wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA T4 : MODUL 3 - DOKUMEN PERNIAGAAN

Total questions: 58

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen perniagaan?

a)

merupakan urus niaga perniagaan

b)

merupakan sumber rekod maklumat urus niaga sama ada tunai atau kredit

c)

merupakan perhubungan secara bertulis dengan pihak-pihak berkepentingan

d)

merupakan jaringan perniagaan dengan pembeli

2.

Mengapakah dokumen-dokumen perniagaan perlu disimpan?

a)

untuk memenuhi rekod dalam file perniagaan

b)

untuk menunjukkan kebijaksanaan perniagaan

c)

untuk memudahkan penyediaan penyata kewangan

d)

untuk ditunjukkan kepada orang awam

3.

Apakah dokumen di bawah?

a)

penyata bank

b)

invois

c)

memo

d)

bil tunai

4.

Dokumen ini diguna pakai apabila jualan barang niaga dilakukan secara hutang.

Apakah dokumen ini?

a)

resit

b)

bil tunai

c)

penyata bank

d)

invois

5.

Apakah dokumen tersebut?

a)

bil tunai

b)

penyata bank

c)

baucar pembayaran

d)

memo

6.

Dokumen ini dikeluarkan apabila usahawan membawa masuk modal ke dalam perniagaan. Apakah dokumen tersebut?

a)

penyata bank

b)

baucar pembayaran

c)

memo

d)

bil tunai

7.

Aliran dokumen berikut berlaku dalam urus niaga tunai.


Apakah G?

a)

Memo

b)

Resit

c)

Keratan Cek

d)

Penyata Akaun

8.

Pada 30 Jun 2021, Cik Athirah membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit dengan syarat 15% 10 hari; 10% 15 hari.


Berapakh jumlah hutang yang perlu dibayar pada 10 Julai 2021?

a)

RM450

b)

RM510

c)

RM540

d)

RM600

9.

Apakah tujuan diskaun niaga diberikan?

a)

Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai

b)

Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal

c)

Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan

d)

Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan

10.

Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Amin Enterprise.


"Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan"


Apakah dokumen tersebut?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Makluman Debit

d)

Makluman Kredit

11.

Mursyidul Enterprise menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Mithran.

Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?

a)
b)
c)
d)
12.

Dokumen 1 diterima oleh Puan Mahani.


Berapakah diskaun tunai yang diperoleh sekiranya pembayaran dibuat pada 12 Mei 2012?

a)

RM188

b)

RM282

c)

RM470

d)

RM658

13.

Petikan Buku Tunai berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.


Dokumen manakah yang digunakan sebagai sumber catatan bagi urus niaga tersebut?

a)

Slip daftar tunai

b)

Keratan cek

c)

Bil tunai

d)

Resit

14.

Encik Sunni, pemilik Perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.


Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

a)

Cek

b)

Resit

c)

Invois

d)

Bil tunai

15.

Puan Aimy, seorang pembekal alat tulis telah menghantar barangan yang dipesan oleh pelanggannya bersama nota serahan dan invois. Selepas beberapa hari kemudian, beliau mendapati bahawa invois tersebut telah terkurang caj.


Dokumen manakah yang perlu dihantar oleh Puan AImy kepada pelanggannya untuk membetulkan invois tersebut?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

16.

Pernyataan manakah yang BENAR berkaitan diskaun niaga?

a)

Galakan pembelian dalam kuantiti yang banyak

b)

Potongan daripada harga bersih dalam invois

c)

Galakan pembayaran hutang dengan segera

d)

Potongan daripada jumlah hutang

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga yang telah beraku di kedai Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd.


"Pengurus perniagaan telah mengambil dan memasang dua unit alat penghawa dingin yang berkos RM1 100 seunit di pejabat kedai"


Apakah dokumen yang digunakan?

a)

Resit

b)

Memo

c)

Invois

d)

Nota debit

18.

Antara yang berikut, yang manakah sebabab makluman kredit dikeluarkan?

a)

Faedah simpanan tetap

b)

Dividen atas pelaburan

c)

Faedah atas overdraf

d)

Caj bank

19.

Situasi berikut berlaku dalam Perniagaan Ahmad.


"Encik Ahmad telah menghantar e-mel kepada Pembekal Cerdik Komputer untuk membeli dua buah komputer bagi tujuan kegunaan pejabat secara kredit"


Pilih aliran dokumen yang betul.

a)
b)
c)
d)
20.

Kedai Alatan Elektrik Nordin telah membeli barang berikut secara kredit pada 15 April 2017.


Berapakah jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Alatan Elektrik Nordin jika pembayaran dibuat pada 25 April 2017?

a)

RM4 620

b)

RM4 752

c)

RM5 280

d)

RM5 940

21.

