wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM T5 WASIAT & FARAID

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah syarat pewasiat

a)

diketahui dengan jelas

b)

bukan orang kafir

c)

baligh

d)

bukan ahli waris

2.

Pusaka adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati kepada waris yang berhak menerimanya.


Adakan pernyataan ini benar?

a)

ya

b)

tidak

3.

Hukum membuat wasiat

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

makruh

4.

Cara pengurusan wasiat

a)

harta yang diwasiat hendaklah ditunaikan sebaik sahaja kematian pewasiat

b)

harta yang diwasiatkan tidak melebihi 1/2 daripada keseluruhan harta

c)

dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan hutang si mati

d)

harta yang diwasiatkan tidak melebihi 1/3 harta

5.

Apakah syarat-syarat sah wasiat bagi pewasiat?

a)

sukarela

b)

baligh

c)

hamba

d)

gila

e)

kaya

6.

Senaraikan syarat sah bagi harta yang diwasiatkan

a)

harta yang boleh pindah milik

b)

harta yang viral

c)

harta yang bernilai

d)

harta yang bukan miliknya yang sempurna

7.

kadar wasiat mestilah tidak melebihi

a)

1/2

b)

1/3

c)

1/4

d)

1/1

8.

Berikut merupakan kewajipan selepas berlaku kematian, kecuali

a)

Pengurusan jenazah

b)

Membayar hutang jenazah

c)

Guna harta jenazah hingga selesai

d)

Melaksanakan wasiat jenazah

9.

Berikut merupakan kadar pusaka yang betul kecuali,

a)

Bapa dapat asabah jika si mati tiada anak

b)

Isteri dapat 1/4 jika ada anak

c)

Anak lelaki adalah asabah samada seorang atau lebih

d)

Ibu dapat 1/6 jika si mati ada anak

10.

Berikut merupakan ashabul furud....

a)

Suami / Isteri

b)

Cucu daripada anak perempuan

c)

Sepupu

d)

Ibu

11.

Berikut merupakan syarat sah faraid kecuali...

a)

Kematian orang yang mewariskan harta hendaklah disahkan

b)

Harta yang dimiliki bukan milik si mati

c)

Penerima faraid adalah waris yang masih hidup

d)

Penerima harta mestilah ada hubungan dengan si mati

12.

Berikut merupakan kalangan asabah binnafsi

a)

Anak lelaki

b)

Anak perempuan dengan anak lelaki

c)

Bapa

d)

Saudara perempuan kandung

13.

"Ikrar yg dibuat oleh seseorang semasa hidup utk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut syarak".


Berikut merupakan ... wasiat

a)

Maksud

b)

Dalil

c)

Rukun

d)

Hikmah

14.

Wasiat dilaksanakan setelah dilangsaikan segala .... dan .... si mati.

a)

Perbelanjaan pengurusan jenazah

b)

Hutang

c)

Faraid

d)

Permintaan

15.

Berapakah rukun wasiat dalam Islam?

a)

4

b)

2

c)

5

d)

3

16.

"Diketahui dengan jelasnya sama ada individu tertentu atau organisasi. Tidak sah wasiat yg umum".


Berikut merupakan syarat sah bagi ...

a)

Penerima wasiat

b)

Pewasiat

c)

Harta yg diwasiatkan

d)

Sighah

17.

Jenis lafaz wasiat terbahagi kepada 2 iaitu .... dan ....

a)

Jelas

b)

Kiasan

c)

Samar-samar

d)

Gurauan

18.

Berikut antara harta yg boleh diwasiatkan kecuali ....

a)

Tanah

b)

Kereta

c)

Rumah

d)

Hutang

19.

Rasulullah SAW bersabda bahawa seseorang itu tidak sepatutnya tidur .... malam berturut-turut melainkan ada wasiat yg tertulis disisinya.

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

20.

Waktu bilakah harta yg diwasiatkan itu perlu dikira?

a)

Selepas kematian pewasiat

b)

Sebelum kematian pewasiat

c)

Mengikut kehendak pewasiat

21.

Berikut merupakan syarat sah bagi pewasiat, kecuali ....

a)

Mumaiyyiz

b)

Berakal

c)

Merdeka

d)

Sukarela

22.

Siapakah sahabat yg bertanya kepada Rasulullah tentang jumlah pembahagian harta wasiat yg dibenarkan dalam Islam?

a)

Saad bin Abi Waqqas

b)

Abdurrahman bin Auf

c)

Zaid bin Harithah

d)

Abu Bakar As-Siddiq

23.

