wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENILAIAN SUMATIF BAHASA MELAYU TAHUN 6 BIL 1

Total questions: 30

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

Sultan Iskandar akan berangkat ke Kota Pagar Sayong esok. ……………… akan diiringi oleh Bendahara Paduka Raja.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Hamba

d)

Baginda

2.

Ahmad sering mendapat pujian daripada guru-gurunya kerana dia merupakan _________________ Pasukan Pantun Sekolah Kebangsaan Kota Jaya.

a)

tulang belakang

b)

tulang rawan

c)

tulang rusuk

d)

tukang tilik

3.

Farouk ___________ apabila Nabil menuduhnya memancitkan tayar basikalnya.

a)

naik muka

b)

naik angin

c)

naik kepala

d)

naik tocang

4.

Dia terpaksa bekerja siang dan malam _________ sesuap nasi untuk keluarganya.

a)

bagi

b)

akan

c)

demi

d)

dengan

5.

Kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Malaysia __________ sauhnya di Perairan Pengerang.

a)

meletakkan

b)

melabuhkan

c)

mencampakkan

d)

membongkarkan

6.

Wanita itu _________________ sekuat hatinya meminta pertolongan kerana beg tangannya telah diragut oleh dua orang lelaki.

a)

melolong

b)

melaung

c)

merayu

d)

menjerit

7.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Cikgu Fauziah pulang lewat ke rumah kerana menghadiri Kursus Menggubal Soalan Negeri Johor.

a)

Mengapakah Cikgu Fauziah pulang lewat ke rumah?

b)

Siapakah yang pulang lewat ke rumah?

c)

Bagaimanakah Cikgu Fauziah pulang ke rumah?

d)

Di manakah Cikgu Fauziah berkursus?

8.

Puan Kamala ________ harga barangan di pasar tani dengan harga barangan di pasar raya.

a)

membandingkan

b)

diperbandingkan

c)

memperbanding

d)

diperbandingi

9.

Kapal selam buatan Rusia itu ____________ dengan senjata-senjata yang canggih.

a)

dipersenjata

b)

mempersenjatakan

c)

dipersenjatai

d)

dipersenjatakan

10.

Suasana pasar malam itu __________ dengan suara para peniaga yang cuba menarik para pengunjung pasar malam ke gerai mereka.

a)

kacau-bilau

b)

riuh-rendah

c)

simpang-siur

d)

kelam-kabut

11.

Faris seorang pegawai kastam yang sangat jujur . Dia menolak _______ yang dihulurkan oleh Encik Khamis kepadanya.

a)

wang kopi

b)

wang kertas

c)

wang suap

d)

duit syiling

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

Buku yang terletak di atas kerusi itu tidak milik saya.

b)

Maklumat di dalam laporan itu tidak boleh dihebahkan.

c)

Mereka bukan akan datang pada hari ini.

d)

Izzana bukan hadir ke sekolah semalam kerana demam.

13.

Air telaga yang terletak di tengah-tengah pulau itu rasanya _______.

a)

masin

b)

pahit

c)

kelat

d)

payau

14.

Fatima memberi __________ kepada adiknya agar menyiapkan semua kerja yang diarahkan oleh ibu mereka.

a)

kata hati

b)

kata dua

c)

kata-kata

d)

kata mengata

15.

Hafizi ________ adiknya sebatang pen berjenama bagi menghargai kejayaan adiknya dalam pertandingan pidato.

a)

dihadiahkan

b)

menghadiah

c)

menghadiahi

d)

menghadiahkan

16.

Air sungai menjadi ______ kerana telah tiga bulan hujan tidak turun.

a)

tohor

b)

deras

c)

keruh

d)

dalam

17.

Bau _____ daging kambing boleh dihilangkan dengan mencuci daging tersebut menggunakan tepung gandum.

a)

hamis

b)

hanyir

c)

haring

d)

tengik

18.

Kerusi ini diperbuat ________ kayu jati yang diimport ________ Indonesia.

a)

dari...dari

b)

daripada...dari

c)

dari...daripada

d)

daripada...daripada

19.

Ibu memasukkan ________ garam ke dalam kari ayam yang ada di dalam periuk kecil itu.

a)

segenggam

b)

secubit

c)

sebungkus

d)

sesenduk

20.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Pengusaha pasar raya itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada para pelanggannya.

a)

Bagaimanakah pengusaha pasar raya itu menarik hati para pelanggannya?

b)

Bilakah pengusaha pasar raya itu membuat para pelanggan berasa puas hati?

c)

Siapakah yang melayan para pelanggannya yang mesra di pasar raya itu?

d)

Mengapakah pengusaha pasar raya itu melayan para pelanggannya?

21.

Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______­pisang emas pula ialah lapan ringgit.

a)

sebiji ... sesisir

b)

sebutir ... sesikat

c)

sesisir ... setandan

d)

sebutir ... setandan

22.

Baca dan pilih ayat yang betul.

a)

Ah, kamu rupa-rupanya!

b)

Aduhai, sakitnya kakiku ini!

c)

Eh, bagaimana keadaannya!

d)

Wah, cantiknya burung merak itu!

23.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Irfan mengajak Li Guan menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan.

a)

“Li Guan, kamu mesti menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan,” kata Irfan kepada Li Guan.

b)

“Li Guan, marilah sertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan,” kata Irfan kepada Li Guan.

c)

“Irfan, jangan lupa untuk menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan,” kata Li Guan kepada Irfan.

d)

“Irfan, jika kamu tidak menyertai aktiviti perkhemahan di pinggir Sungai Congkak pada minggu depan, kamu akan didenda,” kata Li Guan kepada Irfan.

24.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang.

II Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya.

III Surat itu adalah untuk kakaknya di luar Negara.

IV Fakta yang dikemukakan Hafizi ialah tidak benar.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I,II dan IV

25.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Air bah itu paras pinggang saya.

II Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.

III Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.

IV Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

26.

Tandakan ( ✓ ) pada jawapan yang betul bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah ini.


Puan Nadia membeli seutas jam tangan untuk dihadiahkan _________ anak lelaki tunggalnya.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

27.

Wajah Dania kelihatan suram apabila jam kesayangannya telah hilang.

Kata seerti bagi suram ialah

(a)  

28.

Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.


Kesan negatif aktiviti pembalakan haram kepada alam sekitar ialah berlakunya hakisan tanah.

(a)  

29.

Perkataan berwarna dalam ayat di bawah salah penggunaannya.

Tulis semula ayat di bawah dengan perkataan yang betul secara lengkap.


Mereka membuat berbagai persiapan untuk sambutan Hari Guru pada minggu hadapan.

(a)  

30.

Nyatakan dan tulis peribahasa yang tepat berdasarkan gambar.


Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar ialah (a)   .