WorksheetsBahasa Melayu (Peribahasa)
Total questions: 13
Worksheet time: 10mins
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _________________
buta hati
buta huruf
buta gaji
buta perut
Aqil tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
anak emas
anak buah
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Adam mengambil sekeping roti berkrim sebagai ____________ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Kesemua ____________ Tuan Haji Hariz dan Puan Hajah Neelofa sudah mendirikan rumah tangga.
anak tut
anak tiri
anak bini
anak beranak
Irfan dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai, jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Puan Alia masih ______________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Semua barang itu dijual dengan ______________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
Shamil ___________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _____________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
Keadaan Shahrul _______________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai badak terendam
Sarah dan Jasmin _______________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik -adiknya __________________
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dan penukul
bagai wau putus tali
