Font size
WorksheetsKuiz Ulangkaji BM Tahun 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Segala permintaan ibunya, Puan Khadijah akan
__________ oleh Asyraf kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.
dipenuhi
memenuhi
dipenuhkan
memenuhkan
Cik Adella terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.
ke
dari
kepada
daripada
Ibu akan memberikan hadiah kepada Nartisha _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
sementara
ketika
supaya
sekiranya
Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai
buah-buahan itu.
sesikat
seulas
sebuah
segugus
Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah pena
Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan pada pukul tujuh pagi.
melewati
menaiki
melalui
mendaki
Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana masa semakin ________.
cepat
suntuk
lampau
laju
Nurul _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada Hakimah.
menuliskan
menyatakan
menyerahkan
mengumumkan
Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun
minyak masak
minyak sawit
minyak sayur
minyak angin
____________ orang murid sedang membersihkan kelas mereka.
Beberapa
Segelintir
Seluruh
Semua
Encik Nazmi ___________ sumbangan kepada mangsa banjir.
disampaikan
penyampaian
kesampaian
menyampaikan
Ezza sedang ___________ langsir di ruang tamu.
menaikkan
memasang
mencuci
mengibar
Puan Asyikin sedang memasukkan beberapa ________ baju di dalam mesin basuh.
longgok
keping
helai
sebuah
Bilik Kak Humaira yang kelihatan kemas ______ bersih itu dihias dengan jambangan bunga yang diletakkan di _______ kepala katil.
A. dan ….. atas
B. lalu …. sudut
C. lalu …. Sudut
D. kecuali …… pangkal
Adam yang ___________ itu hanya duduk di tepi padang ketika rakan- rakannya bermain bola sepak.
kaki bangkang
kaki papan
kaki bangku
kaki gaduh
“Dia tu tamak, manalah mahu menderma,” kata Pak Abu. Pilih perkataan seerti bagi tamak.
sombong
kedekut
miskin
bebal
“Saya hairan mengapa remaja itu asyik membuang sampah di tepi jalan,” tutur Marina kepada rakannya.
Pilih perkataan berlawan bagi membuang
mengutip
menderma
mencedok
mengumpul
Pilih soalan yang betul bagi jawapan yang diberikan di bawah.
Bilakah Cikgu Salamah memulakan tugas di sekolah baru?
Sekolah baru itu jauh dari rumah Cikgu Salamah.
Beliau memulakan tugas di sekolah baru selepas cuti penggal pertengahan tahun .
Bila-bila masa sahaja Cikgu Salamah akan bertukar ke sekolah baru.
Cikgu Salamah ada memohon untuk bertukar ke sekolah baru.
Taman rekreasi itu sesuai untuk penduduk-penduduk _________________ pada masa lapang.
bertutup
bertolak
beriadah
_______, sedapnya bau masakan ibu!
Aduh
Wah
Eh
Tandakan jenis ayat di bawah.
Bagaimanakah kamu hadir ke sekolah?
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Ayat tanya
Ayat pasif
Kami berasa sedih dengan peletakan jawatan Dato Ahmad kerana ___ seorang ketua yang baik.
dia
beliau
tuanku
mereka
Marylin mempunyai banyak pengetahuan kerana dia ___________.
ulat buku
lepas tangan
banyak mulut
cakar ayam.
Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya_____________.
berat tulang
curi tulang
ringan tulang
besar hati
