Font size
WorksheetsKonsep mol, formula dan persamaan kimia
Total questions: 40
Worksheet time: 50mins
Berapakah bilangan atom litium yang mempunyai jisim yang sama dengan 2 atom nitrogen?
[Jisim atom relatif: Li = 7; N = 14]
2
4
6
8
Apakah jisim molekul relatif bagi sulfur heksafluorida?
[Jisim atom relatif: F = 19; S = 32]
51
108
133
146
Jisim atom relatif plumbum ialah 207. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
[jisim atom natrium = 23]
0.01 mol plumbum berjisim 2.07 g
20.7 g plumbum mengandungi 6.02 x 1021 atom
1 mol plumbum mempunyai isi padu 24 dm3 pada keadaan bilik
Jisim satu atom plumbum adalah sama dengan jisim 7 atom natrium
Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai 3.01 x 1023 atom?
0.25 mol air
0.5 mol karbon
0.5 mol gas oksigen
0.3 mol gas hidrogen
Apakah isi padu pada keadaan bilik bagi satu sampel gas ammonia, NH3 dengan jisim 5.1 g?
[Isi padu molar gas = 24 dm3 pada keadaan bilik]
7.2 dm3
12 dm3
14.4 dm3
18 dm3
Antara berikut, yang manakah merupakan formula kimia yang betul bagi kuprum(II) iodida?
CuI
Cu2I
CuI2
Cu2I2
1.2 g unsur Y berpadu dengan bromin untuk menghasilkan 6 g sebatian dengan formula empirik YBr2. Apakah jisim atom relatif bagi unsur Y?
[Jisim atom relatif: Br = 80]
20
36
40
56
Berikut ialah satu persamaan kimia:
H2SO4(ak) + 2KOH(ak) → K2SO4(ak) + xH2O(ce)
Apakah nilai x?
1
2
3
4
Pembakaran lengkap etanol adalah seperti berikut:
C2H5OH(ce) + 3O2(g) → 2CO2(g) + 3H2O(ce)
Berapakah isi padu gas oksigen yang diperlukan pada keadaan bilik untuk membakar 9.2 g etanol dengan lengkap?
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Isi padu molar = 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]
4.8 dm3
9.6 dm3
14.4 dm3
19.2 dm3
Hitungkan jisim molekul relatif, JMR bagi sebatian ammonia, NH3.
[JAR: C =12; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14]
10
14
17
20
Hitungkan jisim molekul relatif, JMR bagi sebatian asid etanoik, CH3COOH.
[JAR: C =12; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14]
35
40
50
60
Hitungkan jisim formula relatif, JFR bagi sebatian ion Ammonium sulfat, (NH4)2SO4.
[JAR: Mg =24; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14; S = 32; Cu = 64]
106
188
250
132
Hitungkan bilangan atom bagi 0.2 mol ferum, Fe.
[Pemalar Avogadro, NA: 6.02 x 1023mol-1]
1.04 x 1023 atom
1.204 x 1023 molekul
1.204 x 1023 atom
1.206 x 1023 ion
Hitungkan bilangan molekul bagi 3 mol gas nitrogen, N2.
[Pemalar Avogadro, NA: 6.02 x 1023mol-1]
1.806 x 1022 molekul
1.206 x 1024 molekul
1.106 x 1023 molekul
1.806 x 1024 molekul
Formula molekul bagi glukosa ialah C₆H₁₂O₆. Apakah formula empiriknya?
A. CHO
B. C₆H₁₂O₆
C. CH₂O
Rajah menunjukkan susunan radas bagi satu experimen untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.
Langkah manakah yang betul untuk memastikan pita magnesium itu terbakar dengan lengkap?
A. Buka penutup mangkuk pijar sekali-sekala semasa pemanasan.
B. Panaskan pita magnesium itu dengan kuat dalam mangkuk pijar tanpa penutupnya
C. Tutup mangkuk pijar dengan penutupnya sebaik sahaja pita magnesium itu mula terbakar.
D. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh.
Berapakah bilangan mol kuprum (II) nitrat dalam 56.4 g kuprum (II) nitrat Cu(NO₃)₂?
0.30 mol
0.32 mol
0.45 mol
3.33 mol
Hitung bilangan molekul yang terdapat dalam 11g bagi karbon dioksida
[j.a.r: C=12;O=16;Pemalar Avogadro= 6.02 x 1023 mol-1]
1.505 X 1023 molekul
2.365 x 1023 molekul
1.655 x 1023 molekul
Berapakah bilangan atom dalam 0.5 mol gas sulfur dioksida, SO2?
