wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 2 T4 : Kebangkitan Nasionalisme

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut menunjukkan pandangan

seorang tokoh berkaitan nasionalisme.

Perjuangan orang Melayu bagi

mendapatkan kembali kedudukan unggul

dalam negara sendiri.

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Hans Kohn

b)

Dato’ Onn Jaafar

c)

Dr. R. Suntharalingam

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

2.

Apakah pemikiran John Locke berkaitan

undang-undang?

a)

Undang-undang perlu digubal bagi

mengawal masyarakat

b)

Undang-undang perlu digubal bagi

menjamin perpaduan rakyat

c)

Undang-undang perlu digubal bagi

menjamin keselamatan negara

d)

Undang-undang perlu digubal bagi

memenuhi hak asasi manusia

3.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan

kebangkitan rakyat di China?

a)

Tan Jiak Kim

b)

San Min Chu-i

c)

Dr. Sun Yat Sen

d)

Tan Cheng lock

4.

Maklumat berikut berkaitan nasionalisme

peringkat awal di Filipina.

*Gerakan Propaganda

Apakah tuntutan gerakan tersebut?

a)

Filipina dijadikan sebahagian daripada

wilayah Sepanyol

b)

Menuntut Sepanyol melakukan

perubahan politik

c)

Menginginkan kemerdekaan penuh

d)

Menuntut hak kewarganegaraan

5.

Maklumat berikut menunjukkan akhbar di

Vietnam.

• Tribune Indige

• Cloche Felee

Bagaimanakah akhbar tersebut menyumbang

kepada perkembangan nasionalisme di

Vietnam?

a)

Menyebarkan idea revolusi

b)

Menuntut hak rakyat Vietnam

c)

Mengkritik penindasan Perancis

d)

Mengkritik golongan pemerintah

6.

Gambar berikut menunjukkan seorang tokoh.

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Mempertahankan agama Islam

b)

Memajukan pendidikan kaum wanita

c)

Mewujudkan keutuhan negara bangsa

d)

Memperjuangkan pendidikan kanak-kanak

7.

Apakah tindakan tokoh berikut yang telah

menamatkan pemerintahan raja berkuasa

mutlak?

a)

Menubuhkan Parti Rakyat

b)

Melancarkan Revolusi Thai

c)

Melaksanakan birokrasi Barat

d)

Memperkenalkan sistem pentadbiran Barat

8.

Apakah nilai yang dapat diperoleh daripada

tokoh-tokoh berikut?

• Penghulu Dol Said

• Dato’ Maharaja Lela

• Dato’ Bahaman

• Rentap

a)

Kesungguhan menentang penjajah

b)

Kebijaksanaan menyusun strategi

c)

Kesabaran menempuh dugaan

d)

Keprihatinan yang tinggi

9.

Bagaimanakah kemunculan golongan

intelektual mempengaruhi kemunculan

nasionalisme di negara kita?

a)

Golongan intelektual memimpin rakyat menentang penjajahan Barat

b)

Golongan intelektual menggunakan penulisan kreatif sebagai alat menentang penjajah

c)

Golongan intelektual bersatu padu membebaskan negara daripada cengkaman penjajah

d)

Golongan intelektual menggerakkan idea pembaharuan dan menyedarkan masyarakat tentang nasionalisme

10.

Maklumat berikut menunjukkan hasil karya

kreatif yang berjaya meniupkan nasionalisme

dalam kalangan rakyat.

• Angan-angan dengan Gurindam

• Serunai Pujangga

• Cerita Awang Putat

Apakah tema yang diutarakan dalam karya kreatif tersebut?

a)

Perjuangan membela nasib bangsa

b)

Pendidikan untuk bangsa Melayu

c)

Kepentingan sosial masyarakat

d)

Semangat cinta akan tanah air

11.

Apakah tujuan persatuan berikut ditubuhkan?

*Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

a)

Menggalakkan orang Melayu bersatu padu

b)

Menjaga kepentingan orang Melayu dalam semua aspek

c)

Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi

d)

Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan

12.

Apakah sumbangan tokoh berikut selaku

Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association?

a)

Memberi bantuan modal kepada penduduk kampung untuk mengusahakan tanaman getah

b)

Membantu meningkatkan perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi

c)

Membantu meningkat harga getah di pasaran antarabangsa

d)

Membantu memasarkan getah ke peringkat antarabangsa

13.

Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di atas?

a)

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa

b)

Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat

c)

Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu

d)

Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya

14.

Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris.

*Two Treatises of Government

Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Sistem Republik Berperlembagaan

15.

Maklumat di bawah merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme awal di India.

▪ Brahmo Samaj

▪ Arya Samaj

Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?

a)

Kecintaan kepada budaya tempatan

b)

Pengenalan sistem pemerintahan Islam

c)

Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat

d)

Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal

16.

Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.

Mengapakah revolusi tersebut tercetus?

a)

Menegakkan kedaulatan parlimen

b)

Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

c)

British tidak melindungi hak penduduk

d)

Mempertahankan pemerintahan autokratik

17.

*Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani

*Syeikh Muhammad Abduh

Tokoh di atas merupakan dua orang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.

Apakah saranan gerakan tersebut?

a)

Mengubah budaya tempatan

b)

Memperjuangkan kebajikan sosial

c)

Menggiatkan rasa cinta kepada agama

d)

Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

18.

Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?

a)

Katipunan

b)

Liga Filipina

c)

Sarekat Islam

d)

Parti Komunis Filipina

19.

Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma?

a)

Isu kasut

b)

Isu bangsa Burma

c)

Isu pemisahan Burma dan India

d)

Isu pengenalan pelbagai jenis cukai

20.

Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.

Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?

a)

Menakluk Tanah Melayu

b)

Bersahabat dengan China

c)

Melaksanakan birokrasi Barat

d)

Berkerjasama dengan Jepun

21.

Pernyataan berikut berkaitan dengan tokoh di bawah.

*Sultan Mahmud Shah

Apakah perjuangan baginda yang perlu dicontohi?

a)

Menentang pendudukan British

b)

Mendapatkan kembali Melaka

c)

Menghalang kemaraan Jepun

d)

Menyekat eksploitasi British

22.

Senarai dibawah merujuk tokoh pejuang awal abad ke-20 menentang penjajah.

*Zainal Abidin Ahmad (Za’aba)

*Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain)

Apakah wadah perjuangan mereka?

a)

Penulisan kreatif & akhbar

b)

Penulisan novel & majalah

c)

Penulisan puisi & sajak

d)

Penulisan cerpen

23.

Maklumat berikut menerangkan gerakan nasionalisme yang lahir di Tanah Melayu.

Gerakan Pan-Islamisme lahir di Tanah Melayu dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap nasionalisme di Tanah Melayu

Apakah yang dimaksudkan dengan Pan-Islamisme?

a)

Gerakan anti-Islam

b)

Gerakan anti Kaum Muda

c)

Gerakan penyatuan umat Islam di seluruh dunia

d)

Gerakan menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar.

24.

Rajah 1 Jelutong press

Apakah kesan daripada penubuhannya?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

25.

Akhbar berikut merujuk kepada akhbar yang menyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20.

▪ Al- Imam

▪ Neracha

▪ Idaran Zaman

Pihak manakah yang menerbitkan akhbar tersebut?

a)

Gerakan Islah

b)

Kesatuan Melayu Muda

c)

Gerakan Pan-Islamisme

d)

Persatuan Melayu Pahang

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan persatuan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

▪ Dipimpin oleh Mohammad Eunos Abdullah

▪ Ditubuhkan pada tahun 1926

▪ Bertujuanmemperjuangkan kepentingan orang melayu dalam politik dan pendidikan

Apakah persatuan tersebut?

a)

Kesatuan Melayu Muda

b)

Persatuan Melayu Perak

c)

Kesatuan Melayu Singapura

d)

Persatuan Sahabat Pena Malaya

27.

