WorksheetsBab 5 T4: Persekutuan tanah Melayu 1948
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946 terdiri daripada
Gabenor British
Pegawai kanan British
Wakil raja-raja Melayu
Parti Kebangsaan Melayu Melaya
Siapakah yang mewakili UMNO dalam
Jawatankuasa Kerja?
Dato’ Onn Jaafar
Haji Megat Yunus
Ahmad Boestamam
Ishak Haji Muhammad
Manakah antara pertubuhan berikut menganggotai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)?
Malayan Indian Congress (MIC)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Malayan Democratic Union (MDU)
All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)
Mengapakah AMCJA dan PUTERA menolak penubuhan Jawatankuasa Kerja?
Menjalankan perundingan secara tertutup
Jawatankuasa Kerja tidak demokratik
Jawatankuasa Kerja tidak menguntungkan mereka
Jawatankuasa Kerja tidak menjamin pembebasan mutlak
Antara berikut, yang manakah merupakan cadangan PUTERA dalam Perlembagaan Rakyat?
Kedudukan bahasa Melayu
Adat istiadat dan agama Islam
Sebuah kerajaan pusat yang kuat
Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu
British telah menolak Perlembagaan Rakyat
yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA.
Apakah tindakan PUTERA-AMCJA sebagai
tanda bantahan kepada tindakan British itu?
Menganjurkan Hari Hartal Se-Malaya
Mengadakan demonstrasi besar-besaran
Menghantar surat bantahan kepada pihak British
Berkompromi dengan kuasa luar untuk menghapuskan British di Tanah Melayu
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh raja-raja Melayu dalam rundingan di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946
Raja berkuasa dalam perundangan
Jawatan Pesuruhjaya Tinggi dikekalkan
Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 didorong oleh beberapa faktor. Apakah faktor tersebut
Sokongan pentadbir British
Penentangan nasionalis Melayu radikal
Pelaksanaan dasar dekolonisasi oleh British
Sokongan orang Melayu terhadap Malayan Union
Maklumat berikut menunjukkan pegawai tinggi British yang mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
• Sir Edward Gent
• Malcolm MacDonald
• Sir Ralph Hone
Apakah cadangan Ralph Hone kepada British?
Menyerahkan urusan pentadbiran negara kepada Majlis Raja-Raja
Memberi kuasa kepada raja-raja Melayu dalam perundangan negara
Melantik orang Melayu memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran
Melibatkan raja-raja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan
Siapakah yang mengetuai kerajaan
Persekutuan berdasarkan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Gabenor British
Raja-raja Melayu
Pesuruhjaya Tinggi British
Majlis Mesyuarat Persekutuan
Apakah bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan?
Pelaburan
Keagamaan
Hal ehwal luar
Ketenteraman awam
Maklumat berikut berkaitan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu.
"Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya."
Bagaimanakah cara untuk memohon kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan maklumat tersebut?
Secara kuat kuasa undang-undang
Secara permohonan
Secara pendaftaran
Secara naturalisasi
Pernyataan yang manakah benar tentang rakyat British?
Mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British yang lain
Orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan
Orang Melayu yang lahir di mana-mana tanah jajahan seperti Melaka dan Pulau Pinang
Orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di tanah jajahan British
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Mewujudkan kerjasama kaum
Mengekalkan kestabilan politik
Mewujudkan keharmonian kaum
Membuka ruang kewarganegaraan
Bagaimanakah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan kedudukan raja-raja Melayu?
Kuasa raja-raja Melayu dikembalikan
Pembubaran gagasan Malayan Union
Kedudukan istimewa raja-raja Melayu dipelihara
Pentadbiran negara dikuasai oleh raja-raja Melayu
Maklumat berikut berkaitan penubuhan jawatankuasa yang memupuk perpaduan dan kerjasama antara kaum. "Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC)."
Cadangan daripada CLC dimasukkan ke dalam usul perundangan yang diluluskan oleh
Majlis Raja-Raja
Pesuruhjaya Tinggi British
Majlis Mesyuarat Persekutuan
Majlis Perundangan Persekutuan
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan kerjasama antara
UMNO
Raja-raja Melayu
Penduduk Tanah Melayu
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Apakah gabungan yang dibentuk daripada pertubuhan Melayu berikut?
• API • AWAS • GERAM • BATAS • PKMM • Hizbul Muslimin
MDU
AMCJA
PUTERA
PMFTU
Apakah yang diperjuangkan oleh golongan nasionalis Melayu radikal?
Kemerdekaan
Hak bersuara
Peningkatan taraf hidup
Kebebasan mengumpul harta
Apakah tuntutan yang dikemukakan oleh Rajaraja Melayu?
Menolak kehadiran British
Menuntut kemerdekaan segera
Menubuhkan persekutuan bertaraf naungan
Membuat perjanjian baharu bagi menggantikan Malayan Union
Apakah kandungan Perlembagaan Rakyat 1947?
Kewarganegaraan sama rata
Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
Warganegara Tanah Melayu dinamai Malaysia
Warna putih dan hijau sebagai bendera kebangsaan
Apakah fungsi badan pentadbiran tersebut?
