wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kebebasan bersuara menjamin kemakmuran negara

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kebebasan suara?

a)

Mengeluarkan kenyataan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

b)

Kebebasan berucap dan mengeluarkan

kritikan dengan tanpa batasan.

c)

Kebebasan berucap dan mengeluarkan

pendapat dengan batasan tertentu.

d)

Situasi dimana seseorang berucap dan mengeluarkan

pendapat kepada pihak tertentu.

2.

"Undang-undang tertinggi negara bagi

memastikan rakyat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan."


Penyataan berikut merujuk kepada

a)

Parlimen

b)

Perlembagaan Malaysia

c)

Undang-undang jenayah

d)

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

3.

Berikut merupakan keperluan batasan dalam kebebasan bersuara kecuali :

a)

Menggalakkan rakyat berpersatuan.

b)

Mengelakkan perselisihan faham antara kaum.

c)

Mengelakkan prasangka dan provokasi.

d)

Memelihara ketenteraman awam.

4.

"Menghubungi Biro Pengaduan Awam melalui laman sesawang."


Penyataan berikut kepada :

a)

Langkah menggalakkan kebebasan bersuara.

b)

Faktor menggunakan badan kerajaan untuk menyuarakan pendapat.

c)

Kepentingan kebebasan bersuara.

d)

Cara menyuarakan pendapat mengikut saluran yang betul.

5.

Apakah keperluan batasan dalam kebebasan bersuara?


(Pilihan jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

Mengelakkan prasangka dan provokasi.

b)

Memajukan negara.

c)

Melahirkan masyarakat yang patuh kepada pemerintah.

d)

Menghindari perbuatan fitnah.

6.

Apakah cara menyuarakan pendapat mengikut saluran yang betul?


(Pilihan jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

Menyampaikan aduan melalui peti aduan atau cadangan.

b)

Memuatkan naik pendapat dan kritikan di media sosial.

c)

Menulis surat kepada pihak berkenaan.

d)

Mewujudkan persatuan dan menyerang pihak-pihak tertentu.

7.

Apakah kesan penyalahgunaan kebebasan bersuara?


(Pilihan jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

Mencetuskan pergaduhan antara kaum.

b)

Menggugat keamanan negara.

c)

Mencemarkan imej negara.

d)

Mewujudkan prasangka antara individu.

8.

Apakah akta diwujudkan bagi melindungi hak kebebasan bersuara?

a)

Akta Telekomunikasi 1950 (Akta 588) dan Akta Sosial 1988

b)

Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

c)

Akta Pencegah Rasuah 1961 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)

d)

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Rahsia Rasmi 1972

9.

"Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertanggungjawab."

a)

Betul

b)

Salah

10.

Fungsi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah :

a)

Menyemak dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi.

b)

Melarang orang yang tidak dibenarkan (unauthorised person) untuk memiliki, menyimpan, mengedar atau memaklumkan

kepada orang ramai sebarang rahsia kerajaan.

c)

Mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

11.

Encik Rahim mendengar khabar angin tentang suatu rusuhan yang akan berlaku lalu dia menyebarkannya di laman facebook miliknya.

a)

WAJAR

b)

TIDAK WAJAR

12.

Ah Seng tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima di sebuah restoran dan terus membuat kecoh sehingga menimbulkan keadaan huru-hara.

a)

WAJAR

b)

TIDAK WAJAR

13.

Membuat provokasi demi kepentingan diri sendiri atau persatuan yang disertai.

a)

WAJAR

b)

TIDAK WAJAR

14.

Tidak menyebarkan berita yang belum diketahui akan kesahihannya.

a)

WAJAR

b)

TIDAK WAJAR

15.

Bersemuka dengan organisasi tertentu dan berbincang tentang kelemahan mutu perkhidmatan yang diterima

a)

WAJAR

b)

TIDAK WAJAR