wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Nasionalisme di Negara Kita

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Namakan sultan yang berusaha mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis.

a)

Sultan Mahmud Shah

b)

Sultan Muzaffar Shah

c)

Sultan Mansor Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

2.

Mengapakah Sultan Abdullah Mukkarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ?

a)

Mendapatkan Pulau Pinang kembali

b)

Mempertahankan kedaulatan Kedah

c)

Menunjukkan kekuatan Kedah

d)

Desakan Siam

3.

Siapakah pemimpin tempatan yang berani menentang penjajah British di Kelantan ?

a)

Dato' Maharaja Lela

b)

Dato' Bahaman

c)

Tok Janggut

d)

Haji Abdul Rahman Limbong

4.

Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis

Antara berikut, siapakah pemimpin Gerakan Islah di Tanah Melayu ?

I Zainal Abidin bin ahmad

II Abdul Rahim Kajai

III Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

IV Syed Sheikh al -Hadi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Apakah tema novel di atas ?

a)

Mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan

b)

Mengkritik penjajah British

c)

Menuntut kemerdekaan

d)

Menekankan kepentingan pendidikan kepada wanita

6.

Gambar menunjukkan Maktab Perguruan Sultan Idris.

Apakah peranan sistem pendidikan di atas ?

a)

Melahirkan golongan pemimpin

b)

Melahrkan cendiakawan

c)

Melahirkan jurutera

d)

Membasmi buta huruf

7.

Gambar menunjukkan Mohammad Eunos Abdullah

Apakah peranan tokoh di atas ?

a)

Menerbitkan akhbar

b)

Memimpin Gerakan Islah

c)

Menubuhkan persatuan

d)

Menulis novel

8.

Gambar menunjukkan kemenangan Jepun ke atas Rusia.

Apakah kesan kemenangan Jepun kepada penduduk Tanah Melayu ?

a)

Mencetuskan semangat nasionalisme

b)

Mendorong perpaduan rakyat

c)

Berani bersuara

d)

Memajukan ekonomi

9.

Pilih peristiwa yang menimbulkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu ?

I Perjuangan Mahatma Gandhi di India

II Perjuangan Jose Rizal di Filipina

III Pembunuhan J.W.W Birch

IV Kedatangan Jepun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Bagaimanakah kemunculan golongan intelektual mempengaruhi kemunculan nasionalisme di negara kita ?

a)

Golongan intelektual memimpin rakyat menentang penjajahan Barat

b)

Golongan intelektual menggunakan penulisan kreatif sebagai alat menentang penjajah

c)

Golongan intelektual bersatu padu membebaskan negara daripada cengkaman penjajah

d)

Golongan intelektual menggerakkan idea pembaharuan dan menyedarkan masyarakat tentang nasionalisme

11.

Bagaimanakah Kaum Muda menyemarakkan kesedaran semangat kebangsaan di negara kita?

a)

Penubuhan madrasah

b)

Mengadakan rapat umum

c)

Penerbitan akhbar Warta Malaya

d)

Mengasaskan parti politik kebangsaan

12.

Apakah sumbangan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar dalam perkembangan nasionalisme tanah air ?

a)

Membina sekolah Melayu

b)

Memajukan pendidikan masyarakat Melayu

c)

Menambah bilangan orang Melayu dalam jabatan kerajaan

d)

Menyediakan dana untuk anak Melayu menlanjutkan pelajaran

13.

Bagaimanakah Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa ?

a)

Kewujudan Pejabat Karang Mengarang

b)

Kewujudan pusat penterjemahan

c)

Kemunculan Pejabat Keilmuan

d)

Kemunculan pensyarah luar negara

14.

Apakah idea yang disebarkan melalui akhbar tersebut ?

- Warta Malaya

- Lembaga Malaya

- Utusan Malaya

a)

Penubuhan syarikat kerjasama

b)

Penubuhan universiti tempatan

c)

Mengadakan Kongres Kebangsaan

d)

Memperbaik taraf hidup orang Melayu

15.

Apakah tema yang diutarakan dalam karya kreatif tersebut ?

- Angan-angan dengan Gurindam

- Serunai Pujangga

- Cerita Awang Putat

a)

Perjuangan membela nasib bangsa

b)

Pendidikan untuk bangsa Melayu

c)

Kepentingan sosial masyarakat

d)

Semangat cinta akan tanah air

16.

Apakah tujuan persatuan berikut ditubuhkan ?

*Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

a)

Menggalakkan orang Melayu bersatu padu

b)

Mejaga kepentingan orang Melayu dalam semua aspek

c)

Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi

d)

Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan

17.

Apakah persatuan yang menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat ?

a)

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

b)

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)

c)

Persatuan Melayu Selangor

d)

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

18.

