wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ Bahasa Melayu TAHUN 6 SRITSAT 2021

Total questions: 25

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

1. Hulubalang yang menerima persalinan segera menyembah, “Menjunjung kasih, __________ ! Kurniaan ini _______ terima dengan berbesar hati.”

a)

A tuanku … patik

b)

B hamba … baginda

c)

C tuanku … baginda

d)

D patik … tuan hamba

2.

2. Bantal yang diisi dengan _______________ yang mencukupi amat selesa digunakan ketika tidur.

a)

A bebuli

b)

B bebola

c)

C kekabu

d)

D bebenang

3.

3. “ Adakah pihak istana sudah mengetahui perkara ini?”, tanya pemberita.


“ Ya, kerajaan negeri telah ___________perkara ini kepada sultan,” kata Menteri Besar.

a)

menjunjung titah

b)

memohon kurnia

c)

menyembah maklum

d)

menerima menghadap

4.

4. Yusra berasa sungguh ________ apabila hujan turun dengan lebat dan disertai kilat sabung- menyabung tatkala dia keseorangan di rumahnya.

a)

geram

b)

takut

c)

bangga

d)

marah

5.

5. “Kalian ___________ belajar dengan tekun demi kejayaan dalam UPSR nanti,” kata kakak kepada kedua-dua orang anak buahnya.

a)

telah

b)

mesti

c)

boleh

d)

masih

6.

6. Arif ________ basikal baharunya dengan berhati-hati.

a)

menolak

b)

menuntun

c)

menunggang

d)

membonceng

7.

7. Cikgu Firas mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga _________ semasa mengikuti proram motivasi itu.

a)

tatacara

b)

tatabahasa

c)

tatarias

d)

tatasusila

8.

8. Hanani melakukan kerja-kerja kebajikan itu dengan __________ hati tanpa adanya paksaan daripada pihak-pihak lain.

a)

ketaatan

b)

kepatuhan

c)

kerelaan

d)

kesetiaan

9.

9. Penduduk kampung mengejar lelaki yang cuba memasuki rumah Encik Ridhwan berasa bersyukur kerana dapat menangkap dan membawanya ke balai polis.

Pilih perkataan sinonim bagi mengejar.

a)

mengundang

b)

menghambat

c)

menyeru

d)

memujuk

10.

10. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Keputusan yang terbaik dalam peperiksaan telah menjadikan budak itu ________ kerana menganggap dirinya lebih bijak.

a)

besar diri

b)

besar hati

c)

besar akal

d)

besar kepala

11.

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Lampu yang dipasang di bilik tengah itu cahayanya pudar sahaja.

II Ayah membeli barang keperluan di pasar raya besar itu secara pudar.

III Kawasan hutan di belakang rumah nenek yang pudar perlu dibersihkan.

IV Warna baju dan seluar sukan adik mulai pudar walaupun baru tiga bulan digunakan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

12. Pilih penggunaan ayat tanya yang betul.

a)

Di mana kamu tinggal?

b)

Kamu tinggal di manakah?

c)

Kamu tinggal di mana?

d)

Tinggal di manakah kamu?

13.

13. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Berapakah jumlah tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu?

a)

Saya akan mengiranya nanti.

b)

Saya tidak pasti bilangan tetamunya.

c)

Majlis perkahwinan itu akan diadakan pada minggu hadapan.

d)

Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh sanak saudara dan rakan taulan.

14.

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Semua sahabat Zahraa menyenangi sikapnya yang baik hati.

a)

Semua sahabat Zahraa disenangi oleh Zahra yang baik hati.

b)

Zahraa dan semua sahabatnya disenangi kerana bersikap baik hati.

c)

Sikap Zahra yang baik hati disenangi oleh semua sahabatnya.

d)

Sikap baik hati semua sahabatnya disenangi oleh Zahra.

15.

15. Pilih ayat yang betul.


I Sulhi mengayuh basikalnya di taman rekreasi itu dengan lincah.

II Selepas mandi dan makan, abang terus menonton televisyen.

III Kita haruslah bersikap amanah ketika melaksanakan tugas.

IV Encik Azfar menyerahkan seikat rambutan pada jirannya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Pilih kata permintaan yang tepat bagi melengkapkan dialog.


16. ________ masukkan daun-daun kering ke dalam plastik hitam agar tidak bersepah di sekitar sekolah.

a)

Minta

b)

Tolong

17.

17. _________ keluarkan sampah sarap yang terdapat di dalam longkang supaya longkang tidak tersumbat dan air dapat mengalir dengan laju.

a)

Minta

b)

Tolong

18.

18. ________ Qaisara senaraikan keperluan untuk membuat mural kerana Encik Uwais mahu pergi ke kedai untuk membelinya sekarang.

a)

Minta

b)

Tolong

19.

19. ________ bersihkan semua peralatan yang telah digunakan semasa aktiviti gotong-royong ini demi imej baik Kelab Alumni sekolah kita.

a)

Minta

b)

Tolong

20.

20. __________ Qaseh membantu kamu mengambil barang-barang di stor.

a)

Minta

b)

Tolong

21.

21. ________ semua ahli Kelab Alumni berkumpul di kantin sekolah untuk sesi jamuan ringan selepas gotong-royong selesai.

a)

Minta

b)

Tolong

22.

22. Abang Safuan ________ membersihkan kolam ikan patin miliknya.

a)

Wah

b)

dan

c)

untuk

d)

sedang

23.

23. Nasmir _______ Hayat melepaskan kambing-kambing mereka di padang ragut.

a)

untuk

b)

dan

c)

sedang

d)

Wah

24.

24. Pak Iskandar turun ke laut _______ menangkap ikan.

a)

sedang

b)

untuk

c)

dan

d)

Wah

25.

25. “ _____, besarnya ikan keli ini!”

a)

dan

b)

untuk

c)

Wah

d)

sedang