NEW
Font size
WorksheetsKuiz MPU 3182 FIS (Tajuk 5-8)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Manakah antara penyataan berikut merujuk kepada istilah metafizik
I Teori idealisme
II Teori Materialisme
III Fahaman rasionalisme
IV Fahaman empirisisme
I dan II
III dan IV
I, II, dan III
Semua jawapan.
Bumbung rumah Pak Samad telah diterbangkan ribut taufan yang berlaku pada petang semalam.
Fenomena sebab dan akibat ini menjelaskan pengertian
I teori Idealisme
II teori Materialisme
III metafizik dalam konteks falsafah
IV metafizik dalam konteks keagamaan
I dan II
II dan III
I, II, dan III
Semua jawapan.
Ontologi
Kajian peringkat kedua
Tidak dapat dikenali melalui pancaindera yang lima
Berikut adalah kriteria bagi cabang falsafah
Ideologi
Metafizik
Dekolonisasi
Epistemologi
Kajian berasaskan kewujudan sesuatu perkara di alam ini yang terbahagi kepada dua kategori iaitu kewujudan bersifat jasad/jirim/material atau bersifat mental/idea
Penyataan berikut bersesuaian dengan teori - teori bagi cabang falsafah
Ideologi
Metafizik
Dekolonisasi
Epistemologi
Teori idealisme adalah bersifat idea dan kerohanian. Manakah antara berikut merupakan contoh bagi teori idealisme?
I Roh
II Tuhan
III Cahaya
IV Hidrogen
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan.
Hubungan setara (horizontal) manusia dengan kewujudan alam boleh dikaitkan dengan fahaman berikut KECUALI
Realisme - alam wujud secara nyata dan objektif
Mekanisme - penerangan kewujudan dibuat bertepatan dan berdasarkan sifatnya
Determinisme - sebab tindakan manusia boleh diterangkan melalui faktor intrinsik dan ekstrinsik
Positivisme - penerangan kewujudan dibuat bertepatan dan berdasarkan fakta yang nyata dan ilmu sains
Sistem - sistem metafizik yang berkaitan dengan fahaman keagamaan (hubungan vertical insan) adalah seperti berikut KECUALI
Monoteisme - Tuhan itu wujud dan dikatakan Tuhan hanyalah satu
Teisme - Tuhan itu wujud namun tidak dapat dikesan melalui pancaindera yang lima dan akal yang rasional.
Ateisme - Tuhan itu tidak wujud dan kewujudan hanya terhad kepada objek fizikal dan benda yang nyata sahaja.
Agnostisisme - Tuhan itu wujud tetapi manusia tidak mempunyai kemampuan untuk mengetahui kewujudan tuhan.
Manakah antara berikut adalah teori dalam kajian metafizik?
I Idealisme
II Materialisme
III Empirisisme
IV Rasionalisme
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan.
Suatu kajian di peringkat yang paling abstrak berkenaan fenomena alam.
Penyataan ini merujuk kepada cabang falsafah
Ideologi
Metafizik
Dekolonisasi
Epistemologi
Manakah antara berikut adalah contoh bagi menerangkan pengertian metafizik melalui teori Idealisme
I Atom dan molekul
II Angin dan oksigen
III Syurga dan neraka
IV Malaikat dan syaitan
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan.
Kajian berkenaan teori ilmu (Teoritical study of knowledge) merangkumi jenis ilmu, had dan batasan ilmu tersebut.
Penyataan ini merujuk kepada cabang falsafah
Ideologi
Metafizik
Dekolonisasi
Epistemologi
Beberapa syarat dalam kenyataan 'knowledge as justified true belief' yang perlu dipenuhi untuk menentukan kesahihan ilmu termasuklah
I Benar
II Berasas
III Kepercayaan
IV Kesepaduan
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan
Manakah antara berikut teori dalam kajian epistemologi?
I Idealisme
II Materialisme
III Empirisisme
IV Rasioalisme
I dan II
III dan IV
II, III dan IV
Semua jawapan
Kesahihan ilmu pengetahuan boleh diperolehi melalui deria penglihatan, pendengaran, rasa dan sentuh.
Penyataan berikut adalah merujuk kepada
Idealisme
Materialisme
Rasionalisme
Empirisisme
Marea memberitahu kawannya Suzie bahawa juadah hari raya yang disiapkan oleh kak Wan sangat sedap. Tanpa berlengah Suzie terus menikmati juadah tersebut dan mengakui kebenaran kata-kata Maria.
Manakah antara fahaman dalam teori epistemologi yang sesuai bagi penyataan berikut
Idealisme
Materialisme
Rasionalisme
Empirisisme
Kesahihan ilmu pengetahuan boleh diperolehi melalui akal yang rasional. Akal rasional memberikan kebenaran yang sejati.
Penyataan berikut adalah merujuk kepada
Idealisme
Materialisme
Rasionalisme
Empirisisme
Lukisan 3D kesan retakan yang dilukis pada lantai di sebuah pusat membeli belah berjaya menarik perhatian pengunjung dimana mereka terpegun dengan keunikan lukisan tersebut yang kelihatannya seperti retakan sebenar.
