wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk Kampung Limau Hantu selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu ............................. .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

2.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu .......................... .

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

3.

Lee dikatakan .............................. kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

4.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai ............................... .

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

5.

Perasaan Encik Lah ............................... apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

6.

Air mukanya .............................kerana dia telah disahkan positif penyakit COVID-19.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

7.

Nasihat ibu kepada Ramesh ....................... kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air ke daun keladi.

8.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ................................ .

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai menatang minyak yang penuh

9.

Mulut Joo Min ........................ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

agai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10.

Jia Ling ....................... kerana kurang membaca.

a)

bagai abu di atas tunggul

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

seperti katak di bawah tempurung

11.

Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu .............................. .

a)

bagai itik pulang petang

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

air dicencang tidak akan putus

12.

Mak cik itu ........................ apabila mendapati dompetnya hilang.

a)

bagai ayam berak dapur

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai mencurah air ke dalam keladi

13.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng yang bekerja .......................... .

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

14.

Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok..................................... .

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti rusa masuk kampung

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

seperti api dalam sekam

15.

Usaha menolong Rudi .................... kerana dia hanya mengharapkan simpati orang lain tanpa mahu berusaha.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai bunyi perian pecah

c)

bagai ayam dimakan tungau

d)

bagai mendukung biawak hidup

16.

Pui Man dikatakan ................ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai mendukung biawak hidup

17.

Lily yang jelita ..................... diminati oleh ramai pemuda di kampung.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai bulan purnama penuh

d)

seperti katak di bawah tempurung

18.

Puan Anjali dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka ................... setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

seperti cicak makan kapur

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

19.

Walaupun Mie dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti .......................... .

(Pilih 2 jawapan)

a)

ular kena palu

b)

ikan pulang ke lubuk

c)

air dicencang tidak akan putus

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

20.

Peribahasa yang sama maksud dengan "bagaimana acuan begitulah kuihnya".

(Pilih 2 jawapan)

a)

Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari

b)

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

c)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

d)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga