wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 5 BAB 6

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah tempoh masa syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas proses perbadanan syarikat?

a)

10 hari

b)

15 hari

c)

30 hari

d)

45 hari

2.

Pernyataan manakah yang benar mengenai pemasaran?

a)

Aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk

b)

Aktiviti untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan

c)

Aktiviti untuk merancang dan mengawal aspek perbelanjaan dalam perniagaan

d)

Aktiviti mengeluarkan barang untuk memenuhi kehendak pengguna

3.

Antara yang berikut, dokumen manakah yang difailkan sebagai rekod kos operasi?

a)

Bil air

b)

Invois

c)

Bil Internet

d)

Slip daftar tunai

4.

Encik Zamani ingin menambah seorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan perkongsia beliau. Apakah Tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan oleh Encik Zamani

a)

Mendaftar semula perniagaan

b)

Membubarkan perniagaan perkongsian

c)

Menghantar Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan

d)

Menghantar Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan

5.

Antara berikut, yang manakah prosedur pemerbadanan syarikat persendirian?

a)

Mengisi borang permohonan pendaftaran perniagaan

b)

Membuat permohonan carian nama perniagaan

c)

Mendapat kelulusan nama perniagaan

d)

Mengemaskini maklumat perniagaan

6.

Apakah faedah seseorang peniaga mendaftar perniagaan mereka dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) ?

a)

Untuk mendapat pengecualian lesen perniagaan daripada kerajaan

b)

Untuk mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang

c)

Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan

d)

Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan

7.

Apakah tanggungjawab peniaga setelah memperoleh Sijil Pendaftaran Perniagaan?

a)

Menyimpan sijil

b)

Mempamerkan sijil

c)

Mencetak kad perniagaan

d)

Memulakan perniagaan

8.

Dokumen perniagaan berikut diterima oleh Kedai Pakaian Annur.Setelah menerima barang-barang yang telah dipesannya. Pilih pernyataan yang benar tentang dokumen di atas.

a)

Dokumen yang mengandungi senarai pembelian secara tunai

b)

Dokumen yang mengandungi senarai pembelian secara kredit

c)

Dokumen yang mengesahkan bahawa jumlah bayaran telah diterima

d)

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa

9.

Mengapakah penyediaan penyata aliran tunai penting kepada seorang usahawan?

a)

Merancang perjalanan operasi perniagaan

b)

Mengenalpasti perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu.

c)

Mengenalpasti tanggungan perniagaan kepada pihak luar

d)

Meramal pencapaian prestasi perniagaan pada masa hadapan

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Sewa Beli 1967

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

11.

Antara yang berikut, dokumen manakah yang difailkan sebagai rekod kos operasi?


I Bil air

II Bil Internet

III Caj Bank

IV Slip daftar tunai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Penyata Aliran Tunai?


- Modal

- Jualan Tunai

- Penerimaan daripada penghutang


Di bahagian manakah maklumat tersebut dicatatkan dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Pembayaran

b)

Penerimaan

c)

Baki h/b

d)

Baki b/b

13.

Milikan perniagaan manakah yang tertakhluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

I Butik Nurin & Farisha

II Aisyah Enterprise

III Fit Hijabstyle Sdn Bhd

IV Dreamworld Technology PLT

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?


I Akta Kontrak 1950

II Akta syarikat 2016

III Hak Cipta Terpelihara

IV Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2017

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Faedah seseorang peniaga mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) ?

a)

Untuk mendapat pengecualian lesen perniagaan daripada kerajaan

b)

Untuk mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang

c)

Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan

d)

Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan

16.

Antara perniagaan berikut milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 ?

a)

Koperasi Nelayan

b)

Restoren Mohd Rafi

c)

Kedai Roti Iman dan Azhar

d)

Wira Digital Sdn Bhd

17.

Apakah tanggungjawab pemilik perniagaan sekiranya terdapat rakan kongsi meninggal dunia ?

a)

Memperbaharui sijil pendaftaran

b)

Mempamerkan sijil pendaftaran

c)

Mendaftar perubahan maklumat perniagaan

d)

Mempamerkan nama perniagaan pada dokumen rasmi

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dilengkapkan oleh usahawan untuk memperbadankan syarikat persendirian di bawah Akta Syarikat 2016?

I Status kewangan

II Alamat cawangan

III Nama syarikat

IV Maklumat saham syarikat


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara berikut, yang manakah tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh seorang usahawan setelah mendaftarkan perniagaan ?


I Mempamerkan harga

II Mempamerkan sijil perniagaan

III Mempamirkan papan tanda perniagaan

IV. Mempamerkan dokumen rasmi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

"Aini menjalankan jualan barang kesihatan melalui cara bersemuka dengan pelanggannya"


Apakah kaedah promosi yang dilakukan oleh Aini ?

a)

Promosi Jualan

b)

Pengiklanan

c)

Jualan Langsung

d)

Promosi Terus

21.

Butiran yang manakah dalam Penyata Aliran Tunai dikategorikan sebagai penerimaan perniagaan?

a)

Gaji

b)

Jualan

c)

Belanja utiliti

d)

Belian bahan mentah

22.

Rajah diatas menunjukan usaha yang telah dilakukan oleh pemilik sebuah restoran The Centre Point.


Mengapakah pemilik melakukan usaha tersebut ?

a)

Supaya produk yang dihasilkan menepati citarasa pengguna

b)

Memastikan Kebab dan Biryani sentiasa dalam keadaan yang berkualiti

c)

Memastikan kebajikan sentiasa terpelihara

d)

Menyedarkan pengguna akan kewujudan Kebab dan Biryani

23.

Antara yang berikut yang manakah bukan satu tanggungjawab yang perlu dipatuhi usahawan setelah perniagaan didaftarkan ?

a)

Mempamerkan lesen perniagaan

b)

Mempamerkan papan tanda perniagaan

c)

Memastikan nama perniagaan tertera pada dokumen perniagaan

d)

Mendaftarkan perubahan maklumat perniagaan dalam tempoh seminggu

24.

"Kos siaran untuk mempromosikn barangf ditanggung oleh pihak media massa"


Apakah kaedah promosi tersebut?

a)

Promosi jualan

b)

Publisiti

c)

Jualan terus

d)

Pengiklanan