[Pemalar Avogadro = 6.02 × 1023 mol-1 ]
6.02 × 1023
0.5 × 6.02 × 1023
0.5 × 2 × 6.02 × 1023
0.5 × 3 × 6.02 × 1023
Manakah sebatian yang mempunyai formula empirik CH3O?
CH2OHCH2OH
C6H5COOH
HCOOC2H5
CH3CHO
Satu sebatian berformula X2CO3 mempunyai jisim formula relatif 138. Berapakah jisim atom relatif bagi X? [Jisim atom relatif: C = 12 dan O = 16]
39
69
78
110
Veronal ialah ubat pelali yang digunakan untuk merangsang pesakit mental untuk tidur. Formula molekul bagi veronal ialah C4H2N2O3(C2H5)2. Tentukan jisim molekul relatif bagi veronal. (Jisim atom relatif; H=1, C=12, N=14, O=16)
186
184
180
182
Persamaan berikut mewakili satu tindak balas.
Cu(OH)2 + 2HNO3 --> Cu(NO3)2 + 2H2O
Apakah bahan-bahan tindak balas dalam persamaan ini?
Kuprum (II) nitrat dan air
Kuprum (II) nitrat dan asid nitrik
Kuprum (II) hidroksida dan asid nitrik
Asid nitrik dan air
Ammonium sulfat digunakan sebagai baja.
Berapakah peratusan nitrogen mengikut jisim dalam ammonium sufat?
[Jisim atom relatif: H =1; N=14; O =16; S =32]
10.6 %
12.3 %
13.3 %
21.2 %
Antara formula kimia berikut, yang manakah betul?
Li2O
KBr2
Al3Cl
MgNO3
Formula bagi ion karbonat ialah CO32- dan ion klorida ialah Cl- .
Jika formula garam karbonat bagi X ialah XCO3 , apakah formula garam klorida bagi X ?
XCl
X2Cl
XCl2
X(Cl2)3
Rajah menunjukkan struktur molekul bagi aspirin.
Tuliskan formula molekul bagi aspirin.
(a)
Antara yang berikut yang manakah adalah ion?
H2
CO2
NO2
HCl
namakan sebatian ion ini, NH4Cl
(a)
Apakah nama bagi sebatian molekul ini, SO3
Sulfur dioksida
sulfur trioksida
sulfur (III) Oksida
Sulfur Oksida
.KI + Br2 --> I2 + ...?...KBr
seimbangkan persamaan ini.
Apakah pekali yang perlu diletak di hadapan KBr?
2
3
4
5
Suatu sebatian mengandungi 29.11% natrium, 40.51% sulfur dan 30.38% oksigen mengikut jisim. Apakah formula empirik sebatian itu? ( JAR O=16; Na=23, S=32)
Na2SO3
Na2SO4
Na2S2O3
Na2S2O8
(a) ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah bilangan atom paling ringkas bagi setiap unsur dalam suatu sebatian.
(a) ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah sebenar bilangan atom bagi setiap unsur dalam suatu sebatian.
nyatakan kenapa gas hidrogen masih dialirkan beberapa minit selepas pemanasan?
supaya tidak meletup
memastikan tindak balas berlaku dengan lengkap
mengelakkan kuprum yang panas kembali teroksida kepada kuprum (II) oksida
memastikan keputusan yang tepat diperolehi
Selain magnesium, logam lain yang sesuai digunakan dalam eksperimen ini ialah
Zink
Kuprum
Plumbum
Argentum
Fungsi utama ketulan zink dan asid hidroklorik dicampurkan adalah untuk menghasilkan .........
gelembung udara
gas oksigen
gas hidrogen
zink klorida
2K + 2H2O --> 2KOH + H2
Terangkan persamaan kimia ini dari segi aspek kuantitatif
logam kalium bertindakbalas dengan air menghasilkan larutan akueus kalium hidroksida dan gas hidrogen
hasil tindakbalas ialah kalium hidroksida dan gas hidrogen
bahan tindakbalas ialah kallum dan air
2 mol K bertindakbalas dengan 2 mol air menghasilkan 2 mol KOH dan 1 mol gas hidrogen
Formula empirik butana ialah CH2.. Diberi jisim molar butana ialah 56gmol- . hitung formula molekul butana.
[j.a.r : C=12, H=1]
C2H4
C3H6
C4H8
C5H10
Formula kimia bagi natrium oksida ialah (a)
