Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Cerpen Jaket Kulit dari Istambul

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul dikarang oleh?

a)

Maskiah Haji Masdor

b)

Maskiah Haji Masrom

c)

Zurinah Hassan

d)

Shahur Hussin

2.

Cerpen mengisahkan tentang Aku yang melancong ke negara ____________?

a)

Turki

b)

London

c)

Jepun

d)

Lubnan

3.

Mengapakah Aku dan kawan-kawannya merasa sukar untuk tawar menawar harga barangan yang hendak dibeli?

a)

Peniaga tidak memberi layanan yang baik

b)

Mereka segan untuk bertanya

c)

Tiada tanda harga dipamerkan

d)

Peniaga tidak mahu menurunkan harga

4.

"Aku terpaku melihat ________________ kulit berwarna hitam di rak cermin"

a)

Jam tangan

b)

Beg tangan

c)

Jaket

d)

Sarung tangan

5.

Mengapakah Hajjah Normah dan Dr. Liza tertarik dengan jaket berwarna emas Haji Helmi?

a)

Design yang menarik

b)

Harganya yang murah

c)

Dihasilkan oleh pereka terkenal

d)

Keluaran jaket yang terhad

6.

Apakah tindakan Aku setelah mendapati harga jaket kulit agak mahal?

a)

Dia melarikan diri dari kedai tersebut

b)

Dia memarahi peniaga yang cuba mempengaruhinya

c)

Dia menolak untuk membeli dengan kata-kata kesat

d)

Dia menolak untuk membeli dengan kata-kata sopan

7.

Apakah peristiwa yang berlaku di Eqyptian Market? (2 jawapan)

a)

Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik.

b)

Remaja tersebut ditangkap polis kerana terlibat dengan pasaran "Black Market"

c)

Barang Aku diragut

d)

Aku terpisah dengan rakannya

8.

Apakah yang menyebabkan Aku membeli Jaket Kulit Kijang tersebut?

a)

Aku berhasrat untuk menggembirakan Shahmeem

b)

Aku terpaksa membeli kerana diugut oleh rakannya

c)

Aku membelinya kerana harganya yang murah

9.

Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Aku setelah membeli jaket tersebut? (2jawapan)

a)

Menjualnya semula dan mendermakan wang jualan ke zoo yang mempunyai kandang kijang.

b)

Menghadiahkan kepada rakannya

c)

Menyimpan jaket tersebut di rak cermin

10.

Apakah gambaran Aku tentang jaket kulit kijang tersebut semasa Shahmeem menjual jaket tersebut kepadanya? (3 jawapan)

a)

Jaket tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia.

b)

Jaket perlu dijaga rapi dan mudah koyak.

c)

Gambaran seekor kijang dibunuh untuk menghasilkan jaket tersebut.

d)

Jaket tersebut tidak sesuai dengan citarasanya.

11.

Sinopsis - Mengisahkan Aku melancong ke negara (a)   sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia

12.

Sinopsis - Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta (a)   ketika berbelanja di Istanbul.

13.

Sinopsis - Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang (a)   kulit berwarna hitam di rak cermin.

14.

Sinopsis - Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli (a)   , namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya.

15.

Sinopsis - Wajah pekedai bertukar masam dan (a)   dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.

16.

Sinopsis - Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang (a)   menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market.

17.

Sinopsis - Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan (a)   di Malaysia

18.

Sinopsis - Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai (a)   , sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

19.

Apakah tema cerpen jaket kulit kijang dari Istanbul

a)

Ketabahan seorang gadis mengharungi cabaran hidup

b)

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong

c)

Kehidupan seorang gadis yang suka mengembara

20.

Berikut merupakan persoalan dalam cerpen jaket kulit kijang dari Istanbul, KECUALI

a)

Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar

b)

sikap peniaga yang bertanggungjawab

c)

Perasaan kasih dan sayang terhadap haiwan

d)

Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.

21.

Siapakah watak utama dalam cerpen jaket kulit kijang dari Istanbul

a)

Lelaki turki

b)

Melvlana Celaleddin Ar-rumi

c)

Mas

d)

Shahmeem

22.

Berikut adalah perwatakan Mas KECUALI

a)

bijak merancang

b)

suka membaca

c)

penyanyang

d)

boros berbelanja

23.

Berikut adalah perwatakan Shahmeem KECUALI

a)

Mudah terpengaruh

b)

boros

c)

murah hati

24.

Berikut merupakan perwatakan pekedai turki KECUALI

a)

peramah dan mesra

b)

tidak berputus asa

c)

penyabar

d)

pandai mengambil hati

25.

Berikut ialah latar masyarakat dalam cerpen Jaket kulit kijang dari Istanbul KECUALI

a)

masyarakat yang suka melancong

b)

masyarakat yang baik hati

c)

masyarakat peniaga yang tidak beretika

d)

masyarakat yang malas bekerja

26.

Pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannya agar membeli barangan kulitnya.


Nilai murni yang terdapat dalam penyataan di atas ialah

a)

simpati

b)

rasional

c)

kerajinan

d)

kegigihan

27.

Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.


Nilai murni bagi penyataan di atas ialah

a)

baik hati

b)

simpati

c)

keikhlasan

d)

tanggungjawab

28.

Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.


Nilai murni bagi penyataan di atas ialah

a)

kebijaksanaan

b)

berjimat cermat

c)

keprihatinan

29.

Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.


Pengajaran yang sesuai bagi penyataan di atas ialah

a)

Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian mahupun semasa melancong ke luar negara.

b)

Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang

c)

kita hendaklah rasional dalam melakukan sesuatu tindakan

30.

Latar tempat Grand Bazaar dalam cerpen jaket kulit kijang dari Istanbul merupakan tempat

a)

mas bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota

b)

mas membeli Jaket kulit kijang

c)

mas menjumpai bazar yang menjual jaket kulit kijang

31.

Pemuda Turki tidak berpuas hati dengan Mas yang tidak mahu membeli jaket kulit kijang yag telah dicubanya.


Berikut ialah binaan plot pada peringkat

a)

perkembangan

b)

perumitan

c)

klimaks

d)

peleraian