Pilih padanan yang betul bagi dokumen dan urus niaganya.

a)

Dokumen - Invois

Urus Niaga - Belian secara kredit

b)

Dokumen - Bil tunai

Urus Niaga - Penerimaan diskaun tunai

c)

Dokumen - Keratan cek

Urus Niaga - Bukti penerimaan wang

d)

Dokumen - Nota debit

Urus Niaga - Pulangan barang niaga

22.

Apakah tujuan nota kredit dikeluarkan?

a)

Pembeli memulangkan bekas kosong yang telah dicaj dalam invois

b)

Caj pengangkutan yang dikenakan ke atas pembeli

c)

Jumlah dalam invois terkurang caj

d)

Komisen diberi kepada pembeli

23.

Pilih dokumen perniagaan yang akan direkod dalam Buku Tunai Runcit.

a)
b)
c)
d)
24.

Dokumen manakah merupakan sumber untuk merekodkan Jurnal Penerimaan Tunai?

a)

Invois

b)

Nota debit

c)

Nota kredit

d)

Resit rasmi

25.

Apakah tujuan diskaun tunai?

a)

Menarik ramai pelanggan

b)

Mengelakkan berlakunya hutang lapuk

c)

Menggalakkan pembeli membayar segera

d)

Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak

26.

Sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan

a)

Penyata Bank

b)

Buku Tunai

c)

Akaun Bank

d)

Buku tunai Runcit

27.

Jumlah jualan dalam invois yang dikirim kepada En Kassim pada 3 Feb 2004 ialah RM450. diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh sebulan.

Hitung jumlah yang harus dibayar oleh En Kassim jika beliau membuat bayaran pada

8 Mac 2004.

a)

RM45

b)

RM540

c)

RM405

d)

RM450

28.

Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?

a)

Invois

b)

Baucer

c)

Nota Debit

d)

Penyata Akaun

29.

Kedai Haiwan Kesayangan Arina menerima invois daripada Farmasi Penawar bernilai RM2800 pada 30 Ogos 2007. Invois ini adalah untuk ubat-ubatan haiwan yang telah diterima oleh kedai itu seminggu sebelum tarikh berkenaan. Buku catatan pertama yang manakah digunakan untuk merekod butiran invois tersebut?

a)

Jurnal Am

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Jualan

d)

Buku Tunai

30.

Fungsi dokumen sumber?

a)

alat perancangan & kawalan

b)

alat menyemak ketepatan catatan ke dalam lejar

c)

rujukan semasa penyediaan penyata kewangan

d)

bukti bertulis sesuatu urus niaga telah berlaku

31.

Manakah antara berikut merujuk kepada aliran dokumen dalam urus niaga secara kredit?

a)

Sebut Harga> Invois > Pesanan Belian > Resit

b)

Pesanan Belian > Invois > Sebut Harga > Resit

c)

Pesanan Belian > Sebut Harga > Resit > Invois

d)

Sebut Harga > Pesanan Belian > Invois > Resit

32.

Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggan untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan?

a)

invois

b)

nota debit

c)

nota kredit

d)

baucar pembayaran

33.

Pengurus mengambil alat penghawa dingin untuk di pasang di pejabat kedai. Apakah dokumen yang digunakan?

a)

Resit

b)

Bil Tunai

c)

Memo

d)

Nota Debit

34.

Apakah fungsi folio pelanggan?

a)

memberitahu pelanggan bahawa akaunnya telah dikreditkan

b)

memberitahu pelanggan bahawa akaunnya telah didebitkan

c)

menyenaraikan barang yang telah dibeli oleh pelanggan

d)

menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan

35.

Pilih padanan yang betul

a)

Nota debit > Mengurangkan jumlah pada invois

b)

Baucar Tunai Runcit > Pengesahan bahawa pembayaran telah dibuat.

c)

Invois> Memberitahu pembeli tentang amaun yang perlu dibayar.

d)

Resit (Salinan) > Merekodkan semua jenis pembayaran wang dan diakui oleh penerima.

36.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarat "Serahan: Angkutan dibayar" dalam invois?

a)

kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli

b)

kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal

c)

kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pengilang

d)

kos pengangkutan ditanggung oleh syarikat logistik

37.

Apakah tujuan diskaun niaga diberi?

a)

menggalakkan pelanggan membeli secara kredit

b)

mendorong pelanggan membeli barang secara pukal

c)

mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan

d)

meningkatkan jualan kerana diberikan kepada sesetengah pelanggan

38.

Pernyataan manakah yang benar mengenai diskaun tunai?

a)

Menggalakkan pembayaran invois pada kadar segera

b)

Menggalakkan pembelian secara pukal

c)

Merupakan potongan daripada harga senarai

d)

Amaun diskaun tunai dinyatakan dalam invois

39.

Dokumen yang berfungsi sebagai invois tambahan.

a)

Baucar Bayaran

b)

Bil Tunai

c)

Nota Debit

d)

Nota Kredit

40.

