NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN T5 BAB 5
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Yang manakah merupakan campuran pemasaran yang terdapat dalam perniagaan ?
A Produk
B Pesaing
C Pembekal
D Pelanggan
Encik Ahmad membuka sebuah restorannya sendiri, setelah 15 tahun bekerja sebagai pengurus bahagian menguruskan makanan dan minuman (F&B) di hotel bertaraf 5 bintang
Apakah kelebihan Encik Ahmad berbuat demikian kepada masyarakat?
A. Memenuhi keperluan dan kehendak
B. Mengurangkan kebergantungan kepada barang import
C. Menjalankan tanggungjawab sosial
D. Membangunkan ekonomi negara.
Antara yang berikut, lokasi manakah yang sesuai bagi sebuah perniagaan restoran?
A Sukar dikunjungi
B Tempat tumpuan ramai
C Berdekatan dengan pesaing
D Mengenakan sewa yang murah
Antara yang berikut, siapakah yang memiliki ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?
A. Encik Y merupakan seorang yang berinisiatif dan pandai merebut peluang perniagaan.
B. Puan Janet berpuas hati dengan hanya meneruskan perniagaan milikan tunggalnya.
C. Cik Silawati menjalankan aktiviti jual-beli satay di gerainya sejak 10 tahun yang lalu.
D. Encik Zainal suka menjalankan perniagaan yang tiada risiko kegagalan.
Apakah jenis stok bagi barang tersebut ?
A. Stok bergerak cepat
B. Stok bergerak lambat
C. Stok tidak bergerak
D. Stok lambakan
Haji Zamberi mengusahakan tauhu yang halal bagi dipasarkan kepada pengguna Muslim.
Apakah ciri keperibadian tersebut ?
A. Komitmen yang tinggi
B. Yakin diri dan optimistik
C. Pandai mengambil peluang
D. Kebolehan menentukan misi dan visi
Apakah maksud stok bergerak perlahan?
A. Barang-barang yang dijual secara hutang dan lambat menerima bayaran
B. Barang-barang yang mengambil masa yang lama untuk dijual
C. Barang-barang yang lambat diterima daripada pembekal
D. Barang-barang yang pantas untuk dijual.
Pernyataan manakah menjadi kelebihan kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah kepada matlamat peribadi seseorang usahawan?
Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat
Memberi kebebasan mengurus kehidupan harian diri dan keluarga
Berikut ialah faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan kecuali
A Modal
B Kemahiran
C Lokasi yang sesuai
D Pelanggan
Antara yang berikut, manakah kekuatan yang perlu ada pada diri usahawan?
I Perhubungan baik dengan pasangan
II Mewujudkan sikap berdikari
III Memberi peluang pekerjaan
IV Kemahiran pembangunan karakter diri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
