WorksheetsKata Majmuk TAHUN 4
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Murid-murid Tahun Empat Bestari mengulang kaji pelajaran di _______________.
pusat beli-belah
pusat sumber
pusat perubatan
pusat komuniti
Yashini dan Namyuthan membeli ____________ di kedai buku itu.
alat elektrik
alat dapur
alat tulis
alat mainan
Ibu menggunakan _____________ untuk memotong kuku adik yang panjang.
pengetip kuku
pemotong kuku
penyepit kuku
pewarna kuku
Peragawati yang ______________________ itu memperagakan kebaya moden.
gemuk pendek
kecil molek
kurus kering
tinggi lampai
Cikgu Sarwes sedang __________________ murid-murid yang layak menerima bantuan.
mengenal pasti
mengemas kini
menunjuk ajar
mengambil alih
Bapa diberi peluang untuk melakukan ____________________ kereta yang hendak dibelinya.
pandu uji
kaji selidik
pandu laju
soal siasat
Nasrul akan menghadiri___________________ bagi jawatan kerani esok.
temu ramah
temu janji
temu duga
temu bual
____________ Encik Khairul sangat unik dan sukar ditiru.
Tandatangan
Tanda tangan
Tanda lahir
Tanda kaki
Azizulhasni Awang telah mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal peringkat _____________________.
sedunia
antara dunia
antara bangsa
antarabangsa
Orang ramai digalakkan untuk tampil secara _________ ke hospital berdekatan bagi menjalani saringan penyakit covid-19.
suka hati
sukanya
sukarela
suka rela
Atlet ________ SK Jalan Pegoh sangat berdisiplin.
olah raga
olahraga
sukaneka
sukantara
Cikgu Nazila memakai losyen pelembap untuk melindungi kulitnya daripada cahaya __________.
sukarela
olahraga
antarabangsa
matahari