Lebihan wasiat bagi orang yang tiada waris adalah kepada ______________

a)

Baitulmal

b)

Baitul Maqdis

c)

Organisasi kebajikan

24.

Antara berikut, yang manakah BUKAN hikmah disyariatkan wasiat?


.

a)

Menjamin kelangsungan operasi sesebuah organisasi

b)

Memanfaatkan harta bagi tujuan kebajikan.

c)

Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati.

d)

Waris dapat berkongsi harta dengan bukan waris.

25.

Contoh harta yang boleh diwasiatkan adalah seperti berikut kecuali _________

a)

kenderaan dan wang tunai

b)

rumah dan tanah

c)

makanan, minuman dan keperluan harian

26.

Contoh lafaz wasiat yang sah menurut hukum syarak ialah _________________

a)

"aku berwasiat rumahku kepada Aiman selepas aku mati"

b)

"aku berwasiat keretaku kepada Afif"

c)

"hartaku ini untuk Alia"

27.

Orang yang digalakkan berwasiat ialah _______________

a)

orang yang berharta, berkahwin, mempunyai anak angkat, berusia lanjut

b)

orang yang berharta, tidak berkahwin, mempunyai anak kandung, berusia lanjut

c)

orang yang berharta, tidak berkahwin, mempunyai anak angkat, berusia lanjut

28.

Syarat bagi pewasiat adalah seperti berikut kecuali ___________

a)

berakal

b)

kerelaan

c)

baligh

d)

hamba

29.

Hamidi mewasiatkan sejumlah hartanya kepada sebuah pusat karoake yang hampir bankrupt.


Pilih hukum dan alasan yang bertepatan.

a)

Harus


untuk menolong majikan dan pekerja pusat karoeke.

b)

Haram


kerana dalam perkara maksiat

c)

Makruh


kerana niat asalnya baik dan demi kelansungan pusat tersebut

d)

sunat


kerana menolong orang dalam kesusahan

30.

Rukun wasiat ialah:

a)

pewasiat

b)

2 saksi yang adil

c)

penerima wasiat

d)

harta yang diwasiatkan

e)

ijab dan qabul

31.

Faraid ialah pembahagian ___(1)_____ seorang islam yang telah meninggal dunia kepada anggota ___(2)____menurut hukum __(3)_.

a)

(1) harta (2)keluarganya (3)syarak

b)

(1) harta (2)warisnya (3)Islam

c)

(1) harta (2)warisnya (3)syarak

32.

Hukum faraid ialah _________

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

33.

Antara Sahabat Rasulullah SAW yang pakar dalam ilmu faraid ialah ___________

a)

Zaid bin Thabit

b)

Abu Bakar as-Siddiq

c)

Umar al-Khattab

34.

En Farouk telah meninggal dunia dan arwah telah memiliki sebidang tanah yang dibeli secara kongsi dengan rakannya. Sebaik beliau telah meninggal dunia, sebidang tanah tersebut telah menjadi hak anaknya. Hukum pembahagian pusaka ialah_____

a)

sah

b)

wajib

c)

tidak sah

35.

Jenis waris terbahagi kepada __________

a)

1

b)

2

c)

3

36.

Jenis waris 'Asobah' terbahagi kepada 3 iaitu____________

a)

Ashaabul furud, Asobah bilghoir, Asobah ma'al nghoir

b)

Asobah binnafsi, Asobah bilghoir, Asobah ma'al nghoir

c)

Asobah binnafsi, Asobah bilghoir, Ashabul khahfi

37.

Pembahagian harta kepada anak perempuan tunggal bagi harta yang ditinggalkan oleh arwah ayah yang meninggalkan dunia ialah________

a)

satu per dua daripada seluruh harta pusaka

b)

satu per tiga daripada seluruh harta pusaka

c)

keseluruhan daripada seluruh harta pusaka

38.

Berapa had harta yang diwarisi oleh anak lelaki tunggal yang kematian ibu dan ayahnya

a)

1 per 6 daripada anak

b)

separuh daripada harta

c)

seluruh harta

39.

7. apakah perbezaan antara wasiat dan hibah?

a)

wasiat berkuatkuasa semasa hidup manakala hibah hanya boleh dilakukan selepas orang yang memberi hibah itu meninggal

b)

wasiat berkuatkuasa selepas pewasiat meninggal manakala hibah boleh dilakukan semasa hidup

c)

ahli bukan waris tidak berhak menerima wasiat manakala ahli waris tidak berhak menerima hibah

40.

Ali berkata " Hartaku ini untuk Ahmad ".

Lafaz yang digunakan oleh Ali adalah lafaz _____________.

a)

ikhlas

b)

jelas

c)

kiasan