NEW
Font size
WorksheetsKempen Kesedaran Amalan 5S
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Amalan 5S adalah amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran tempat kerja yang ...............
pasif
proaktif
produktif
inovatif
Antara yang berikut, yang manakah susunan yang betul untuk amalan 5S?
Sisih - Susun - Sapu - Seragam - Sentiasa Amal
Sapu - Susun - Sisih - Sentiasa Amal - Seragam
Susun - Sapu - Seragam - Sisih - Sentiasa Amal
Sentiasa Amal - Sapu - Sisih - Susun - Seragam
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan Sisih (Seiri)?
Susun barang-barang yang digunakan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan dan melupuskan dalam tempoh yang tertentu.
Dalam perlaksanaan amalan Sisih (Seiri) yang ditunjukkan dalam video Kempen Kesedaran Amalan 5S, kita hendaklah kenalpasti dan bahagikan dokumen mengikut tiga contoh klasifikasi KECUALI ........
Masih digunakan
Jarang digunakan
Tidak digunakan
Belum digunakan
Mengemas meja pejabat agar sentiasa kelihatan tersusun merupakan salah satu perlaksanaan dalam amalan ...........
Sisih (Seiri)
Susun (Seiton)
Seragam (Seiketsu)
Sentiasa Amal (Shitsuke)
Berikut adalah faedah-faedah yang kita dapat dengan mempraktikkan amalan Sapu (Seiso) di tempat kerja KECUALI ..........
tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
tidak berlakunya pembaziran sekaligus mengelak pejabat daripada berselerak.
memupuk sikap tidak mengambil endah dalam kalangan warga kerja.
Adakah amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) termasuk dalam aktiviti perlaksanaan amalan 5S?
Ya
Tidak
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa merupakan amalan ............
Sentiasa Amal (Shitsuke)
Seragam (Seiketsu)
Susun (Seiton)
Sisih (Seiri)
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan Sentiasa Amal (Shitsuke)?
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan dan melupuskan dalam tempoh yang terrentu.
Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
Melatih pekerja agar sentiasa mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik.
Susun barang-barang yang digunakan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Bagaimanakah cara untuk terapkan amalan 5S di tempat kerja?
Tetapkan jadual yang berkala dalam menjayakan amalan 5S di tempat kerja.
Berikan cemuhan kepada sesiapa yang sentiasa mengamalkan amalan 5S di tempat kerja.
Berikan penghargaan kepada sesiapa yang tidak mengikut serta mengamalkan amalan 5S.
Amalkan sikap tidak bekerjasama dalam memelihara keseragaman penjagaan kebersihan.