• Majlis Mesyuarat Persekutuan
• Majlis Perundangan Persekutuan
Menggubal undang-undang
Membantu Pesuruhjaya Tinggi British
Menjamin kedudukan dan kuasa Raja Melayu
Menguruskan hal kewangan dan perdagangan
Maklumat berikut tentang syarat kewarganegaraan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Nama : Edward
Tarikh lahir : 11 November 1948
Tempat lahir : Georgetown, Pulau Pinang
Kewarganegaraan individu di atas dikenali sebagai
Rakyat British
Rakyat Dagang
Rakyat Raja Melayu
Rakyat Negeri Barat
Bagaimanakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi kesan berikut?
"Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis jalan ke arah perpaduan dan kerjasama kaum."
Menolak prinsip jus soli
Melalui penubuhan CLC
Membentuk Majlis Raja-raja
Menubuhkan parti berbilang kaum
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah selaras dengan Piagam Atlantik 1941? Apakah matlamat prinsip Piagam Atlantik tersebut?
Mengembalikan keamanan
Mengadakan rundingan dengan Parti Komunis Malaya
Pelaksanaan dasar perlindungan British ke atas wilayahnya
Penamatan perluasan kuasa selepas berlakunya peperangan
Gambar 2 berikut merupakan reaksi orang Melayu dan Raja-raja Melayu membantah pelaksanaan Malayan Union, penentangan ini telah memberi impak besar kepada pentadbiran British di Tanah Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada insiden tersebut?
Berdaya saing dan kritis
Bersabar dan sentiasa tabah
Sentiasa tegas dan berintegriti
Sopan dan sentiasa berhemah tinggi
Jus Soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British. Apakah yang difahami dengan rakyat Raja ?
Orang dagang yang lahir di Tanah Melayu
Orang Melayu yang lahir di luar negeri
Orang dagang yang lahir di Negeri-negeri Selat
Orang Melayu yang lahir di sesebuah Negeri Melayu
Gambar berikut menunjukkan Raja-raja Melayu bergambar di hadapan King’s House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948, selepas menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah manfaat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
Penubuhan Majlis Raja-Raja
Pemansuhan sistem pewarisan takhta
Pengenalan Sistem Raja Berperlembagaan
Pentadbiran diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong
Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
"Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liason Committee)"
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Merangka kontrak sosial pelbagai kaum
Membentuk parti politik berasaskan kaum
Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum
Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu
Berbanding dengan perlembagaan sebelumnya, mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dapat diterima oleh masyarakat Tanah Melayu?
Penduduk membentuk kerajaan sendiri
Pembukaan ruang kewarganegaraan untuk kaum bukan Melayu
Pengiktirafan hak keistimewaan orang Melayu
Penguasaan ekonomi oleh masyarakat tempatan
Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia
Kewarganegaraan dilonggarkan
Melahirkan identiti bangsa Malayan Union
Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat
Sistem demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan
Tokoh berikut menerbitkan akhbar sebagai wadah perjuangan ke arah kemerdekaan.
*Ahmad Boestaman
Majlis
Suara Rakyat
Utusan Melayu
Lembaga Melayu
Ahli Parlimen British berikut melaporkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union kepada Dewan Parlimen British.
• L.D. Gammans
• Rees Williams
Apakah hasil laporan tersebut sekiranya Malayan Union dilaksanakan?
Berlaku huru-hara
Parti politik bergabung
Rusuhan kaum tercetus
Sistem beraja dipulihkan
Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945?
Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Penggubalan perlembagaan yang merdeka
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Penubuhan rancangan pembangunan ekonomi
Antara berikut, manakah tokoh nasionalis radikal Melayu
Aziz Ishak
Abdul Samad Ismail
Imam Suhaili Yaakub
Morshidi Sidek
Apakah tanggungjawab Sultan dalam Dewan Perundangan Negeri
Menggubal undang-undang negeri
Mengetuai badan Kehakiman
Membatalkan undang-undang
Mengesahkan undang-undang
PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal pada 20 september 1947.
Apakah yang dimaksudkan dengan hartal
Memberhentikan kegiatan ekonomi
Melancarkan protes tanpa keganasan
Mengadakan rapat umum di bandar besar
Menganjurkan bantahan secara besar-besaran
Bagaimanakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk
Tolak ansur antara kaum
Keberanian parti radikal
Penolakan Raja-raja Melayu
Pembentukan parti Perikatan
Pernyataan menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di Negara kita.
1946 : Malayan Union
1948 : Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948
Membangunkan ekonomi Tanah Melayu
Malayan Union ditolak oleh Penduduk Tempatan
Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu
Menyekat campur tangan kuasa luar
Senarai berikut menunjukkan kumpulan yang menyertai AMCJA.
● Pan-Malayan Federation of Trade Union ( PMFTU )
● Malayan Democratic Union ( MDU )
● Malayan Indian Congress ( MIC )
Mengapakah kumpulan tersebut menolak perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Jawatankuasa Kerja tidak melibatkan wakil UMNO
Jawatankuasa Kerja hanya terdiri daripada pegawai British
Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu
Jawatankuasa Kerja tidak melibatkan Majlis Raja-raja Melayu