Apakah yang diperjuangkan oleh pertubuhan Central Indian Association of Malaya (CIAM) ?

a)

Kemerdekaan Tanah Melayu

b)

Kebajikan masyarakat India

c)

Peluang pekerjaan dalam kerajaan

d)

Pembelaan terhadap golongan wanita

19.

Apakah matlamat penubuhan Persatuan orang Cina Peranakan British (SCBA) ?

a)

Menentang penjajahan British

b)

Menggalakkan pendidikan tinggi

c)

Menubuhkan persatuan perdagangan

d)

Menuntut pemberian taraf kewangan

20.

Apakah kesan Dasar Desentralisasi terhadap masyarakat Melayu ?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Maju dalam sosioekonomi

c)

Peka tentang masa depan

d)

Aktif dalam perkhidmatan awam

21.

Apakah bidang kemajuan yang diperjuangkan ?

- Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung

- The Malay Mail

a)

Pendidikan

b)

Kemerdekaan

c)

Kemajuan ekonomi

d)

Pesuratkhabaran

22.

Apakah sumbangan E.E.C.Thuraisingham selaku Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association ?

a)

Memberi bantuan modal kepada penduduk kampung untuk mengusahakan tanaman getah

b)

Membantu meningkatkan perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi

c)

Membantu meningkat harga getah di pasaran antarabangsa

d)

Membantu memasarkan getah ke peringkat antarabangsa

23.

Mengapakah kebanyakan sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar ?

a)

Kawalan oleh pihak British

b)

Mengelak ideologi berbeza

c)

Menggantikan dialek lain

d)

Kekurangan tenaga pengajar dari China

24.

Apakah peranan Ibu Zain dalam menyemarakkan nasionalisme di negara kita ?

a)

Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan

b)

Menggalakkan wanita bergiat aktif dalam bidang politik

c)

Mengalakkan wanita menceburkan diri dalam bidang perniagaan

d)

Mengingatkan wanita tentang pentingnya mempunyai pekerjaan

25.

Apakah tujuan Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan

a)

Menentang kuasa Jepun

b)

Menyebarkan fahaman komunis

c)

Mendaulatkan kesusasteraan

d)

Mendapatkan kemerdekaan

26.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya ialah sebuah parti yang berhaluan Kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu.


mengapakah PKMM menubuhkan PUTERA

a)

Menentang Malayan Union

b)

Bekerjasama dengan UMNO

c)

Menyokong Jepun

d)

Berkiblatkan Amerika Syarikat

27.

Dalam usaha untuk menangkap pihak-pihak yang menentangnya British telah menggunakan kuasa dan nama sultan.


mengapakah British menggunakan nama sultan

a)

Menghormati Sultan

b)

Rakyat tidak menderhaka kepada Sultan

c)

Berbuat baik dengan Sultan

d)

Takut penentangan menjadi lebih besar

28.

Mengapakah pembesar pembesar Melayu menentang kedatangan kuasa asing di Tanah Melayu

a)

Hilang hak mengutip cukai

b)

Mencabar kewibawaan pembesar Melayu

c)

Melaksanakan perhambaan

d)

Ketetapan melarang aktiviti agama

29.

Semangat kesedaran politik penduduk di Tanah Melayu adalah dipengaruhi oleh suasana politik di Indonesia.


Bagaimanakah pengaruh tersebut sampai dengan lebih berkesan ke tanah Melayu

a)

Tanah Melayu berjiran dengan Indonesia

b)

Pemimpin nasionalisme Tanah Melayu belajar di Indonesia

c)

Kemasukan orang Indonesia ke tanah Melayu

d)

Gerakan untuk menyatukan Indonesia dan Tanah Melayu

30.

Ibu Zain menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung. Apakah sumbangan lain yang telah diusahakan oleh Ibu Zain? (BT hal. 43)

a)

Menubuhkan persatuan kebajikan al- Jamiah al- Khairiah

b)

Menggesa kaum muda memajukan diri dalam pendidikan

c)

Menggalakkan penglibatan wanita dalam penulisan

d)

Menerbitkan majalah Bulan Melayu

31.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua

  • Rumah Besar Tiang Sebatang
  • Cerita Awang Putat
  • Di sini Kita Bukannya Orang Dagang

Apakah Tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

32.

Tokoh Pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gerila

d)

Penubuhan madrasah

33.

1PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.

Apakah matlmat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

Mengumpulkan golongan pemuda


d)

Menuntut kemerdekaan

34.

Mengapakah persatuan berikut ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu pada tahun 1936?

Central India Association Of Malaya ( CIAM)

a)

Meningkatkan pertukaran idea

b)

Meningkatkan perpaduan kaum

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Menggalakkan Pendidikan tinggi

35.

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Anak Mat Lela Gila yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu?

a)

Mencintai tanah air

b)

Perpaduan antara kaum

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Memelihara warisan tradisi

36.

Bagaimanakah tokoh berikut membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita?