Manakah fahaman dalam teori epistemologi yang sesuai bagi penyataan berikut
Idealisme
Materialisme
Rasionalisme
Empirisisme
Dalam teori epistemologi, terdapat beberapa teori kebenaran iaitu teori koherens, teori koresponden and teori pragmatik. Manakah antara padanan teori-kenyataan berikut TIDAK BENAR
Teori koherens - kebenaran kenyataan melaui keselarasan atau konsistensi
Teori pragmatik - kebenaran kenyataan terbukti secara nyata dan praktikal
Teori koresponden - kebenaran kenyataan melalui keselarasan kejadian nyata
Teori koresponden - kebenaran kenyataan melalui kesepadanan antara penyataan dan hakikat
Berikut adalah kenyataan menerangkan aliran skeptisisme dalam teori epistemologi KECUALI
I Terbahagi kepada instrinsik dan ekstrinsik
II Ilmu yang pasti untuk suatu hakikat mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai
III Ilmu berdasarkan pengalaman dan deria yang lima tidak boleh dipercayai
IV Tindakan manusia boleh diterangkan melalui sebab atau mengikut hukum yang ditetapkan
I dan II
II dan III
I, II dan III
Semua jawapan.
Manakah antara penyataan berikut adalah kesan teori epistemologi dalam kehidupan masyarakat kini
I Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk berfikir dengan lebih rasional
II Penelitian yang lebih terperinci perlu dilakukan supaya masyarakat membuat keputusan yang lebih tepat
III Membimbing masyarakat untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya yang betul dan wajar
IV Pentaksiran melalui kajian dan pemerhatian perlu supaya masyarakat dapat membuat keputusan yang tepat dan bukan hanya sekadar andaian semata-mata
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan.
Manakah antara berikut adalah aliran atau fahaman yang boleh dikaitkan dengan fahaman Pascamodenis
I Relativisme
II Deconstruction
III Eksistansialisme
IV Continental philosophy
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan.
Manakah antara penyataan berikut merujuk kepada fahaman modenis atau pemikiran Enlightment?
I Agama panduan untuk menentukan kebenaran
II Mengagungkan kejayaan sains dan kaedah saintifik
III Mencipta kehidupan baru dan meninggalkan ciri-ciri lama
IV Akal fikiran yang rasional penting untuk menentukan kebenaran
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua jawapan.
Penekanan pemikiran rasional dan kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah termasuk masalah alam tabi'i dan kemanusiaan.
Penyataan ini BENAR bagi pemikiran
Modenisme dan Positivisme
Relativisme dan Modenisme
Pascamodenisme dan Positivisme
Relativisme dan Pascamodenisme
Manakah antara penyataan berikut merujuk kepada fahaman atau pemikiran pascamodenisme
I Sains dianggap ilmu yang bersifat objektif
II Sains dianggap bukan ilmu bersifat paradigmatik
III Ilmu diperolehi daripada kajian adalah untuk kepentingan manusia
IV Ilmu mencerminkan hakikat objektif tentang kebenaran alam semesta
III
I dan II
II dan III
II, III dan IV
Semua jawapan
Golongan konstruktivis menyatakan ilmu sains itu bukan objektif dan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Penyataan ini boleh dikaitkan dengan fahaman atau pemikiran
Modenisme
Positivisme
Negativisme
Pascamodenisme
Mengapakah fahaman relativisme ditolak dari sudut agama?
I Mempercayai tuhan lebih daripada satu
II Menimbulkan keraguan dalam kepercayaan agama
III Anggap kebenaran boleh dilihat daripada pelbagai sudut
IV Bertentangan dengan mana-mana agama dimana kepercayaan mutlat tidak boleh diubahsuai
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua jawapan.
Manakah antara kaedah berikut digunakan untuk penyebaran ideologi?
I Gerakan Enlightment
II Gerakan Sekularisme
III Mengawasi media massa
IV Merombak sistem pendidikan
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua jawapan.
