NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3 - Kata Ganda Berentak
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Sungai Amazon di benua Amerika Selatan _______________ sungainya seperti ular dipalu.
bengkang-bengkong
bolak-balik
lintang-pukang
huru-hara
Kaki Amin _______________ kerana tidak berselipar ketika bermain di atas batu.
punah-ranah
koyak-rabak
calar-balar
remeh-temeh
Kami _______________ di pantai Port Dickson semalam.
tunggang-langgang
mandi-manda
limpah-ruah
lekuk-lekak
Banyak lori _______________ di kawasan ini, akibatnya jalan raya telah rosak teruk.
mundar-mandir
simpang-siur
gundah-gulana
lalu-lalang
Kami berjaya menjawab semua _______________ yang diberikan Cikgu Ahmad.
keluh-kesah
dolak-dalih
selok-belok
teka-teki
Zaim _______________ ketika hendak menyertai kelas Google Meet, akibatnya dia terlupa memakai baju.
riuh-rendah
kering-kontang
gelap-gelita
kelam-kabut
Aiman dan adiknya _______________ mengurut ayah mereka yang kepenatan.
selang-seli
lalu-lalang
sorak-sorai
umbang-ambing
Khemah besar itu akan dipasang apabila ada _______________ di kampung itu.
huru-hara
kenduri-kendara
kacau-bilau
dolak-dalih
Saya menghabiskan _______________ yang dibuat ibu pagi tadi.
batu-batan
rempah-ratus
warna-warni
kuih-muih
Ali seorang yang _______________, tidak hairanlah jika dia ada ramai kenalan.
remeh-temeh
ramah-tamah
kelam-kabut
huru-hara
