Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan pengurusan sumber manusia?

a)

Meletakkan sumber manusia mengikut jantina

b)

Pengagihan sumber manusia yang cekap

c)

Memastikan sumber manusia dipilih mengikut kaum

2.

Maklumat berikut berkaitan dengan pekerja di sesebuah organisasi.


*Setiap pekerja di Syarikat Murni Sdn.Bhd. berusaha mencapai KPI perniagaan*


Apakah peranan bahagian sumber manusia bagi mencapai hasrat tersebut?

a)

Latihan peningkatan kemahiran

b)

Pemantapan budaya profesional

c)

Pemberian insentif yang munasabah

d)

membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

3.

Gambar 1 menunjukkan pekerja yang diberi penghargaan.


Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia ?

a)

Pemberian insentif yang munasabah

b)

Latihan peningkatan kemahiran

c)

Pemberhentian pekerja

d)

Prestasi pasukan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep pengurusan yang diamalkan di sesebuah organisasi


#Total Quality Management

#Zero Defect

#Kaizen

#5S


Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia tersebut?

a)

Pemantapan budaya profesional

b)

Pemberian insentif yang munasabah

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis bayaran


# Bayaran gratuiti

# Bayaran pencen

# Bayaran persaraan


Apakah bayaran di atas?

a)

Bayaran ganti rugi

b)

Bayaran tambahan

c)

Pampasan

d)

Gaji asas

6.

Gambar 2 menunjukkan masalah yang berlaku di sebuah organisasi.


Apakah aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah di atas?

a)

Penghargaan dan hukuman

b)

Penyelesaian masalah

c)

Penempatan pekerja

d)

Struktur organisasi

7.

X merupakan proses perancangan, pengagihan, pengawalan dan kepimpinan modal insan organisasi. Apakah yang berkaitan dengan X ?

a)

Pengurusan sumber kewangan

b)

Pengurusan sumber manusia

c)

Pengurusan sumber fizikal

d)

Pengurusan pengeluaran

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen.


Dokumen ini memberi maklumat tentang tugas utama, tanggungjawab kerja dan keadaan kerja.


Apakah dokumen tersebut?

a)

Keperluan kerja

b)

Pengalaman kerja

c)

Penghuraian kerja

d)

Spesifikasi kerja

9.

Mengapakah sesebuah organisasi membuat perekrutan luaran?

a)

Pekerja baharu boleh membawa idea baharu yang boleh dikongsi sama

b)

Pekerja baharu tidak memerlukan latihan dan kemahiran

c)

Kos upah yang rendah

d)

Proses merekrut mudah

10.

Maklumat berikut menunjukkan satu sebab pemberhentian pekerja.


Encik Sim bercadang untuk bersara lebih awal.


Apakah sebab pemberhentian pekerja tersebut?

a)

Penamatan perkhidmatan secara sukarela

b)

Penamatan perkhidmatan secara wajib

c)

Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian

d)

Penamatan perkhidmatan secara paksaan

11.

Arif, pekerja Syarikat Pemasaran Gemilang akan menerima tindakan disiplin kerana dia telah datang lewat bekerja disebabkan oleh kesesakan jalan raya.


Apakah tindakan disiplin yang sesuai diberi kepada Arif?

a)

Amaran lisan

b)

Amaran bertulis

c)

Surat tunjuk sebab

d)

Inkuiri

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Aini.


Aini merupakan seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian perakaunan. Dia ingin memohon jawatan akauntan di Syarikat Kemboja Sdn Bhd.


Apakah jenis kemahiran kebolehkerjaan tersebut?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan yang sesuai

c)

Kecekapan

d)

Keberkesanan

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan?

a)

Kemahiran sosial

b)

Penghargaan dan hukuman

c)

Nilai sosial

d)

Kebolehkerjaan

14.

Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi standard prosedur operasi (sop) dalam sebuah organisasi

a)

A. Polisi piawaian kerja

b)

B. Memelihara keselamatan pekerja

c)

C. Meminimumkan risiko dalam melaksanakan kerja

d)

D. Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan

15.

Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi standard prosedur operasi (sop) dalam sebuah organisasi

a)

A. Polisi piawaian kerja

b)

B. Memelihara keselamatan pekerja

c)

C. Meminimumkan risiko dalam melaksanakan kerja

d)

D. Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan

16.

