wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Keselamatan dalam air

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Ketika menjalankan aktiviti dalam air, kita harus memastikan ........ . (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

tempat itu selamat daripada batu besar dan benda yang tajam.

b)

semua orang berkelihatan.

c)

semua dalam keadaan kesihatan yang baik.

d)

semua berpakaian yang sesuai.

2.

Perkara yang harus diutamakan ketika berenang adalah ........... .

a)

kesenangan

b)

keterampilan

c)

keselamatan diri

d)

keseronokan

3.

Kenapa merbahaya untuk menerjun ke dalam air?

a)

Menyakitkan ketika masuk ke dalam air.

b)

Boleh lemas sekiranya air terlalu dalam.

c)

Boleh terkena dasar sekiranya cetek.

d)

Mengganggu orang lain yang berdekatan.

4.

Amalan yang baik apabila membuat aktiviti air adalah ........... .

a)

Berenang dengan pasangan atau dalam kumpulan.

b)

Berenang berseorangan

c)

Bergerak ke tempat lain yang tiada orang.

d)

Meneroka kawasan perairan dengan sendiri

5.

Perkara yang benar tentang kematian secara lemas adalah: (Boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Boleh berlaku dalam perairan yang cetek.

b)

Pengambilan arak atau dadah meningkatkan risiko kematian.

c)

Mereka yang kurang sihat berisiko tinggi.

d)

Kekejangan otot adalah punca utama.

6.

Tindakan yang harus diambil apabila keadaan air surut dengan cepat ketika kita berada di tepi pantai adalah ......... .

a)

Perhati dahulu apa yang akan berlaku dengan ombak seterusnya.

b)

Bergerak cepat ke tanah tinggi.

c)

Bergerak ke arah air yang surut untuk melihat apa yang berlaku.

d)

Hayati pemandangan yang luarbiasa itu.

7.

Apakah sebab utama untuk berenang dengan orang lain?

a)

Lebih seronok.

b)

Dapat pertolongan apabila menghadapi masalah.

c)

Supaya tidak kesunyian.

d)

Tiada sebab

8.

Berbanding dengan kolam renang, pantai mempunyai ciri berikut yang berkenaan dengan keselamatan kita:

a)

bahaya yang kurang.

b)

keadaan air yang kurang stabil.

c)

kurang anggota penyelamat

d)

lebih terlindung daripada ribut.

9.

Bilakah selamat untuk menyambung aktiviti dalam air selepas ribut petir?

a)

Sebaik sahaja hujan berhenti.

b)

30 minit selepas bunyi guruh yang pertama.

c)

Sebaik sahaja selepas bunyi guruh yang terakhir.

d)

30 minit selepas bunyi guruh yang terakhir.

10.

Apa yang seharusnya kita lakukan apabila nampak seorang menghadapi masalah dalam air?

a)

Terus lompat ke dalam air untuk menyelamatkannya.

b)

Minta orang lain bantunya dengan segera.

c)

Maklum bagaimana menggerakkan kaki dan tangan dalam air.

d)

Minta namanya.