wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN AKHIR TAHUN 2022 : BIDANG SENI TEATER - TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang sinonim bagi persembahan teater?

a)

Seni persembahan yang berlaku dikaca televisyen

b)

Seni persembahan yang dipaparkan pada layar putih

c)

Seni persembahan yang dipertayangkan di panggung wayang

d)

Seni persembahan yang dipersembahkan di atas pentas

2.

Apakah definisi bagi Teater?

a)

Seni persembahan yang menonjolkan elemen wow factor (unsur spektekuler)

b)

Seni persembahan yang menggabungkan elemen pentas, pengarah, pelakon, penonton, skrip dan sinografi.

c)

Seni persembahan yang mengutamakan pelakon yang berkebolehan dan bergurindam.

d)

Seni persembahan yang dipertontonkan kepada kerabat diraja sahaja.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan Set Pegun?

a)

Set yang boleh dialihkan oleh pengarah sahaja.

b)

Set yang boleh dialihkan oleh pelakon sahaja.

c)

Set yang kekal dan tidak bergerak.

d)

Set yang kekal dan tidak bergerak kecuali menerima arahan pengarah.

4.

Berdasarkan gambar rajah di atas, set tersebut ialah?

a)

Set Peti Sejuk

b)

Set Pegun

c)

Set Tak Pegun

d)

Set hiasan

5.

Berdasarkan gambar rajah di atas, set tersebut ialah..

a)

Set Pegun

b)

Set Kerusi Roda

c)

Set Besi

d)

Set Mudah Alih

6.

Berikut ialah props yang dikategorikan sebagai..

a)

Props Hiasan

b)

Props Tangan

c)

Props Set

d)

Props Kebersihan

7.

Berikut ialah props yang biasa digunakan dalam pementasan

a)

Props Tangan

b)

Props Set

c)

Props Hiasan

d)

Props Sinografi

8.

Props tangan selalunya digunakan oleh..

a)

Pelakon utama

b)

Pelakon sampingan

c)

Pelakon harapan

d)

Semua pelakon

9.

Berdasarkan gambar rajah di atas, permaidani tersebut tergolong kepada props..

a)

Props Hiasan

b)

Props Set

c)

Props Tangan

d)

Props Pementasan

10.

Berdasarkan gambar rajah di atas, meja tersebut dikategorikan sebagai...

a)

Props tangan

b)

Props hiasan

c)

Set pegun

d)

Set mudah alih

11.

Apakah kepentingan set latar dalam pementasan teater?

a)

Membantu pelakon menguasai sembilan (9) bahagian pentas dengan lebih mudah

b)

Membantu pengarah untuk mengarah naskhah lakonannya di atas pentas

c)

Membantu memberi pemahaman kepada pelakon dan penonton tentang latar masa, tempat, masyarakat bagi sesebuah pementasan

d)

Membantu krew produksi untuk menentukan set yang bersesuaian dengan set latar.

12.

Set latar yang digunakan dalam gambar rajah di atas ialah..

a)

Set Latar Minimalisme

b)

Set Latar Eksperimental

c)

Set Latar Suasana Pejabat

d)

Set Latar Bangunan Awam

13.

Gambar rajah di atas menunjukkan pelakon menggunakan props..

a)

Props Hiasan

b)

Props Tangan

c)

Props Set

d)

Props Sinografi

14.

Apakah kepentingan props dalam pementasan?

a)

Menyakinkan pelakon untuk berlakon.

b)

Memberi gambaran sebenar tentang situasi yang cuba disampaikan oleh pelakon kepada penonton

c)

Pelakon boleh menzahirkan lakonannya

d)

Pelakon bersemangat untuk berlakon di khalayak ramai

15.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, pokok tersebut dikategorikan sebagai...

a)

Props Hiasan

b)

Props Tangan

c)

Set Mudah Alih

d)

Set Pegun

16.

Apakah fungsi solekan diaplikasikan dalam pementasan teater?

a)

Menunjukkan perwatakkan seseorang

b)

Menunjukkan watak dan aspek fisiologi pelakon

c)

Mewujudkan unsur spektekuler di atas pentas

d)

Melengkapkan elemen sinografi

17.

Berikut adalah definisi bagi Solekan..

a)

Solekan merupakan aktiviti menghiaskan diri.

b)

Solekan merupakan perbuatan mencantikkan diri.

c)

Solekan merupakan cara menghias diri dengan menggunakan bahan contohnya seperti bedak, gincu dan celak.

d)

Solekan merupakan cara memburuk diri dengan menggunakan bahan contohnya seperti bedak, gincu dan celak

18.

Berikan definisi bagi dandanan rambut dalam pementasan

a)

Dandanan rambut dalam pementasan merupakan hiasan rambut yang seharusnya mengikut faktor fisiologi watak pelakon.

b)

Dandanan rambut dalam pementasan merupakan potongan rambut yang seharusnya mengikut faktor fisiologi watak pelakon.

c)

Dandanan rambut dalam pementasan merupakan hiasan rambut yang seharusnya mengikut faktor sosiologi watak pelakon.

d)

Dandanan rambut dalam pementasan merupakan hiasan rambut yang seharusnya mengikut faktor kecantikan watak pelakon.

19.

Tatarias : Teknik solekan mata ini ialah?

a)

Mata Penyihir

b)

Smokey Eyes

c)

Eyes Smokey

d)

Light makeup

20.

