NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM KERTAS 1
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Peralatan perlindungan diri yang manakah digunakan untuk melindungi hidung daripada terhidu bahan kimia?
kot makmal
topeng muka
topi keselamatan
sarung tangan
Kelenjar manakah yang menyebabkan pembengkakan di bahagian leher?
Testis
Pankreas
kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Aktiviti badan dikawal oleh dua sistem koordinasi.
Apakah dua sistem tersebut?
Sistem pencernaan dan sistem endokrin
Sistem saraf dan sistem respirasi
Sistem saraf dan sistem pencernaan
Sistem saraf dan sistem endokrin
Rajah menunjukkan proses yang berlaku dalam satu pembahagian sel
Apakah yang berlaku pada kromosom semasa proses ini?
Pertukaran maklumat genetik
Bilangan kromosom dikekalkan
Kromosom bergerak ke kutub bertentangan
Replikasi kromosom berlaku
Rajah menunjukkan struktur sejenis plastik.
Antara berikut, yang manakah benar tentang plastik tersebut?
Sukar dilenturkan
Boleh diacu semula
Takat lebur tinggi
Ketahanan haba rendah
Bahan seramik banyak digunakan untuk menggantikan kaca dalam pembuatan cawan.
Mengapakah seramik sesuai digunakan untuk menggantikan kaca dalam industri pembuatan?
Mulur
Mudah dicuci
Boleh ditempa
Konduktor haba yang lemah
Pembebasan gas X yang berlebihan di dalam atmosfera menyebabkan suhu bumi meningkat.
Apakah gas X?
Karbon monoksida
Karbon dioksida
Sulfur dioksida
Oksigen
Roti yang diadun dengan menggunakan mikroorganisma P mempunyai tekstur yang lembut dan
berongga.
Apakah mikroorganisma P?
Bakteria
Kulat
Virus
Alga
Rajah menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit.
Antara A, B, C dan D, yang manakah menghasilkan banyak minyak?
A
B
C
D
Antara yang berikut, aktiviti manakah yang perlu dilaksanakan bagi mengawal masalah penipisan
ozon?
Melakukan program kitar semula kepada barangan plastik
Mengurangkan penggunaan aerosol dalam aktiviti seharian
Mengelakkan pembakaran hutan yang berleluasa untuk pertanian
Memasang penapis dan pemendak elektrostatik pada cerobong asap kilang
Manakah benar mengenai meiosis?
Dua sel anak terhasil
Sel-sel anak mempunyai kandungan genetik yang berbeza
Bilangan kromosom sel anak sama dengan bilangan kromosom sel induk
Apakah kumpulan mikroorganisma yang terlibat dalam pembentukan makanan di atas?
Kulat
Bakteria
Virus
Protozoa
Antara berikut, maklumat manakah perlu dinyatakan pada label makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985?
Tanda HALAL
Tanda harga
Nama dan alamat pengilang
Tarikh dikilangkan
Antara bahan A, B, C dan D, yang manakah terdiri daripada ion?
Logam manakah yang bertindak balas dengan air?
Zink
Natrium
Plumbum
Aluminium
Rajah 9 menunjukkan proses pembelahan nukleus. Apakah Y?
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
Tenaga elekrik
Tenaga nuklear
Rajah menunjukkan satu contoh peralatan kecemasan. Apakah alatan kecemasan ini?
Penyiram kecemasan
Pembilas mata
Kabinet aliran laminar
Kebuk wasap
Rajah menunjukkan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan sisa biologi. Apakah jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut.
merengsa
radioaktif
biobahaya
menghakis
Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menguruskan tumpahan merkuri?
Pasir
Sulfur
Air
Alkohol
Apakah fungsi penyiram kecemasan di dalam makmal?
Melindungi mata dari bahan toksik
Melindungi badan daripada bahan kimia
Melindungi hidung dari zarah halus
Membersihkan badan dari tumpahan bahan kimia
Rajah menunjukkkan label dari Jabatan Bomba dan penyelamat pada alat pemadam api. Apakah yg dimaksudkn dengan tarikh luput tersebut?
tarikh pembuatan alat pemadam kebakaran
tarikh penukaran bekas alat pemadam kebakaran
tarikh alat pemadam boleh diguna dgn baik
tarikh untuk menukar pemadam kebakaran dengan jenis lain
Antara bahan api atau punca kebakaran berikut, yg manakah tergolong dlm kebakaran jenis A?
Natrium
Plastik
petrol
Gas metana
apakah kaedah paling sesuai untuk mengurus bahan sisa biologi seperti jarum?
Tanam dalam tanah
Guna semula
Kitar semula
Buang dalam bekas sisa tajam
antara berikut bahan manakah yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki?
