WorksheetsK5 Menjahit pakaian korporat
Total questions: 15
Worksheet time: 20mins
Apakah definisi yang tepat tentang menjahit?
Proses yang dilakukan selepas menyusun pola di atas fabrik
Proses mencantum bahagian fabrik yang telah digunting tanpa berdasarkan pola
Proses mencantum bahagian fabrik yang telah digunting berdasarkan pola
Proses mencuba sesuatu pakaian sebelum dijahit siap sepenuhnya
Berdasarkan pernyataan berikut, yang manakah benar tentang alatan yang digunakan untuk melakukan proses menjahit?
Gunting fabrik, pita ukur, pembaris lurus, pemberat, meja memotong dan peniti
Gunting fabrik, snipper, penetas benang, mesin jahit mudah alih, peniti, sekoci mesin jahit, gelendong dan pita ukur
Mesin jahit industri, gunting fabrik, peretas benang, pita ukur, snipper, gelendong, sekoci mesin jahit, tapak mesin dan peniti
Mesin jahit industri, fusing machine, gunting fabrik, peretas benang, pita ukur, snipper, gelendong, sekoci mesin jahit dan peniti
Nyatakan dengan tepat fungsi sekoci mesin jahit dan perbezaannya dengan gelendong.
Apakah saiz jarum yang digunakan untuk menjahit sehelai seluar jeans? Terangkan mengapa jawapan anda seperti berikut.
Semua pernyataan di bawah adalah benar KECUALI
Tukang jahit menggunakan jarum bersaiz 10 untuk menjahit fabrik nipis seperti tudung
Seluar slek adalah sejenis fabrik yang mempunyai ciri sederhana tebal yang menggunakan jarum bersaiz 14 untuk menjahitnya
Puan Anne menggunakan jarum saiz bernombor 18 untuk menjahit langsir rumahnya
Saiz jarum 13 adalah sesuai untuk menjahit fabrik sederhana seperti blause
Terangkan dengan tepat fungsi menekan fabrik setiap kali aktiviti menjahit dilakukan.
Jelaskan perbezaan antara bod menekan dan bod lengan.
Apakah nama alatan tersebut dan nyatakan fungsinya.
Manakah yang benar tentang fungsi Tailor Ham?
Untuk menyeterika jahitan yang melengkung atau bahagian yang rata
Untuk menekan dan membuka bahagian kelim
Untuk menseterika dan menekan semua proses jahitan dan pakaian
Untuk menyeterika jahitan yang melengkung atau bahagian yang bulat
Lisu pemadan adalah salah satu jenis penghilang gelembung. Terangkan proses untuk membuat lisu pemadan tersebut.
Kelim belah kangkung adalah salah satu jenis kelim. Terangkan apakah definisi kelim belah kangkung dan nyatakan ciri-ciri kelim belah kangkung yang baik.
Apakah punca berlakunya jahitan berkedut semasa proses menjahit dilaksanakan?
Nyatakan dengan tepat kecacatan fabrik yang sering berlaku semasa proses menjahit.
Apakah punca berlakunya jahitan mudah terbuka?
Nayatakan faktor yang boleh menyebabkan kecacatan jahitan seperti dalam gambar rajah berikut.
