Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

"Kamu jangan __________ dalam perbalahan itu," kata Pak Suhud kepada Mak Lijah.

a)

cepat tangan (bermaksud suka mencuri)

b)

ringan tangan (bermaksud suka membantu orang lain)

c)

campur tangan (bermaksud mengambil tahu hal orang lain)

d)

panjang tangan (bermaksud suka mencuri)

2.

Mustakim Billah Shah seorang yang __________ walaupun beliau seorang yang kaya raya.

a)

ringan kepala (bermaksud orang yang mudah memahami sesuatu perkara)

b)

ringan mulut (bermaksud peramah)

c)

rendah diri (bermaksud tidak sombong)

d)

ringan tangan (bermaksud orang yang suka membantu orang lain)

3.

Setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia, kini Mohd Fatah Aminudin Shakir hidup ______________.

a)

ringan tulang (Orang yang rajin)

b)

sebatang kara (Tidak beribu bapa dan saudara mara)

c)

nyawa-nyawa ikan (Hampir-hampir mati)

d)

berat tulang (Orang yang malas)

4.

Biarlah rahsia antara kita ini tidak diketahui oleh Tukiman kerana dia seorang _______________.

a)

berat mulut (bermaksud pendiam)

b)

mulut tajam (bermaksud suka mengeluarkan kata yang pedas-pedas)

c)

mulut murai (bermaksud orang yang suka bercakap banyak)

d)

mulut tempayan (bermaksud orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)

5.

Penduduk Kampung Kuala Kunta Kente berasa __________ kerana kampung kami sering dikunjungi oleh pelancong asing.

a)

iri hati (bermaksud cemburu)

b)

sakit hati (bermaksud tersinggung dan marah kerana dihina misalnya)

c)

tawar hati (bermaksud tidak bersemangat lagi)

d)

besar hati (bermaksud bangga)

6.

Murid baru itu ____________ kepada ketua darjah 4 Arif.

a)

ada bakat (bermaksud bermaksud ada kemahiran)

b)

ada hati (bermaksud bermaksud menaruh perasaan kepada seseorang)

c)

ada angin (bermaksud bermaksud berkelakuan lain daripada biasa)

d)

ada sengat (bermaksud bermaksud ada kuasa)

7.

Saya harap tiada siapa yang ber____________ terhadap apa yang saya katakan tadi kerana semuanya adalah benar belaka.

a)

senyum kambing (bermaksud senyum mengejek)

b)

atas pagar (bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak)

c)

kecil hati (bermaksud merajuk atau rasa tersinggung)

d)

batu api (bermaksud penghasut)

8.

Ali membeli hadiah sebagai ______________ buat gurunya yang akan berpindah ke sekolah lain.

a)

cenderamata

b)

tanda mata

c)

buah tangan

d)

durian runtuh

9.

Encik Abu ______________ memikirkan masalah hutang-hutangnya yang terlalu banyak.

a)

pening lalat

b)

nyawa-nyawa ikan

c)

mati akal

d)

separuh nyawa

10.

Muthu sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.

a)

cakar ayam

b)

tanduk kerbau

c)

lintah darat

d)

kuku besi

11.

Encik Zainal merupakan seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat kerana sikapnya yang ________________.

a)

kepala angin

b)

manis mulut

c)

ringan mulut

d)

mata keranjang

12.

Sejak dari kecil Jacob tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.

a)

ulat buku

b)

ayam tambatan

c)

lipas kudung

d)

kaki bangku

13.

Oleh kerana perbalahan di antara Husin dan Amran semakin berlanjutan, mereka terpaksa meminta bantuan daripada penghulu kampung yang berperanan sebagai ________________ bagi menyelesaikan masalah tersebut.

a)

akal kancil

b)

kambing hitam

c)

jalan tengah

d)

besar kepala

14.

Sakinah digelar sebagai ________________ oleh rakan-rakannya kerana sering mengambil semula barang-barang atau pemberian yang telah diberikan kepada orang lain.

a)

tangkai jering

b)

keras kepala

c)

hati batu

d)

buruk siku

15.

Salmah dan Asyikin cemburu terhadap Fatimah kerana dia merupakan seorang yang ________________ dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

a)

otak udang

b)

anak emas

c)

tajam akal

d)

ayam tambatan

16.

Walaupun Borhan tinggal berjauhan dengan ibu bapanya, dia sering ______________ dan menghubungi mereka untuk bertanya khabar pada setiap masa.

a)

ringan tulang

b)

ambil berat

c)

jaga hati

d)

ambil hati

17.

Sang Kancil berjaya memperdayakan Sang Buaya kerana Sang Buaya merupakan binatang yang _______________ serta mudah ditipu.

a)

ulat buku

b)

panjang akal

c)

otak udang

d)

panjang tangan

18.

Encik Fahrin sering memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sikapnya ini menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang ___________________.

a)

hati waja

b)

ringan tulang

c)

besar hati

d)

murah hati

19.

Guru Besar ________________ atas kejayaan pasukan hoki sekolah yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri tahun ini.

a)

besar hati

b)

murah hati

c)

panjang akal

d)

manis mulut

20.

Sejak dari kecil dia merupakan seorang yang ___________________. Tidak hairanlah jika dia sering terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato.

a)

tajam akal

b)

mulut manis

c)

fasih lidah

d)

ringan tulang

21.

Walaupun wang simpanan Meng Li tidak banyak, dia sentiasa __________________ agar hasratnya untuk membeli sebuah basikal yang baharu tercapai.

a)

mata duitan

b)

murah hati

c)

panjang tangan

d)

cari jalan

22.

Walaupun wang simpanan Meng Li tidak banyak, dia sentiasa __________________ agar hasratnya untuk membeli sebuah basikal yang baharu tercapai.

a)

mata duitan

b)

murah hati

c)

panjang tangan

d)

cari jalan

23.

Amira merasa ______________ terhadap Susan yang menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan lagi dengannya.

a)

kecil hati

b)

sakit hati

c)

hati batu

d)

besar hati

24.

2.Bapa Amirul ada sebuah kebun yang bersih walaupun tanahnya hanya_________________

a)

A. Berat hati

b)

B. mandi peluh

c)

C. sekangkang kera

d)

D.mandi peluh

25.

3.Saya kagum melihat mereka ____________menguasahakan kebun ini .

a)

A.hati waja

b)

B.berganding bahu

c)

C. mandi peluh

d)

D.besar hati.