wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU STANDARD

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud firasat ?

a)

memberi pandangan

b)

timbang rasa

c)

ramalan

d)

perasaan

2.

Apakah maksud kepetangan ?

a)

cantik

b)

berani

c)

licik

d)

tipu muslihat

3.

Apakah maksud tanpa kedep tembung laku ?

a)

kurang ajar

b)

tiada kebebasan dalam sesuatu yang dilakukan

c)

sangat menakutkan

d)

tidak berkelakuan baik

4.

Beberapa lama didengar oleh Patih Gajah Mada.Maksud beberapa lama ialah......

a)

selepas agak lama

b)

beberapa hari kemudian

c)

setelah lama

d)

tidak berapa lama kemudian

5.

...segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakan pada anaknya.Maksud frasa bergaris ialah

a)

pada permulaannya

b)

punca kejadian

c)

dari mula hingga akhir

d)

semula perihal

6.

Hatta beberapa lama Tuah menghilangkan diri, Jebat pun mula membuat angkara.

a)

tetapi

b)

kemudian

c)

sambil

7.

Arakian, maka tersebutlah kisah sebuah negara yang rajanya baik pemerintahannya.

a)

Ketika itu

b)

Walau bagaimanapun

c)

Selepas itu

8.

Terimalah anak-anakan kencana ini sebagai sagu hati daripada negeri kami.

a)

keris sakti

b)

patung emas

c)

anak panah

9.

"Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi"

a)

askar

b)

pembunuh

c)

pengawal

10.

Tun Perak merupakan penggawa yang disegani pengikut istana.

a)

maharaja

b)

pegawai istana

c)

pengawal istana

11.

Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati

a)

Tidak lama kemudian, Patih Gajah Mada mendengar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka telah mati.

b)

Tidak lama kemudian, baginda mendengar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka telah mati.

c)

Tidak lama kemudian, Patih Gajah Mada mendengar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang diarahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka telah mati.

12.

Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam.

a)

Sultan Muzaffar Syah enggan mahu menyembah siam.

b)

Lantas, Baginda tidak mahu menyembah Siam.

c)

Sultan Muzaffar Syah tidak mahu mengikut arahan Siam

13.

Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka;

a)

Baginda Siam terlalu marah, lalu menyuruh bersiap sedia untuk menyerang Melaka ;

b)

Raja Siam terlalu marah, lalu menyuruh bersiap sedia untuk menyerang Melaka ;

c)

Raja Siam terlalu marah, lalu beliau menyuruh bersiap sedia untuk menyerang Melaka ;

14.

Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi.

a)

Awi Cakri mengarahkan panglimanya untuk membawa rakyat sungguh ramai yang tidak terkira jumlahnya.

b)

Awi Cakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu ramai yang tidak terkira jumlahnya.

c)

Awi Cakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu ramai yang tidak terkira jumlahnya orangnya.

15.

Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada

a)

Tidak berapa lama kemudian didengarnya oleh baginda..

b)

Patih Gajah Mada mendengar tidak berapa lama kemudiannya..

c)

Tidak berapa lama kemudian didengarnya oleh Patih Gajah Mada..

16.

Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda

a)

Tuan Tuan Perak, semua orang Kelang ini menjumpai raja.

b)

Tuan Tuan Perak, semua orang Kelang ini menghadap baginda...

c)

Tuan Tuan Perak mengarahkan semua orang Kelang ini berjumpa baginda Sultan...

17.

Tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga

a)

Tuan hamba dengan pedang tuan hamba yang sebilah itu

b)

baginda dengan pedang Patih Gajah Mada sebilah itu juga

c)

Tuan hamba dengan parang tuan hamba sebilah itu juga

18.

...maka Paduka Bubunya pun menyuruh utusan ke Melaka hendak minta surat sembah.

a)

....Paduka Bubunya menyuruh utusannya ke Melaka untuk meminta surat sembah.

b)

...Paduka Bubunya mengarahkan utusannya ke Melaka untuk meminta surat perjanjian.

c)

...Raja menyuruh utusannya ke Melaka untuk meminta surat sembah.

19.

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu.

a)

Tidak dijawab oleh Tun Perak kata-kata itu.

b)

Tidak disahu oleh Tun Perak kata-kata itu

c)

Semua jawapan di atas betul

20.

Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak...

a)

Sekali lagi baginda berkata, tidak juga dijumpai oleh Tun Perak.

b)

Sekali lagi Seri Amerta berkata, tidak juga disahut/dijawab oleh Tun Perak.

c)

Sekali lagi Seri Amerta berkata, tidak juga dijawab oleh panglima Tun Perak.

21.

Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta....

a)

Genap tiga kali Seri Amerta berkata-kata, barulah dijawab oleh Tun Perak, katanya “Wahai manusia...

b)

Sudah tiga kali Seri Amerta berkata-kata, barulah diseru oleh Tun Perak, katanya “Wahai Seri Amerta...

c)

Genap tiga kali Seri Amerta berkata-kata, barulah dijawab oleh Tun Perak, katanya “Wahai Seri Amerta.....

22.

"Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini harus kubinasakan?"

a)

Siapakah orang yang mengarahkan pembunuhan bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?

b)

Siapakah orang yang mengarahkan pembunuhan bapaku itu supaya negeri ini habis saya akan binasakan?

c)

"Siapakah orang yang mengarahkan pembunuhan bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?"

23.

sedang negeri Daha patik alahkan

a)

sedangkan negeri Dahar dapat patik kalahkan

b)

sedang negeri Melaka patik alahkan

c)

sedangkan negeri Daha dapat patik kalahkan

24.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umur namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu.

a)

Ada seorang anak sultan, Tun Umur namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Kemudian disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu.

b)

Ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umur namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa.


Kemudian disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu.

c)

Ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umur namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Kemudian disuruh oleh Bendahara Paduka Raja menyuluh perahu Siam itu.

25.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah.

a)

Sementara itu Laksamana pun memakai pakaian pejuang. Laksamana pun bergeraklah.

b)

Laksamana pun memakai pakaian pejuang? Laksamana pun berlari

c)

Sementara itu Laksamana pun memakai pakaian pejuang dan Laksamana pun bergeraklah.