NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu - Tatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.
ruang makan
ruang tidur
ruang tamu
ruang masak
“Pak Seman menggunakan _______________ untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.
pisau
parang
pinggan
kapak
Sazali, Kamal dan Yahya berlatih ________________sambil bermain alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
menari
menjerit
menangis
menyanyi
Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.
agar
oleh
kerana
kecuali
Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar oleh anjing.
sambil
dengan
untuk
dan
“Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.
harus
dapat
boleh
hendak
Ibu menyediakan________________ sempena Hari Raya Aidilfitri.
lauk-pauk
kuih-muih
sayur-mayur
buah-buahan
Terdapat _____________ pondok buruk di hujung kampung itu.
sebiji
sebuku
sebuah
sebatang
Setiap minggu, adik Hashim mengelap cermin tingkap biliknya dengan menggunakan _____________ tuala.
sehelai
secarik
selembar
sekeping
Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya. sikap Ahmad ________________________.
bagai menatang minyak yang penuh.
seperti kacang lupakan kulit
bagai kaduk naik junjung
seperti aur dengan tebing.
