Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENYALAHGUNAAN BAHAN TINGKATAN 2

Total questions: 32

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah berikut KECUALI

a)

Kegiatan antisosial

b)

Kesihatan

c)

Perbuatan jenayah

d)

Bertanggungjawab

2.

Antara berikut yang manakah merupakan risiko penyalahgunaan bahan terhadap diri sendiri

a)

Mempengaruhi sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot

b)

Fungsi otak terganggu sehingga menyebabkan sawan

c)

Mata akan kelihatan merah dan berair serta hidung berhingus.

d)

Perut berasa sakit, kadangkala muntah dan cirit-birit sehingga menyebabkan berat badan terjejas

e)

Tubuh akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme dalam badan

3.

Tidak menghiraukan kesihatan diri merupakan kesan Sosial penyalahgunaan bahan. Selain itu antara risiko sosial Penyalahgunaan bahan adalah:

a)

Prestasi dan disiplin kerja akan merosot. Tingkah laku dan sikap akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya. Contohnya, daripada seorang yang periangmenjadi pendiam

b)

Disayangi oleh keluarga dan masyarakat

c)

Bersikap pemarah sehingga berlaku perpecahan, penderaan dan keganasan dalam keluarga

d)

Lebih suka hidup menyendiri

e)

Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat di sekeliling adalah kesan sosial akibat penyalahgunaan bahan

4.

• Saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh

• Keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-

sendi dan otot

• Mengalami kekurangan berat badan

• Mengalami kecacatan


Berikut merupakan Ciri-ciri Risiko Penyalahgunaan Bahan Terhadap ______

a)

HATI

b)

OTAK

c)

JANIN

d)

SARAF

5.

Faedah Tidak Melibatkan Diri dalam Penyalahgunaan Bahan KECUALI

a)

Sihat dari segi mental dan emosi serta penampilan diri lebih

kemas dan menarik

b)

Dapat mengelakkan diri daripada melanggar undang-undang yang mungkin akan menyebabkan dipenjarakan

c)

Prestasi akademik juga akan menurun serta hubungan sosial dengan rakan dan masyarakat lebih renggang

d)

Prospek pekerjaan juga lebih baik serta dapat menyumbang dan berjasa kepada masyarakat dan negara

e)

Status kewangan juga akan stabil serta dapat mengelakkan perpecahan keluarga

6.

Setiap individu bertanggungjawab mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan. Antara kemahiran kecekapan psikososial yang boleh diaplikasikan adalah

a)

Kemahiran membuat keputusan yang tepat

b)

Berkomunikasi dengan jelas

c)

Berkebolehan menyelesaikan masalah dengan berkesan

d)

Kesedaran Diri

7.

Antara berikut manakah kenyataan yang SALAH berkaitan Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Bahan

a)

Penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa dapat membuat keputusan dengan pemikiran yang rasional

b)

Pendidikan penyalahgunaan bahan di sekolah merupakan langkah awal bagi membendung masalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan murid

c)

Hubungan kekeluargaan dan interpersonal memainkan peranan penting dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan bahan

d)

Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan melalui program,kempen kesedaran, motivasi serta hebahan media cetak dan sosial.

e)

Sikap tidak mengambil berat,tidak bertanggungjawab dan tidak menyayangi serta kurang komunikasi dalam kalangan ahli keluarga mampu mengelakkan diri daripada risiko penyalahgunaan bahan.

8.

Penyalahgunaan bahan bermaksud....

a)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan dan tidak dibenarkan bukan tujuan perubatan.

b)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan untuk tujuan perubatan.

c)

Mengambil dadah/ubat dengan kebenaran doktor bagi penyakit demam.

d)

Mengambil dadah/ ubat daripada farmasi selepas mendapat rawatan daripada doktor.

9.

Penyalahgunaan dadah mengakibatkan ....

a)

halusinasi, kerosakkan otak

b)

pening, hilang keseimbangan

c)

sukar berjalan lurus dan terhuyung hayang

d)

selalu tersenyum dan gembira

10.

punca penyalahgunaan dadah ialah disebabkan terpengaruh dengan kelakuan rakan sebaya

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Bahan terlarang akan mengawal minda dan merosakkan pemikiran.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Penyalahgunaan bahan dikaitkan dengan

a)

Pengambilan gula

b)

Pengambilan makanan

c)

Pengambilan dadah

d)

Pengambilan minuman

13.

Komplikasi psikiatri merupakan kecenderungan seseorang yang mengalami penyakit___________.

a)

Serangan jantung

b)

Fizikal

c)

Mental

d)

Saraf tunjang

14.

Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah

a)

Kebencian

b)

Kegiatan antisosial

15.

Apakah kesan penyalahgunaan bahan terhadap sosial?

a)

Prestasi dan disiplin kerja meningkat

b)

Disenangi oleh keluarga dan masyarakat

c)

lebih suka hidup menyendiri

d)

sentiasa menjaga penampilan diri

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan Interpersonal?

a)

Komunikasi yang baik antara manusia

b)

Hubungan kekeluargaan

c)

Hubungan sesama manusia

d)

Kemahiran komunikasi yang baik antara manusia

17.

Seorang bapa yang mengalami masalah penyalahgunaan bahan akan menjalankan tanggungjawab beliau dengan sangat baik ..

a)

Betul

b)

Salah

18.

Prestasi dan displin kerja seseorang yang ketagihan dadah akan menjadi semakin baik

a)

Betul

b)

Salah

19.

Antara faedah jika anda tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan bahan seperti ..

a)

Prestasi akademik dan hubungan sosial lebih baik

b)

Dijauhi oleh keluarga dan masyarakat

c)

Pendidikan merosot

d)

Mental dan emosi tidak stabil

20.

Pihak kerajaan dan bukan kerajaan dapat membantu dalam menangani masalah penyalahgunaan bahan dengan ..

a)

Meringankan hukuman

b)

Membuat hebahan di media cetak dan media sosial

c)

Mengurangkan cukai kepada industrii tembakau dan alkohol

d)

Menggalakkan iklan berkaitan rokok dan arak di media sosial

21.

Siapakah pihak yang boleh memainkan peranan dengan mengadakan program kesedaran dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan bahan?

a)

kerajaan

b)

ibu bapa

c)

majikan

d)

rakan

22.

Salah satu implikasi penyalahgunaan bahan terhadap diri remaja ialah

a)

Gagal dalam pelajaran

b)

berjaya dalam pelajaran

c)

mempunyai kesenangan hidup

d)

emosi yang stabil

23.

Berikut merupakan kesan penyalahgunaan bahan terhadap emosi,kecuali

a)

Cepat marah

b)

Mengamuk dan merosakkan harta benda

c)

menggigil

d)

emosi yang stabil dan ingatan yang kuat

24.

sokongan keluarga, rakan dan masyarakat sangat penting dalam program pemulihan supaya penagihan tidak berulang

a)

betul

b)

salah

25.

contoh aktiviti program pemulihan supaya penagihan tidak berulang;


- menghalau golongan belia daripada mendengar ceramah keagamaan

a)

betul

b)

salah

26.

contoh aktiviti program pemulihan supaya penagihan tidak berulang;


- melibatkan golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan setempat

a)

betul

b)

salah

27.

contoh aktiviti program pemulihan supaya penagihan tidak berulang;


- tidak memberi peluang kepada mereka untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan

a)

betul

b)

salah

28.

Risiko penyalahgunaan bahan terhadap fizikal ialah ________.

a)

Tubuh semakin kuat

b)

Muka berseri-seri

c)

Penampilan diri tidak terurus

d)

Hidung mancung

29.

Apakah implikasi pengambilan dadah daripada aspek sosial?

a. menjejaskan kesejahteraan keluarga

b. menggugat kestabilan negara

c. menjejaskan kesihatan

d. kemerosotan prestasi

a)

a, b & c

b)

a, c & d

c)

b, c & d

d)

a, b, c & d

30.

Berikut merupakan tanda-tanda remaja yang terjebak dalam penagihan dadah, kecuali

a)

suka meminjam wang atau mencuri barang-barang untuk dijual

b)

mudah naik angin jika kemahuannya tidak dipenuhi

c)

mendapat keputusan yang cemerlang

d)

berubah sikap dan kelakuan

31.

Negara dikehendaki menanggung kos yang tinggi untuk merawat dan memulihkan penagih dadah.


Pernyataan di atas menunjukkan implikasi pengambilan dadah dari aspek _______.

a)

ekonomi

b)

dalaman

c)

politik

d)

sosial

32.

Langkah-langkah apakah yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi penyalahgunaan dadah?

a. program pencegahan dadah

b. kempen memerangi dadah

c. gotong-royong

a)

A dan B

b)

A dan C

c)

B dan C

d)

A, B dan C