Tatarias : Teknik lukisan mata seperti gambar rajah di atas ialah...

a)

Almond Eyes

b)

Smokey Eyes

c)

Sleepy Eyes

d)

Shaper Eyes

21.

Solekan yang terdapat pada gambar rajah di atas ialah...

a)

Solekan perkahwinan

b)

Solekan Cantik

c)

Solekan Karakter

d)

Solekan Kesan Khas

22.

Solekan yang terdapat pada gambar rajah di atas ialah...

a)

Solekan pasrah

b)

Solekan cantik

c)

Solekan kesan-kesan khas

d)

Solekan karakter

23.

Solekan yang terdapat pada gambar rajah di atas ialah...

a)

Solekan Cantik

b)

Solekan Karakter

c)

Solekan Kesan-Kesan Khas

d)

Solekan Halloween

24.

Apakah kepentingan tatarias dalam pementasan?

a)

Menonjolkan watak seseorang pelakon.

b)

Mewujudkan unsur spektekuler di atas pentas lakon.

c)

Memberi pemahaman kepada pelakon dan penonton tentang watak seseorang mengikut faktor fisiologinya.

d)

Memberi pemahaman kepada pelakon dan penonton tentang watak seseorang mengikut faktor sosiologinya.

25.

Apakah kebaikan menggunakan bedak foundation dalam pementasan teater.

a)

Bertujuan untuk nampak cantik

b)

Bertujuan untuk kelihatan bersemangat dalam lakonan

c)

Bertujuan untuk menonjolkan ekspresi raut wajah pelakon.

d)

Bertujuan untuk menutup pori-pori agar muka kelihatan halus di atas pentas

26.

Tatarias : Teknik tatarias mata seperti gambar rajah di atas ialah..

a)

Round Eyes

b)

Smokey Eyes

c)

Sleepy Eyes

d)

Butterfly Eyes

27.

Solekan Kesan-Kesan Khas sesuai untuk watak?

a)

Watak sampingan

b)

Watak utama

c)

Watak harapan

d)

Watak orang tua

28.

Proses penjanaan idea rekaan sinografi terdiri berapa langkah?

a)

3 langkah

b)

6 langkah

c)

8 langkah

d)

4 langkah

29.

Proses penjanaan idea rekaan sinografi bagi 'Kumpul' merupakah langkah..

a)

Ke-2

b)

Pertama

c)

Ke-3

d)

Ke-4

30.

Berikut adalah elemen sinografi, kecuali;-

a)

Set dan Props

b)

Tatabunyi

c)

Gestikulasi

d)

Kostum

31.

Apakah definisi bagi busana atau kostum dalam pementasan teater?

a)

Kostum adalah pakaian yang diperagakan untuk tontonan umum

b)

Kostum adalah pakaian yang diperagakan untuk tontonan penonton

c)

Kostum adalah pakaian yang diperagakan untuk tontonan penonton dan semestinya mengikuti faktor fisiologi

d)

Kostum adalah pakaian yang diperagakan untuk tontonan kerabat diraja.

32.

Berdasarkan gambar rajah di atas, kostum yang diperagakan adalah masyarakat berbangsa..

a)

Melayu

b)

Cina

c)

India

d)

Kadazan

33.

Berdasarkan gambar rajah di atas, kostum yang diperagakan ialah kostum pelakon

a)

Wayang Kulit

b)

Teater Bangsawan

c)

Teater MakYung

d)

Teater Realisme

34.

Kostum yang diperagakan oleh pelakon adalah kostum yang berasal daripada Negeri?

a)

Johor Bahru

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Kelantan

35.

Berdasarkan gambar rajah di atas, proses yang bersesuaian untuk dipadankan ialah..

a)

Proses melakar

b)

Proses pemilihan kain fabrik

c)

Proses touchup lakaran

d)

Proses pembentangan hasil kerja

36.

Berdasarkan gambar rajah di atas, kostum yang diperagakan ialah kostum...

a)

Kostum Bangsawan

b)

Kostum Mak Yung

c)

Kostum Teater Wayang Kulit

d)

Kostum Teater Realisme

37.

Berdasarkan gambar rajah di atas, elemen sinografi yang digunakan jelas menceritakan bahawa pementasan teater ini adalah..

a)

Musang Berjanggut

b)

Huminodun

c)

Bawang Putih, Bawang Merah

d)

Syahid Dukapura

38.

Apakah kepentingan elemen kostum dalam pementasan teater?

a)

Agar penonton teruja dengan pementasan

b)

Agar pementasan dapat menfokuskan era dan tahun sebenar pementasan teater tersebut

c)

Agar para pelakon kelihatan gah di atas pentas

d)

Agar pengarah mendapat pujian daripada penonton

39.

Sekiranya elemen sinografi iaitu kostum tidak diaplikasikan dalam pementasan, apakah yang akan terjadi?

a)

Penonton berasa teruja dengan gaya pementasan teater

b)

Pengarah mendapat pujian daripada penonton

c)

Pelakon berjaya membawa wataknya dengan jayanya

d)

Penonton dan pelakon tidak menjiwai dan terdapat kekeliruan tahun bagi pementasan tersebut.

40.

Apakah nama bahan solekan yang terdapat pada gambar rajah di atas?

a)

Liptint

b)

Kryolan

c)

Lipstik

d)

Foundations