Berikut peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam sesebuah perniagaan kecuali....

a)

Keperluan pekerja , merekrut pekerja , kontrak pekerja dan deskripsi tugas kerja.

b)

Latihan peningkatan kendiri

c)

Pemantapan budaya profesional

d)

Mengurangkan produktiviti kerja dengan berkala.

17.

Mengapakah sumber tenaga kerja perlu mendapat latihan yang cukup dan terkini ?

a)

Menjamin tenaga kerja yang kuat bekerja.

b)

Menjamin tenaga kerja tidak terlatih dan mahir

c)

Meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja

d)

Meningkatkan keupayaan tenaga kerja untuk berehat.

18.

Nyatakan Aspek Pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan dengan betul.

a)

Menghalang kreativiti dan inovasi.

b)

Pemberian insentif yang tidak munasabah

c)

Mengurangkan produktiviti kerja dengan berkala.

d)

Membangun pasukan mencapai sasaran

19.

Standard Prosedur Operasi (SOP) merupakan

a)

dokumen bertulis untuk keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.

b)

dokumen arahan pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.

c)

dokumen pengagihan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.

d)

dokumen penjelasan pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.

20.

Sistem penggajian yang kompetitif akan

a)

meningkatkan motivasi pekerja.

b)

meningkatkan harga diri pekerja

c)

meningkatkan bonus pekerja.

d)

meningkatkan pengalaman pekerja.

21.

Pernyataan manakah yang menunjukkan kepentingan perhubungan harmoni antara majikan dengan pekerja?

a)

Mewujudkan suasana tempat kerja yang sejahtera

b)

Meningkatkan keuntungan majikan

c)

Meningkatkan penglibatan majikan dengan pekerja

d)

Menyelesaikan masalah persekitaran organisasi

22.

Saiful&Azuar Smart Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk.


Apakah jenis struktur organisasi yang boleh diamalkan oleh syarikat ini?

a)

struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

struktur organisasi berdasarkan produk

c)

struktur organisasi berdasarkan matrik

d)

struktur organisasi berdasarkan pelanggan

23.

Syarikat Nasional Semiconductor menghantar pekerjanya berkursus ke Jepun bertujuan meningkatkan

a)

gaji pekerja

b)

kebajikan pekerja

c)

penglibatan pekerja

d)

produktiviti pekerja

24.

Perniagaan manakah yang sesuai untuk mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?

a)

Agensi pengiklanan

b)

Institusi kewangan

c)

Kilang roti dan kek

d)

Pengeluar kereta

25.

Apakah ciri strukutur organisasi berdasarkan geografi?

a)

Dikenali sebagai sistem berbilang arahan

b)

Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil

c)

Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan

d)

Untuk penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah

26.

Mengapakah kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal graduan?

a)

Dapat merancang dan mengurus diri

b)

Majikan berminat menawarkan kerja

c)

Mampu untuk menyelesaikan masalah

d)

Dapat berkomunikasi dengan berkesan

27.

Manakah yang merupakan maksud gaji?

a)

Elaun, bonus dan komisen yang di bayar kepada pekerja tetap syarikat

b)

Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam

c)

Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja

d)

Bayaran tetap yang di bayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

28.

Mengapakah peranan pengurusan sumber manusia memastikan pekerja mencapai KPI?

a)

Pemberian insentif yang munasabah

b)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

c)

Membentuk persekitaran kerja yang harmoni

d)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

29.

'Syarikat Genny terpaksa membayar gaji yang tinggi kepada pekerjanya untuk mengelakkan pekerjanya berhenti kerja dan bekerja di syarikat lain.


Apakah faktor penentu tersebut?

a)

Faktor lokasi

b)

Bentuk dan jenis tugas

c)

Permintaan dan penawaran buruh

d)

Ganjaran yang dibayar oleh pesaing

30.

Gambar berikut berkaitan dengan aspek pegelolaan sumber manusia.

Apakah aspek pengelolaan tersebut?

a)

Sistem penggajian

b)

Penyelesaian masalah

c)

Penempatan pekerja dan fasiliti

d)

Standard prosedur operasi tugas