WorksheetsBab 7 T4: Usaha Ke arah Kemerdekaan
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan
kaum
agama
daerah
kebudayaan
Apakah yang diperjuangkan oleh UMNO di bawah pimpinan tokoh berikut
Konsep kesamarataan
Kedaulatan raja-raja Melayu
Memelihara status quo orang Melayu
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu
Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
1949 : Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC)
Penerimaan satu bahasa
Penolakan dasar penjajah
Pengiktirafan kaum imigran
Permulaan kerjasama kaum
Siapakah yang mewakili kaum Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Ibrahim Haji Yaakob
Ishak Haji Muhammad
Zainal Abidin Haji Abas
Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz
Maklumat berikut menunjukkan isu dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu.
"Sistem persekolahan yang berbeza-beza mengikut kaum, menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berlainan."
Apakah peranan CLC dalam mengatasi isu tersebut?
Mencadangkan pendidikan yang seragam
Mencadangkan penubuhan sekolah wawasan
Mencadangkan pengambilan guru dari Tanah Melayu
Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan pendidikan orang Melayu
Apakah agensi yang ditubuhkan bagi meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
Ordinan Pelajaran 1952
Jawatankuasa Pendidikan
Jabatan Rupa Bangsa Nasional
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Maklumat berikut berkaitan Sistem Ahli.
"Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat."
Siapakah yang melantik Ahli dalam sistem tersebut?
Gabenor
Raja-raja Melayu
Setiausaha kerajan
Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah tugas Ahli dalam Sistem Ahli?
Melatih penduduk tempatan
Mewartakan undang-undang
Mencadangkan undang-undang
Memastikan kelicinan pentadbiran
Apakah kesan daripada kewujudan sekolah vernakular berikut?
• Sekolah vernakular Melayu
• Sekolah vernakular Cina
• Sekolah vernakular Tamil
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial
Menghalang usaha menyatupadukan rakyat
Menghalang usaha untuk mencapai kemerdekaan negara
Meluaskan penguasaan kuasa Barat di Tanah Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan
• Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Laporan Woodhead
Laporan Barnes 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Apakah tujuan Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan
Meninjau perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu
Mempertingkat pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
Membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
Menekankan kepentingan penubuhan sekolah rendah dan menengah dalam usaha membina negara bangsa
Antara berikut, yang manakah merupakan cadangan dalam Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah Umum menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar
Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris dijadikan sebagai mata pelajaran
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Apakah yang diperjuangkan oleh parti tersebut?
Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya
Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi
Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan
Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri
Pilih pernyataan yang benar tentang Parti Perikatan.
Gabungan UMNO-MCA-MIC
Kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu
Menjadi perintis kepada pemupukan kerjasama politik antara kaum
Mengadakan Konvensyen Kebangsaan yang membincangkan usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu
Senarai berikut berkaitan parti politik di Tanah Melayu.
• Merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu.
• Memperjuangkan kemerdekaan. melalui konsep Melayu Raya.
Apakah parti poltik tersebut?
IMP
UMNO
Parti Negara
Kesatuan Melayu Muda
Senarai berikut merujuk kepada langkah ke arah berkerajaan sendiri.
• Satu sistem kabinet bayangan.
• Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Senarai tersebut merujuk kepada
Sistem Ahli
Malayan Union
Majlis Perundangan Persekutuan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Apakah bahasa pengantar yang dicadangkan dalam Laporan Barnes 1951?
Bahasa Inggeris di sekolah menengah
Bahasa Melayu atau Inggeris di sekolah rendah
Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah
Bahasa Cina atau Tamil di sekolah rendah dan menengah
Senarai berikut menunjukkan dasar pendidikan yang digubal di Tanah Melayu.
• Dua jenis sekolah rendah.
• Menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai pengantar.
• Pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil disediakan jika ada permintaan. Senarai tersebut merujuk kepada
Penyata Razak 1956
Laporan Barnes 1951
Laporan Fenn-Wu 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Apakah laporan pelajaran yang mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah?
Laporan Barnes 1951
Ordinan Pelajaran 1952
Laporan Fenn-Wu 1951
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Penubuhan Independence of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 memperjuangkan konsep
penubuhan pelbagai parti politik
kerjasama kaum dalam sebuah parti
kesepakatan kaum dalam pelbagai parti
perpaduan dicapai tanpa mengira parti
Apakah konsep kemerdekaan
yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?
Merdeka
Melayu Raya
Hidup Melayu
Tanah Merdeka
Kenapakah Laporan Fenn-Wu 1951 diterbitkan?
Aspirasi semua kaum di Tanah Melayu
Sokongan daripada pelbagai parti politik
Pengenalan dasar pendidikan kebangsaan
Bantahan kaum Cina terhadap Laporan Barnes
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Apakah hasrat jawatankuasa pelajaran tersebut?
