wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Menengah Atas : Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat dua kesalahan bahasa dalam ayat berikut:

Amalan berbahasa sopan tidak ujud sendiri. Amalan ini mestilah dididik dalam penghidupan berkeluarga oleh ibu bapa dan diteruskan oleh guru-guru di sekolah.

a)

a. ujud - wujud b. berkeluarga - sekeluarga

b)

a. ujud - wujud b.penghidupan - kehidupan

c)

a. penghidupan - hidupan b. diteruskan - meneruskan

d)

a. penghidupan - kehidupan b. dididik - mendidik

2.

2, Pilih ayat yang betul sahaja

a)

Itu ialah Restoran Encik Jamal.

b)

Itu ialah Encik Jamal Restoran

c)

Itu adalah Restoran Encik Jamal

3.

4, "Lili, jangan buat bising di perpustakaan," kata Lala.

a)

Lili melarang Lala membuat bising di perpustakaan.

b)

Lala melarang Lili membuat bising di perpustakaan.

c)

Lala dan Lili melarang membuat bising di perpustakaan.

4.

5,Perdana Menteri mengarah rakyat mematuhi larangan keluar rumah semasa PKP ini.

a)

Rakyat terarahkan oleh Perdana Menteri supaya mematuhi larangan keluar rumah semasa PKP ini.

b)

Rakyat diarahkan oleh Perdana Menteri supaya mematuhi larangan keluar rumah semasa PKP ini.

c)

Rakyat dibenarkan oleh Perdana Menteri untuk tidak mematuhi larangan keluar rumah semasa PKP ini.

5.

8,Pilih ayat yang betul berdasarkan kata yang digariskan.

a)

Ahmad sangat baik hati semasa memarahi orang yang melanggar keretanya semalam.

b)

Kita mesti baik apabila memastikan warna cat itu .

c)

Rumah Makcik Kiah dalam keadaan baik walaupun ditimpa rebut semalam.

6.

Tayar basikal Kailin _____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

7.

Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.

a)

karyawan

b)

sukarelawan

c)

cendekiawan

d)

negarawan

8.

Semua pekerja bersedih atas peletakan jawatan ketua syarikat itu kerana ____________ seorang yang baik hati.

a)

beliau

b)

dia

c)

kalian

d)

baginda

9.

Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.

a)

bersembunyi

b)

bermalam

c)

berkeliaran

d)

berteduh

10.

Yanbin sedang ______________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.

a)

memasak

b)

merebus

c)

menjerang

d)

mengukur

11.

Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu _____________ dengan senyuman.

a)

banyak

b)

murah

c)

mewah

d)

subur

12.

Budaya _____________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

a)

kunjung-mengunjung

b)

masak-memasak

c)

datang-mendatang

d)

kata-mengata

13.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut:

Ramai belia desa berhijrah ke bandar-bandar besar kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak di sana. Hal ini tidak menghairankan kerana

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

c)

di mana ada gula, di situ ada semut

d)

baik berjagung-jagung sementara padi masak

14.

Puan Zana sedang menanak nasi ______________ untuk anaknya yang berusia satu tahun kerana anaknya itu masih belum tumbuh gigi.

a)

lembik

b)

kecil

c)

empuk

d)

halus

15.

Ali yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana ...

a)

air dipotong pasti akan putus

b)

air dipotong tidak akan putus

c)

air dicencang tidak akan putus

d)

air dicencang pasti akan putus

16.

Berikan maksud peribahasa berikut:

a)

Untung dan malang nasib seseorang akan berganti setiap hari

b)

Untung dan malang nasib seseorang itu tidak ada sesiapa yang tahu

c)

Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti

d)

Untung dan malang nasib seseorang itu ditentukan oleh dirinya sendiri

17.

WeiJet _ rumput yang tumbuh di batas sayurnya.

a)

mencabut

b)

mencangkul

c)

mencantas

d)

menebang

18.

Burung helang _ pada dahan pokok sambil memerhatikan mangsanya.

a)

berkokok

b)

bertenggek

c)

berterbangan

d)

berkicau

19.

Pasukan pengakap sekolah itu ___ di tepi pantai itu selama empat hari.

a)

bermesyuarat

b)

bersantai

c)

berkhemah

d)

berkelah

20.

Sharvin menghadiahi ibunya seutas _ emas sebagai tanda sayangnya kepada ibu tercinta.

a)

cincin

b)

anting-anting

c)

permata

d)

gelang