Dokumen yang digunakan apabila ada pulangan barangan.

a)

Nota Kredit

b)

Nota Debit

c)

Invois

d)

Memo

41.

Dokumen yang digunakan apabila pihak bank mengenakan caj perkhidmatan.

a)

Nota Debit

b)

Makluman Debit

c)

Nota Kredit

d)

Makluman Kredit

42.

Dokumen yang dihantar oleh Bank untuk rumusan urus niaga sepanjang bulan.

a)

Pesanan Belian

b)

Penyata Bank

c)

Penyata Penyesuian Bank

d)

Slip Bank

43.

Puan Azilah, pemilik Butik Azie membeli satu set sofa secara kredit bernilai RM 3800 untuk kegunaan perniagaan.


Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

a)

Resit

b)

Bil Tunai

c)

Invois

d)

Keratan cek

44.

Apakah fungsi dokumen perniagaan?

a)

Sebagai alat perancangan dan kawalan

b)

Sebagai rujukan semasa penyediaan penyata kewangan

c)

Sebagai alat menyemak ketepatan catatan ke dalam lejar

d)

Sebagai bukti bertulis sesuatu urusniaga telah berlaku

45.

Pihak Bank Prihatin Berhad telah menghantar makluman debit kepada Perniagaan Nab. Urusniaga manakah yang berkaitan dengan situasi tersebut?

a)

Pindahan kredit

b)

Faedah atas simpanan

c)

Dividen atas pelaburan

d)

Arahan tetap bayaran insurans

46.

Bank Prima Berhad telah menghantar dokumen X kepada Butik Bella untuk memaklumkan bahawa baki akaunnya telah dikurangkan kerana caj bank.


Apakah dokumen X tersebut?

a)

Memo

b)

Keratan cek

c)

Maklumat debit

d)

Makluman kredit

47.

Ketika memeriksa senarai harga, didapati harga sebuah seterika sebenarnya ialah RM45 sebuah tetapi tersilap rekod senagai RM42 dalam invois.


Apakah dokumen sumber yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

48.

Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?

a)

Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.

b)

Mendorong pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak.

c)

Menggelakkan pelanggan membuat pembelian secara kredit

d)

Menyediakan kemudahan pembayaran hutang yang fleksibel.

49.

Mengapakah penyata akaun dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli?

a)

Untuk menunjukkan baki tunai di bank.

b)

Untuk memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli.

c)

Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara kredit.

d)

Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara tunai.

50.

Apakah dokumen dalaman yang dikeluarkan sebagai bukti pembayaran gaji kepada pekerja telah dibuat?

a)

Bil tunai

b)

Baucar pembayaran

c)

baucar tunai runcit

d)

Slip bank

51.

Ketika membayar barangan di pasaraya Econsave, makcik Kiah telah menerima sehelai kertas yang menyenaraikan barang-barang yang telah dibeli berserta harga.

Apakah dokumen tersebut?

a)

Resit rasmi

b)

Bil tunai

c)

Slip daftar tunai

d)

Slip pindahan wang

52.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarat "Serahan: Angkutan dibayar" dalam invois?

a)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli

b)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal

c)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pengilang

d)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh syarikat pengangkutan

53.

Perbualan berikut berlaku antara Puan Julia dengan pegawai bank.


Puan Julia: Encik, saya memohon untuk potongan sewa dibuat secara tetap setiap bulan.

Pegawai bank: Tiada masalah. Pihak bank akan menghantar dokumen berkaitan setiap bulan.


Apakah dokumen yang akan dihantar kepada pihak bank kepada Puan Julia?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Makluman Debit

d)

Makluman Kredit

54.

Pilih padanan yang betul.


I Jualan tunai - Bil tunai (salinan)

II Bayar sewa dengan cek - Keratan cek

III Terima tunai daripada ABT - Resit (asal)

IV Belian aset secara kredit - Invois (salinan)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

55.

Encik Zaki telah mengeluarkan wang sebanyak RM 1200 daripada sebuah mesin ATM di Bank BBM Berhad. Apakah dokumen yang diterima oleh Encik Zaki?

a)

Slip bank

b)

Slip transaksi perbankan elektronik

c)

Slip daftar tunai

d)

Slip perbankan atas talian

56.

Keadaan manakah yang menyebabkan penjual mengirimkan nota kredit kepada pembeli?


I Pembeli dikenakan caj angkutan

II Pembeli memulangkan barang niaga kerana salah jenama

III Kuantiti barangan yang diterima adalah kurang daripada kuantiti yang dipesan

IV Pembeli dikenakan faedah kerana lewat membuat bayaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

57.

Apakah dokumen yang tidak terlibat bagi urus niaga secara tunai?

a)

Invois

b)

Tunai

c)

Cek

d)

Bil Tunai

58.

Berikut adalah dokumen bukan sumber kecuali

a)

Penyata bank

b)

Memo

c)

Nota serahan

d)

Pesanan belian