ____________ yang terdapat di negeri ini akan dimajukan oleh pihak pemaju tidak lama lagi.
terabai
terbiar
terbaik
tercemar
"Kami akan pergi ke rumahnya __________ pukul 4.00 petang," kata Shah kepada Razman.
kepada
hingga
pada
di
Adik Airil sayang __________ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak Noni.
dengan
akan
pada
untuk
Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa.
dari
pada
kepada
daripada
Kita harus bersikap belas kasihan ___________ binatang.
akan
bagi
untuk
terhadap
Hamizah tidak pernah menghubungi kami ___________ berpindah ke bandar Ipoh.
demi
bila
pada
semenjak
Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di ________sekolah.
padang
gelanggang
dewan
tapak
Ukiran yang menarik dan halus pada__________kota itu menarik perhatian para pengunjung dari dalam dan dari luar negara.
gerbang
gerigi
pasar
kedai
Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang di_______sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.
junjung
tapak
tepak
teratak
Pasangan pengantin itu kelihatan amat cocok ketika bersanding di atas_____pelamin.
jinjang
junjung
jenjang
pentas
________ yang dibina Pak Ali di tengah-tengah kebun durian itu roboh akibat tiupan angin kencang beberapa hari yang lalu.
Astaka
Dangau
Gerobok
Gudang
Encik Shamsuddin membeli ubat-ubatan di ________ pandu lalu semasa anaknya menghidap demam dan selesema.
klinik
lorong
farmasi
perubatan
Para pengunjung pasar raya itu menggunakan ___ kecemasan apabila bahagian hadapan bangunan itu kebakaran.
eskalator
lif
tangga
pintu
Farid berasa gayat apabila melalui __________ Jalan Pintas Rawang yang tinggi itu ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
jejambat
jejantas
terowong
terusan