Apakah bukti kejayaan perjuangan kaum muda dalam bidang ekonomi?

a)

Dasar Desentralisasi diperkenalkan

b)

Berkurangnya pengaruh golongan radikal

c)

Penglibatan orang Melayu dalam Malayan Civil Service

d)

Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan

28.

Perjuangan tokoh-tokoh tempatan patut dicontohi oleh generasi masa kini.

Apakah sikap yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pemimpin yang menetang British?

a)

Semangat membela diri

b)

Semangat setia negara

c)

Semangat kerjasama

d)

Setia kepada raja

29.

Nasionalisma di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

b)

Memantapkan kedudukan parlimen

c)

Menjejaskan kedaulatan negara bangsa

d)

Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja

30.

Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke – 20.

• Bal Gangadhar Tilak

• Bipin Chandra Pal

Apakah sumbangan kedua - dua tokoh tersebut ?

a)

Menggerakkan perjuangan militan

b)

Menentang lelemahan pemerintah

c)

Mempertahankan pemerintahan islam

d)

Memberi perhatian isu sosioagama

31.

Semangat bushido

Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat bushido ?

a)

Taat setia

b)

Bertolak ansur

c)

Tolong menolong

d)

Sanggup berkorban.

32.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “merupakan hasil karya raden adjeng kartini daripada indonesia

Apakah kandungan buku tersebut ?

a)

Kemunduran peribumi.

b)

Kemerdekaan negara

c)

Kepentingan kerjasama

d)

Kesetiaan kepada raja

33.

Tindakan berikut telah dilakukan oleh Thailand semasa perang dunia kedua

*Berkerjasama dengan Jepun

Apakah kesan terhadap negara tersebut ?

a)

Pemantapan kuasa raja

b)

Persaingan kuasa barat

c)

Pengekalan kemerdekaan

d)

Penguasaan ekonomi oleh imigran

34.

Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?

a)

Perjuangan melalui penulisan.

b)

Perjuangan bercorak radikal.

c)

Perjuangan berpendidikan agama

d)

Perjuangan terawal di Tanah Melayu.

35.

Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.

Apakah kesan tersebut ?

a)

Pentadbiran sistematik

b)

Penentangan terhadap British

c)

Peningkatan sistem pendidikan

d)

Perluasan pengaruh barat

36.

Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di tanah melayu.

• Diterbitkan pada 23 julai 1906

• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran islam sebenar.

Apakah akhbar tersebut ?

a)

Saudara.

b)

Neracha

c)

Al-Iman

d)

Pengasuh

37.

Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda

a)

Terdiri daripada golongan pemuda

b)

Memperjuangkan nasaib golongan muda

c)

Membawa idea baru dari timur tengah

d)

Mengasingkan diri dari golongan tua.

38.

Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di tanah melayu.

• Mari kita berjuang

• Angan – angan dengan gurindam

• Sedarlah

Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut ?

a)

Memupuk semangat kebangsaan

b)

Menyeru penubuhan persatuan

c)

Menentang tuntutan orang dagang

d)

Menuntut kemerdekaan negara

39.

Persatuan sahabat pena Malaysia ( PASPAM ) telah ditubuhkan pada tahun 1934.

Apakah peranan PASPAM ?

a)

Membincangkan masalah ekonomi.

b)

Menggalakkan kemajuan bangsa

c)

Memajukan budaya dan maruah

d)

Menegakkan ajaran islam

40.

Kesatuan melayu singapura ( KMS ) berperanan penting dalam membela nasib orang - orang melayu

Apakah bukti keberkesana perjuangan kesatuan di atas

a)

Pembentukan pasukan tentera semut.

b)

Mendapat naungan daripada kerajaan British.

c)

Menghadiri Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

d)

Penubuhan cawangan di negeri melayu lain.