Asid nitrik
Naftalena
Natrium Klorida
Sisa pepejal
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?
Guna air untuk memadam api
sembur dengan buih
selimutkan dengan selimut kebakaran
Guna pasir untuk memadamkan api
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kombinasi ubat yang betul.
Perubatan tradisional / Perubatan Moden
Akupuntur / halia
Ginseng / Analgesik
Aloe vera / Kiropraktik
Urut tradisional / Antibiotik
Ciri-ciri sejenis ubat disenaraikan di bawah :
- Bahan sintetik digunakan
- Rawatannya adalah lebih cepat dan berkesan
Apakah jenis ubat ini?
Perubatan tradisional
Perubatan moden
Perubatan komplementari
Perubatan suplementari
Antara ubat berikut, yang manakah dikategorikan sebagai psikoteraputik?
Antibiotik
Antidepresen
Probiotik
Analgesik
Pernyataan yang manakah adalah benar mengenai radikal bebas?
Radikal bebas merupakan molekul yang kompleks
Radikal bebas kekurangan satu elektron
Radikal bebas tidak reaktif
Radikal bebas cenderung untuk menerima elektron
Bahan yang manakah di bawah merupakan antioksidan kuat?
Vitamin A
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin D
Antioksidan ditambahkan kepada makanan segar untuk mengekalkan kesegaran. Amalab ini digunakan secara meluas dalam penghasilan
Daging
Garam biasa
Jus limau
Peria
Apakah maksud bahan aktif dalam produk kesihatan?
Komponen aktif dalam produk
Komponen yang terbanyak dalam produk
Komponen yang semula jadi
Komponen yang memberi kesan kepada kesihatan
Antara berikut yang manakah yang memerlukan kita lakukan resusitasi kardiopulmonari?
Mangsa mengalami kekejangan kaki
Mangsa diserang serangan jantung tiba-tiba
Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh kaki
Mangsa sesak nafas tercekik tulang ikan
Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yg tidak sedarkan diri?
Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas
Dongakkan kepala dan tujahkan rahang
Tolakkan dagu ke atas
Tujahkan rahang
Anda menghadapi seorang dewasa yg tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, apakah yg perlu anda lakukan terlebih dahulu?
mulakan CPR dengan 30 tekanan dada
Berikan 5 kali bantuan pernafasan awal
Berikan dua kali bantuan pernafasan awal
Hubungi bantuan 999
Berapakah kekerapan tekanan dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?
10 kali
20 kali
30 kali
40 kali
Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?
40 tekanan perminit
60 tekanan per minit
80 tekanan per minit
100 tekanan per minit
Antara kenderaan berikut yang manakah bukan kenderaan hijau?
Kereta solar
Kereta elektrik
Kapal terbang
Kereta api elektrik
Sektor yang manakah tidak terlibat dalam Teknologi Hijau?
Sektor tenaga
Sektor pengangkutan
Sektor kewangan
Sektor pertanian dan perhutanan
Antara yang berikut yang manakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?
Kesan pembakaran bahan api fosil
Kumbahan, sisa kimia dan sampah sarap
Penerokaan hutan
Pembakaran terbuka
Apakah susunan elektron bagi atom X dengan nombor proton 9 dan nombor nukleon 19
2.7
2.8
2.8.9
2.8.8.1
Suatu atom W mempunyai 3 petala dengan 3 elektron valens. Diberi bahawa bilangan neutron dalam atom W ialah 14. Apakah nombor nukleon bagi atom W?
11
13
17
27
Isotop Q boleh digunakan untuk merawat penyakit kanser dan mengawet makanan dan buah-buahan. Apakah isotop Q?
Iodin-131
Karbon-12
Kobalt-60
Natrium-24
Apakah maksud Teknologi Hijau?
Aplikasi produk dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam semula jadi
Pembangunan dan aplikasi sistem dalam memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
Penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan sesuatu kerja dengan kadar yang sama
Aplikasi peralatan dalam memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara
Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?
Kempen kesedaran alam semula jadi
Kempen teknologi cekap tenaga
Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik
Indeks Bangunan Hijau
Antara yang berikut yang manakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?
Kesan pembakaran bahan api fosil
Kumbahan, sisa kimia dan sampah sarap
Penerokaan hutan
Pembakaran terbuka
Salah satu fungsi rangka adalah melindungi organ dalam seperti kecuali...
Otak
Hati
Paru-paru
Jantung
Rangka paksi adalah rangka yang
melekat dengan paksi utama
merupakan paksi menegak yang menyokong bahagian utama badan
Tulang yang melindungi otak ialah tulang ...
kranium
muka
sternum
Manusia mempunyai bentuk yang khas kerana adanya ....
rangka
wajah
tubuh
badan