Manakah antara penyataan berikut BENAR berkenaan ciri ideologi yang betul
Merangkumi kepentingan semua
Boleh diguna pakai sepanjang zaman
Boleh merubah haluan hidup manusia
Bukan berdasarkan pemikiran manusia semata-mata
Fahaman saintisme timbul apabila berlakunya perkembangan sains, inovasi dan teknologi yang semakin meluas. Manakah antara penyataan berikut TEPAT menjelaskan ideologi fahaman saintisme
Saintisme mempercayai kewujudan tuhan
Saintisme menjadikan akal sebagai sumber ilmu kedua selepas wahyu
Saintisme menjadikan manusia semakin tunduk pada pencipta alam semesta
Saintisme meletakkan martabat sains tinggi sehingga menjadikan ia satu-satunya sumber kebenaran ilmu pengetahuan
Penyataan berikut merupakan konsep utama dalam sekularisme KECUALI
Pemisahan antara sains dan agama
Pemisahan antara value (nilai) dan reason (akal)
Pemisahan antara sacred (suci) dan profane (tidak suci)
Pemisahan antara spirit (rohani) dan matter (material/benda)
Prinsip dimana kepercayaan and budaya seseorang individu harus difahami oleh individu lain. Penyataan ini merujuk kepada
Xenocentrism
Ethnocentrism
Multiculturalism
Cultural relativism
Berikut adalah langkah yang boleh diambil untuk membebaskan diri daripada pengaruh kolonial KECUALI
I Membangunkan pemikiran falsafah sendiri bersesuaian keadaan semasa
II Mempertimbangkan pemikiran falsafah negara lain yang berbeza budaya
III Menggabungkan pemikiran falsafah berdasarkan kepentingan golongan tertentu
IV Menggunakan pemikiran falsafah yang sedia ada dalam budaya dan agama kita
I dan II
II dan III
I, II dan III
Semua jawapan.
Manakah antara penyataan berikut menjelaskan hubungan seimbang di antara Tuhan, manusia dan alam
I Mementingkan kemajuan ekonomi tanpa menghiraukan kesan ke atas alam sekitar
II Menggunakan hasil alam semesta tanpa merosakkan atau memusnahkan alam
III Manusia bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi untuk menjaga keharmonian alam sejagat
IV Membangunkan falsafah sejahtera yang menekankan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua jawapan
Gerakan enlightment pada abad ke - 18 di Eropah telah membawa kepada Revolusi Industri Kedua pada abad ke - 19, kewujudan teknologi baru yang semakin berkembang sehingga abad ke - 20 telah mempengaruhi budaya barat dan juga perkembangan sejarah di seluruh dunia. Manakah antara ahli falsafah berikut yang secara tidak langsung telah mempengaruhi pemikiran barat daripada lama kepada yang baru sehingga menimbulkan kesan masalah alam sekitar.
I John Locke
II David Hume
III Francis Bacon
IV Rene Descartes
I dan II
III dan IV
I, II dan III
Semua jawapan
Manakah anatara kenyataan berikut adalah paling tepat mengenai intipati pemikiran Falsafah Dualisme yang dihadapi masyarakat dunia masa kini?
Kemusnahan alam yang diakibatkan oleh perbuatan dan campur tangan manusia
Klasifikasi ilmu yang terbahagi kepda dua kelompok iaitu sains tulen dan sains gunaan
Hanya manusia yang bernilai di alam ini sedangkan makhluk serta benda lain tidak mempunyai sebarang makna dan faedah
Di alam ini hanya ada dua hakikat sahaja sebagai sumber asal, sama ada yang asal berupa material atau berupa rohani
Apakah huraian yang benar dan tepat bagi istilah Antroposentisme
Kepercayaan mengenai segala yang di luar alam biasa dimana fenomenanya dicerap di alam nyata
Pemikiran mengenai keunggulan Eropah sebagai pusat pembangunan sejarah dan kebudayaan yang hebat berbanding bangsa lain
Prinsip bahawa setiap orang mestilah bersifat keakuan, iaitu melakukan sesuatu bertujuan memberi faedah kepada diri sendiri
Kepercayaan bahawa lingkungan hidup yang memandang manusia sebagai pusat dari sistem alam semesta, yang mana prinsip moral dan nilai hanya berlaku pada manusia
Perubahan iklim adalah bukti tentang kesan eksploitasi sumber alam sekitar yang tidak bertanggungjawab. Analisis cabaran isu semasa ini adalah melalui domain analisis falsafah Cartesian Dualisme iaitu
Relativisme
Antropogenik
Rasionalisme
Phenomenologi
Manakan penyataan berikut adalah pendekatan yang boleh diambil untuk membangunkan negara tanpa pengaruh pemikiran dan falsafah kolonial
I Memastikan sistem pendidikan dipacu kemajuan ekonomi berteraskan pasaran
II Membangunkan falsafah yang mementingkan aspek kepercayaan kepada tuhan
III Menggunakan sumber pemikiran dan falsafah yang sudah ada dalam budaya kita
IV Membangunkan falsafah sejahtera yang mementingkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua jawapan
Namakan tokoh utama yang mencetuskan Falsafah Dualisme Cartesian
John Lock
David Hume
Rene Descartes
Auguste Comte
Falsafah sejahtera adalah salah satu elemen di dalam falsafah yang boleh dibangunkan sebagai falsafah kita sendiri. Konsep ini penting kerana
I sistem pendidikan dipacu ke arah kemajuan ekonomi
II tidak hanya tertumpu kepada pembangunan material atau ekonomi sahaja
III aspek kemanusiaan juga diambil kira dalam mewujudkan ekonomi yang mantap
IV menekankan hubungan yang seimbang di antara empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek
I dan II
I dan III
II, III dan IV
Semua jawapan.
