Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM PJ Unit 5: Rekreasi dan kesenggangan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud menghidupkan api secara primitif?

a)

Menghidupkan api secara primitif menggunakan batu, kayu dan buluh semasa ketiadaan sumber untuk menghidupkan api

b)

Kemahiran menghasilkan api dari bahan semulajadi

c)

Api yang dihidupkan di dalam hutan

2.

Apakah kaedah yang digunakan untuk memasak secara primitif?

a)

Membakar, memanggang atau merebus dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran

b)

Memasak menggunakan batu dan api

c)

Memasak makanan hanya menggunakan kaedah merebus

3.

Mengapakah telur tidak boleh dibakar secara terus ke dalam api tanpa disaluti dengan tanah?

a)

Telur akan masak separuh

b)

Telur akan pecah

c)

Telur akan terbakar

4.

Mengapakah kaedah memanggang mengambil masa yang lebih lama?

a)

Proses memasak yang mempunyai pantang-larang

b)

Proses memasak yang cerewer

c)

Proses memasak yang lebih perlahan

5.

Bahan-bahan di bawah merupakan bahan yang digunakan untuk membuat roti lilit (kaedah membakar) KECUALI:

a)

Besen

b)

Minyak

c)

Ranting kayu

6.

Selain dari ubi keledek, kita juga boleh memasak jagung dan ikan menggunakan kaedah merebus.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Apakah itu bola kecergasan (fit ball)?

a)

Salah satu peralatan sukan

b)

Ia diperbuat daripada plastik lembut yang mempunyai ukur lilit 35cm hingga 85cm dan mengandungi angin

c)

Bola permainan untuk kanak-kanak

8.

Apakah fungsi bola kecergasan (fit ball)?

a)

Ia digunakan untuk terapi fizikal dan bola latihan untuk atlet

b)

Ia digunakan dalam permainan sukaneka

c)

Ia digunakan sebagai perhiasan

9.

Pilihan di bawah merupakan aktiviti rekreasi dan kesenggangan KECUALI:

a)

Ragbi

b)

Hoki terbang

c)

Usung balak

10.

Kekuatan kaki, pinggang dan tangan adalah penting dalam permainan ______________

a)

Permainan pukul golek

b)

Permainan sapu bola

c)

Permainan petik jari

11.

Adakah kecekapan koordinasi penting untuk mengawal bola kecergasan kecil?

a)

Betul

b)

Salah

12.

Permainan Hoki Terbang merupakan permainan tradisional.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Permainan X ini mampu membentuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi dan tolong-menolong dalam mengimbangi kekuatan pasukan.


Apakah X?

a)

Permainan usung bola

b)

Permainan usung balak

14.

Kon besar dan paip PVC merupakan peralatan bagi permainan.....

a)

Permainan usung balak

b)

Permainan usung balak berhalangan

15.

Tayar, tiang halangan, kon besar, kon kecil, halangan kecil dan paip pvc merupakan peralatan bagi permainan..........

a)

Permainan usung balak

b)

Permainan usung balak berhalangan