-Ibu Zain

-Muhammad Rakawi Yusof

a)

Melahirkan penulisan kreatif

b)

Menubuhkan persatuan negeri

c)

Membangkitkan isu kebudayaan

d)

Memperjuangkan gerakan agama

37.

Akhbar berikut mneyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20

-Al imam

-Neracha

-Al Ikhwan

-Tunas Melayu


Apakah pihak yang menerbitkan akhbar tersebut?

a)

Kaum Muda

b)

Syarikat Jeluong Press

c)

Kesatuan Melayu Muda

d)

Persatuan Melayu Pahang

38.

Apakah tuntutan oleh lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar berikut terhadap British?

-Mahmud Mat

-Raja Chulan Raja Abdullah

-Muhammad Eunos Abdulah

a)

Membaiki taraf hidup orang melayu

b)

Membina sistem pendidikan kebangsaan

c)

Mengurangkan kemasukaan orang dagang

d)

Mmeperluaskan penggunaan tulisan jawi

39.

Maklumat berikut berkaitan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu


Akhbar- Fajar Sarawak

Seruan- Fajar telah tersinsing bangunlah wahai bangsaku


Apakah maksud seruan tersebut?

a)

Mementingkan sistem pendidikan moden

b)

Menggesa mesyarakat menuju kemajuan

c)

Meningkatkan perasaan cinta akan negara

d)

Mambangkitkan semangat menentang penjajah

40.

Masyarakat India di Tanah Melayu teah menerbitkan akhbar Tamil Nesan

Apakah pihak awal yang menerbitkan akhbar tersebut?

a)

Tokoh politik

b)

Peniaga India

c)

Persatuan Cina

d)

Golongan Intelektual

41.

Karya kreatif berikut dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua


Ishak Haji Muhammad-Rumah Besar Tiang Sebatang

Shamsuddin Salleh- Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang


Apakah tema cerpen tersebut?

a)

Memajukan ekonomi rakyat

b)

Membentuk perpaduan kaum

c)

Menuntut kemedekaan negara

d)

Memperjuangkan nasib bangsa

42.

Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat penubuhan sebuah persatuan Melayu


Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa


Apakah persatuan tersebut?

a)

kesatuan Melayu Muda

b)

Persatuan Melayu Pahang

c)

Kesatuan Melayu Singapura

d)

Persaudaraan Sahabat Pena

43.

Mengapakah persatuan berikut ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu pada tahun 1936


Centarl India Association Of Malaya (CIAM)

a)

Meningkatkan pertukaran idea

b)

Menjaga kebajikan masyarakat

c)

Meningkatkan perpaduan kaum

d)

Menggalakkan pendidikan tinggi

44.

Apakah kepentingan gurdwara kepada masyarakat Sikh?

I Puast pentadbiran

II Tempat keagamaan

III Tempat aktiviti sosial

IV Pusat pendidikan moden

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Brtish telah memperkenalkan dasar desentralisasi bagi mendorong Orang Melayu lebih peka tentang masa depan mereka.Apakah kesan pengenalan dasar tersebut?

a)

Oembukaan Majlis Mesyuarat Negeri

b)

Penubuhan Persatuan Peringkat Negeri

c)

Pertegalahan dengan penduduk imigran

d)

Peningkatan peluang melanjutkan pelajaran

46.

Persatuan Kebajikan berikut ditubuhkan di SIngapura

al-jamiah al-Khairiah

Bagaimanakah persatuan tersebut ditubuhkan ?

a)

Cadangan Raja-raja Melayu

b)

Permintaan kerajaan British

c)

TUntutan orang Melayu

d)

Gesaan Kaum Muda

47.

Maklumta berikut berkaitan dengan penerbitan majalah oleh guru wanita di Johor Bahru


Tahun-1930

Majalah-Bulan Melayu


Apakah isu yang dimuatkan dalam majalah tersebut?

a)

Perpaduan rakyat

b)

Pendidikan wanita

c)

Perjuangan bangsa

d)

Perkembangan ekonomi

48.

Tokoh berikut telah mengetuai penentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan British.


* Penghulu Dol Said - Naning

* Dato' Maharaja Lela - Perak

* Tok Janggut - Kelantan


Apakah persamaan perjuangan mereka?

a)

bersifat setempat

b)

menuntut kemerdekaan

c)

bekerjasama dengan raja

d)

mempertahankan warisan adat

49.

Bagaimanakah golongan nasionalis memperjuangkan matlamat mereka pada tahap kedua di negara kita?

a)

Melalui penulisan kreatif

b)

Melancarkan peperangan

c)

Bekerjasama dengan sultan

d)

Bersatu dengan negara luar

50.

Antara berikut, yang manakah faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara kecuali....

a)

Pengaruh Agama

b)

Sistem Pendidikan

c)

Peperangan Saudara

d)

Pengaruh Media Massa