Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tahun 4(Kasih Sayang)

Total questions: 17

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Kak Limah berasa__________________ apabila jiran-jirannya di Kampung Pisang melawatnya di Hospital Ipoh.

a)

terharu

b)

teruja

c)

bangga

d)

menyusahkan

2.

Bantuan yang dihulurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat itu dapat meringankan_____________Usop yang tercedera semasa menjadi penari Kebudayaan.

a)

upah

b)

bebanan

c)

usaha

d)

sakit

3.

Jiran kamu yang hidup ________________ itu telah mendapat perlindungan tempat tinggal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

a)

terbiar

b)

mewah

c)

sempurna

d)

bahagia

4.

Para pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buluh berasa lebih__________ apabila mendapat kata-kata sokongan daripada orang ramai.

a)

teruja

b)

bersemangat

c)

kecewa

d)

putus asa

5.

___________________ Yah Kuchai dalam subjek Matematik semakin meningkat semenjak belajar dengan jirannya, Barkoba.

a)

Ketakutan

b)

Perasaan

c)

Usaha

d)

Prestasi

6.

Orang Kurang Upaya kini boleh menarik nafas lega apabila banyak organisasi memberikan peluang_________________ selepas Perintah Kawalan Pergerakan diwartakan.

a)

kehidupan

b)

pekerjaan

c)

kekayaan

d)

kemewahan

7.

Kanak-kanak yang dilanggar oleh motor itu berjaya_______________ atas usaha Farguha Jabar yang menghantarnya ke hospital.

a)

disembuhkan

b)

diselamatkan

c)

dirawat

d)

dipulihkan

8.

Che Nin akan menyertai pertandingan pidato.Dia perlu

a)

tidak perlu berlatih kerana akan menang

b)

meminta rakan menggantikannya

c)

berlatih bersungguh-sungguh

d)

menarik diri di saat akhir

9.

Nandini lulus peperiksaan dengan cemerlang.Ibunya membawa dia bersembahyang di kuil sebagai tanda____________ kepada Tuhan.

a)

sombong

b)

bangga

c)

syukur

d)

hormat

10.

Kita hendaklah menggunakan bahasa yang________apabila bercakap dengan jiran.

a)

garang

b)

sopan

c)

kasar

d)

buruk

11.

Raju dan adik-adiknya disukai oleh jiran-jiran kerana sikap mereka yang peramah dan________________pekerti mulia.

a)

berbudi

b)

berhati

c)

berjiwa

d)

berjasa

12.

Setiap sumbangan yang_______________akan dikenang sepanjang masa.

a)

sederhana

b)

berlagak

c)

ikhlas

d)

baik

13.

Apakah yang patut kita lakukan apabila jiran kita ingin mengadakan majlis perkahwinan anaknya ?

a)

mengelak dari berjumpa jiran

b)

memberikan pertolongan

c)

mementingkan diri

d)

mendiamkan diri

14.

Penganut agama ini bertukar-tukar hadiah semasa musim perayaannya.

a)

Agama Kristian

b)

Agama Islam

c)

Agama Hindu

d)

Agama Buddha

15.

Abu_______________ dengan kesesakan lalu lintas semasa sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

a)

geram

b)

bertoleransi

c)

marah

d)

mengamuk

16.

Muthu hanya makan nasi dan sayur-sayuran pada hari Selasa dan Jumaat. Amalan ini dilakukan oleh penganut agama__________.

a)

Kristian

b)

Islam

c)

Pagan

d)

Hindu

17.

Apabila jirannya Siew Ming dituduh merosakkan tong sampah blok, Kasim bermati-matian mempertahankan_____________ jirannya dengan memberikan bukti yang nyata.

a)

maruah

b)

muka

c)

saiz

d)

kebahagiaan