Membasmi kemiskinan rakyat
Memupuk integrasi dan perpaduan kaum
Mengasaskan idea kemerdekaan
Menjaga keamanan negara
Gambar berikut menunjukkan pakatan Parti Perikatan yang menggunakan logo kapal layar.
Apakah maksud logo tersebut?
Kesediaan menempuh cabaran.
Mempertahankan hak peribumi.
Keberanian mempertahankan negara.
Semangat persahabatan dan perpaduan.
Perhimpunan rakyat di Perhimpunan Maahad Al Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA) telah melahirkan Hizbul Muslimin. Apakah matlamat Hizbul Muslimin?
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam
Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan.
Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut.
Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Gambar di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
L.R Doraisamy
John Thivy
V.T. Sambanthan
E.E.C Thuraisingham
Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 bagi sistem pendidikan Kebangsaan di Sarawak dan Sabah?
Mengutamakan bahasa Inggeris
Mewajibkan pendidikan sekolah rendah
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Pendidikan berdasarkan latar belakang etnik
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum. Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?
Kemahiran teknikal
Kandungan kurikulum seragam
Sistem persekolahan sama
Kenaikan darjah secara automatik
Pada tahun 1954, Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara. Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?
Hak yang sama untuk semua
Pentadbiran Islam di negeri Melayu
Kemerdekaan melalui kerjasama kaum
Pembentukan satu parti untuk semua kaum
Maklumat berikut adalah isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK @ CLC) .
"Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan "
Apakah langkah JHAK (CLC) dalam menangani isu tersebut?
Mengadakan pilihan raya peringkat majlis bandaran
Penubuhan jawatankuasa pendidikan kebangsaan
Menubuhkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA
Mengapakah British bersetuju melaksanakan Sistem Ahli?
Dasar Dekolonisasi
Dasar pengagihan kuasa
Membentuk Negara bangsa
Menanamkan semangat Patriotik
Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri Sistem Ahli
• Satu sistem Kabinet Bayangan
• Ahli bertaraf “Menteri”
• X
Apakah X
Ahli berkuasa membuat undang-undang
Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Ahli menjadi anggota Majlis Raja-Raja
Ahli dipilih melalui pilihan raya
Apakah ciri sistem persekolahan vernakular?
Pendidikan zaman penjajahan
Berlainan bahasa pengantar
Sekolah kaum peribumi
Pendidikan tidak formal
Berikut adalah parti politik yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama.
• Malayan Chinese Assocation (MCA)
• Malayan Indian Congress (MIC)
Apakah persamaan kedua-dua parti tersebut?
Bekerjasama menentang komunis
Menjaga kepentingan kaumnya
Cawangan parti politik negara asal
Menganjurkan konvensyen kebangsaan
Pada tahun 1940-an penubuhan parti-parti politik bersemarak di Tanah Melayu. Apakah rumusan daripada perkembangan ini?
Kesedaran berorganisasi
Kebangkitan nasionalisme
Kelahiran intelektual
Tekanan penjajahan
Apakah dua parti politik yang paling awal merintis jalan memupuk kerjasama politik antara kaum di Negara kita?
MCA - MIC
IPM - MIC
UMNO - MCA
PUTERA - AMCJA
Gambar di atas adalah pemimpin Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Mengapakah pemimpin tersebut menentang penyerahan Sarawak kepada British
pada tahun 1946?
Bertentangan dengan keputusan Majlis Negeri
Bercanggah dengan amalan tradisi masyarakat
Bercanggah dengan perjanjian Perlembagaan 1941
Bertentangan dengan hak istimewa pemimpin tempatan
Parti Malayan Indian Congress (MIC) di bawah pimpinan John Thivy ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Apakah matlamat utama penubuhan parti tersebut?
Meningkatkan kemajuan dalam bidang sosioekonomi
Mencapai kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
Berkerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan
Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri
Maklumat di bawah berkaitan portfolio yang terus kekal di bawah pentadbiran British dalam Sistem Ahli
* Hal Ehwal Ekonomi
* Perumahan dan Kerja Raya
* X
Apakah X ?
Kesihatan
Pelajaran
Pertanian dan Perhutanan
Perindustrian dan Perhubungan Sosial
Maklumat berikut berkaitan sebuah parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Parti Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan pada bulan Februari 1949 oleh Tun Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan H.S. Lee.
Mengapakah parti tersebut ditubuhkan?
Menentang Malayan Union
Bekerjasama menentang komunis
Mencapai kemerdekaan melalui Melayu Raya
Membentuk satu parti bagi semua rakyat Tanah Melayu
