WorksheetsCA01 KOMUNIKASI EFEKTIF
Total questions: 10
Worksheet time: 9mins
Apakah maksud komunikasi berkesan?
A. Komunikasi berkesan ialah penyampaian maklumat dengan
cara yang mudah difahami oleh penerima
B. Komunikasi berkesan ialah penyampaian maklumat dengan
cara yang sentiasa digemari oleh orang ramai
C. Komunikasi berkesan ialah penyampaian maklumat dengan
cara yang sentiasa disukai oleh penyampai
D. Komunikasi berkesan ialah penyampaian maklumat dengan
cara yang disukai oleh pendengar walaupun kurang
difahami oleh penerima
2. Apakah 2 bentuk komunikasi lisan?
A. Lisan dan bertulis
B. Oral dan bertulis
C. Oral dan lisan
D. Bertulis dan mendengar
Komunikasi oral ialah penyampaian maklumat melalui percakapan, sementara komunikasi bertulis ialah penyampaian maklumat dalam bentuk bertulis
A. Betul
B. Salah
Jenis komunikasi aliran ini ialah polisi, peraturan dan prosedur. Di samping perjumpaan bersemuka dan mesyuarat berkumpulan, komunikasi jenis ini juga boleh dilakukan melalui surat berita, blog, media sosial, manual prosedur, laporan, memo dan surat.
A. Komunikasi ke atas
B. Komunikasi ke kanan
C. komunikasi ke bawah
D. Komunikasi ke kiri
Ada komunikasi tertentu yang disalurkan ke atas dalam rantaian perintah. Ini termasuk komunikasi seperti maklum balas, laporan prestasi dan aduan yang disampaikan oleh pekerja bawahan kepada pengurus. Alat yang menggalakkan komunikasi seperti ini termasuk soal selidik, mesyuarat tetap, polisi pintu terbuka, serta memberi peluang kepada kakitangan mengambil bahagian sebagai ahli dalam panel penasihat. Apakah jenis komunikasi ini?
A. Komunikasi ke bawah
B. Komunikasi ke kanan
C. Komunikasi ke kiri
D. Komunikasi ke atas
Kemahiran perhubungan yang baik termasuk kebolehan bekerjasama dengan orang lain, bekerja dalam pasukan, komunikasi yang baik, dan berbaik dengan orang lain. Kemahiran ini sangat berguna dan anda boleh mempelajarinya dengan sedikit latihan
A. Betul
B. Salah
Nyatakan cara berkomunikasi yang efektif dalam menjaga perhubungan di antara organisasi dengan pelanggan
A. Mesyuarat terbuka, emel, mesyuarat bersemuka dan
pembentangan
B. Mesyuarat terbuka, whatsapp, melalui orang perantaraan
dan melalui broker
C. Mesyuarat terbuka, melalui orang perantaraan,
pembentangan dan mesyauarat bersemuka
D. Mesyuarat terbuka, melalui orang perantaraan, telegram dan
Setelah selesai berkomunikasi dengan cara apa pun, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih sebagai tanda menghargai kesudian pendengar meluangkan masa mereka untuk bercakap dengan anda.
A. Betul
B. Salah
Bahasa gerak-geri ialah sebahagian penting komunikasi. Pelajari kemahiran menggunakan bahasa gerak-geri dalam komunikasi. Berdiri atau duduklah dengan tegak, berikan senyuman dan buat hubungan mata. Gunakan tangan untuk menggambarkan mesej anda. Gunakan pergerakan tangan dan isyarat untuk mengukuhkan keseriusan perkara yang anda sampaikan. Akan tetapi, jangan gunakan pergerakan badan yang keterlaluan
A. Betul
B. Salah
Jangan cuba menunjuk-nunjukkan kemahiran berbahasa. Bahasa yang digunakan harus mudah dan jelas untuk menghasilkan komunikasi berkesan. Jika anda menggunakan bahasa berbunga, mesej anda mungkin menjadi kabur dan tidak dapat difahami
A. Betul
B. Salah
