NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Antara yang berikut, manakah bukan merupakan tips penjagaan muka berjerawat?
Memicit jerawat kecil
Mendapatkan rawatan doktor
Makan makanan yang seimbang
Menggunakan pencuci muka yang sesuai
_________________ ialah perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh yang melibatkan perkembangan dan perubahan aspek fizikal dan emosi.
Stres
Imunisasi
Seksual primer
Seksual sekunder
Pernyataan manakah yang bukan menunjukkan perubahan fizikal bagi remaja perempuan semasa perkembangan seksual sekunder?
Saiz otot membesar
Suara semakin lunak
Jerawat mula tumbuh
Pinggul mula membesar
Berikut merupakan perubahan fizikal bagi remaja lelaki semasa perkembangan seksual sekunder kecuali
Misai mula tumbuh
Ketinggian meningkat
Suara bertambah garau
Tekstur kulit semakin licin
Pernyataan berikut merupakan cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder kecuali
Menguatkan jati diri
Mengurus stress dengan baik
Mengasingkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
Apakah alat yang boleh digunakan dalam gimnastik bagi membolehkan seseorang membuat lantunan dan layangan di udara?
Tilam
Frisbee
Papan anjal
Trampolin
Kekerapan melakukan latihan adalah merujuk kepada prinsip...
Intensity (Tahap Intensiti)
Frequency (Kekerapan)
Time (Masa)
Capacity ( Capacity)
Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan?
Tekan tubi
Bangkit tubi
Ayun tangan
Jangkauan melunjur
Cikgu Wawa telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk melakukan aktiviti tekan tubi selama 5 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?
Pelajar akan berasa seronok
Pelajar akan bertambah mahir
Pelajar akan mengalami kecederaan otot
Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya
Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan?
Aktiviti regangan pectoralis
Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang
Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan
Aktiviti naik turun bangku
Pergerakan yang tidak menyebabkan berlakunya perubahan pada kedudukan tubuh badan.
Antara berikut, yang manakah benar tentang pernyataan di atas ?
Lokomotor
Langkah lurus
Bukan lokomotor
Konsep pergerakan
Berikut merupakan kemahiran mendarat menggunakan gerak kaki dalam permainan bola jaring kecuali …
sebelah kaki
kedua-dua belah kaki
gerakan pivot
satu setengah kaki
Kemahiran X diperlukan untuk mematikan bola ke gelanggang pihak lawan semasa perlawanan bola tampar. Apakah kemahiran X?
Servis
Merejam
Mengumpan
Menyangga
Rajah di atas menunjukkan alatan dalam lari pecut iaitu blok permulaan. Apakah fungsi blok permulaan dalam acara lari pecut?
Menambahkan kelajuan hayunan tangan
Memindahkan pusat graviti ke bahagian lengan
Menambah kekuatan otot kaki
Mendapatkan kuasa eksplosif semasa memulakan larian.
Rajah di atas menunjukkan lakuan dalam permainan lontar peluru. Berikut adalah fasa ansur maju dalam acara lontar peluru kecuali..
Fasa persediaan
Fasa mendarat
Fasa lontaran
Fasa gelongsoran
Dalam satu perlawanan bola sepak, setiap pasukan diwakili oleh ________ .
8 orang pemain
10 orang pemain
11 orang pemain
12 orang pemain
Bagi satu set dalam permainan badminton, perlawanan akan diteruskan sehingga pemain perseorangan atau beregu memperoleh…
21 mata
22 mata
23 mata
25 mata
Antara berikut, yang manakah merupakan kata-kata pemikiran positif?
Saya tidak mahu melawan cakap guru
Mulai tahun ini, saya tidak akan lewat ke sekolah
Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi
Saya akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru
Seseorang atlet itu perlu ___________ selepas melakukan aktiviti sukan.
memanaskan badan
mandi dengan segera
menyejukkan badan
makan dengan segera
Berikut merupakan prinsip FITT kecuali
Kekerapan melakukan latihan
Tinggi dan berat badan seseorang
Tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal
Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti fizikal
