NEW
Font size
Worksheetsfizik kssm tingkatan 4 bab 2
Total questions: 40
Worksheet time: 33mins
Rajah menunjukkan jalan yang diambil oleh sebuah kereta peronda untuk memantau keselamatan di suatu kawasan kejiranan. Kereta peronda mula bergerak dari titip P pada jam 2100.
Berapakah sesaran kereta peronda pada jam 2130 ?
0.0 km
5.0 km
7.5 km
16.0 km
Rajah menunjukkan sebahagian daripada keratan pita jangka masa detik di ambil dari gerakan sebuah troli dalam eksperimen menggunakan jangka masa detik dengan frekuensi 50 Hz.
Hitungkan pecutan troli itu.
2.50 cm s−2
3.12 cm s−2
25.0 cm s−2
3 125 cm s−2
Pita detik manakah menunjukkan pergerakan dengan halaju bertambah ?
Rajah menunjukkan sebuah roket bermula dengan halaju 3 000 ms−1 dan kemudiannya memecut seragam pada 25 ms−2 ke atas.
Berapakah halaju roket selepas 5 minit ?
−4 500 ms−1
−10 500 ms−1
2 875 ms−1
10 500 ms−1
Situasi manakah yang mengalami keseimbangan daya ?
Sebuah kereta menuruni bukit dengan halaju bertambah
Sebiji durian jatuh dari pokok
Sebuah roket memecut ke atas
Sebuah kapal terapung di laut
Sebiji bola besi jatuh bebas dari kedudukan yang tinggi di bumi. Antara berikut, kuantiti yang manakah akan bertambah ?
Halaju
Berat
Pecutan graviti
Tenaga keupayaan
Mengapakah seorang penumpang melentok ke arah kiri apabila kereta membelok kanan ?
Disebabkan graviti
Disebabkan oleh daya
Disebabkan oleh inertia
Disebabkan oleh momentum
Hukum Gerakan Newton Pertama juga dikenali sebagai
Inersia
Tekanan
Momentum
Daya impuls
Sebiji bola dilontar ke atas secara menegak dengan halaju 5 ms−1 .
Berapakan ketinggian maksimum yang boleh dicapai oleh bola tersebut ?
0.25 m
0.50 m
1.25 m
12.5 m
Graf berikut mewakili pergerakan sebuah kenderaan.
Apakah pecutan kenderaan tersebut ?
−12 ms−2
40 ms−2
12 ms−2
10 ms−2
Manakah antara berikut yang mempunyai inersia terbesar ?
Jisim = 5kg
Jisim = 3 000 g
Jisim = 10 g
Jisim = 1 kg
Rajah menunjukkan sebuah graf halaju melawan masa bagi suatu gerakan kereta mainan.
Pada kedudukan manakah kereta mainan itu mengalami pecutan sifar ?
AB
BC
CD
DE
Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan kesan inersia ?
Sebuah kereta bermula dari keadaan pegun dan mengambil masa 8.0 s untuk mencapai halaju 50 ms−1 .
Hitungkan pecutan bagi kereta itu.
0.16 ms−2
6.25 ms−2
50.0 ms−2
400.0 ms−2
Jika seorang angkasawan berjalan di permukaan bulan, apakah yang anda dapat nyatakan tentang inersianya ?
Meningkat
Menurun
Tidak berubah
Rajah menunjukkan satu belon dengan udara meluru keluar dari muncung belon itu.
Situasi ini diterangkan oleh
Inersia
Impuls
Daya Impuls
Hukum Newton Ketiga
Sebuah lori yang berjisim 8 000 kg bergerak dengan halaju 20 ms−1 berlanggar dengan sebuah kereta yang berjisim 1 000 kg yang berada di dalam keadaan pegun di tepi jalan raya. Selepas perlanggaran, lori dan kereta bergerak bersama-sama.
Hitung halaju selepas perlanggaran, dalam ms−1 .
17.78
20.00
30.00
35.00
Sebiji bola dilontar secara menegak ke atas. Apakah yang terjadi kepada momentum bola tersebut ?
Berkurang
Bertambah
Tidak berubah
Rajah menunjukkan dua biji bola yang serupa, P dan Q bergerak ke arah satu sama lain dengan halaju v dan 2v masing-masing. Perlanggaran di antara dua biji bola itu adalah perlanggaran kenyal.
Pernyataan manakah yang benar tentang perlanggaran tersebut ?
Momentum bola P sebelum perlanggaran adalah sama dengan momentum bola Q sebelum perlanggaran.
Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran.
Tenaga kinetik bola P sebelum perlanggaran adalah sama dengan tenaga kinetik bola Q sebelum perlanggaran.
Jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran adalah tidak sama dengan jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran.
Rajah 5.1 menunjukkan sebuah troli dengan bagasi ditolak dengan daya, F .
Rajah 5.2 troli tersebut dengan bagasi yang lebih banyak ditolak dengan daya yang sama.
Apakah yang terjadi pada pecutan troli dalam rajah 5.2 ?
Berkurang
Bertambah
Tidak berubah
Rajah menunjukkan seorang atlet lompat membengkokkan kakinya semasa mendarat.
Mengapa atlet tersebut membengkokkan kakinya ?
Untuk mengurangkan momentum.
Untuk menambahkan daya geseran.
Untuk menambahkan masa hentakan.
Untuk mengurangkan impuls.
Seorang atlet berjisim 55 kg melompat ke atas pasir dalam pertandingan lompat jauh. Dia menghentam pasir dengan halaju 8 ms−1 dan berhenti selepas 0.5 s . Hitung daya impuls.
880 N
275 N
27.5 N
0 N
Apakah kegunaan roda pada kasut roda ?
Untuk mengurangkan daya graviti.
Untuk mengurangkan daya geseran.
Untuk mengurangkan daya magnetik.
Untuk mengurangkan daya elektrik.
Suatu daya dikenakan pada bola yang sedang bergolek dalam arah yang sama dengan gerakannya. Apakah kesan daya terhadap bola tersebut ?
Memperlahan bola yang bergolek.
Mempercepat bola yang bergolek.
Menghentikan bola yang bergolek.
Mengubah arah gerakan bola yang bergolek.
Rajah menunjukkan sebuah kereta berjisim 8 000 kg , dengan daya tujah kehadapan 3 600 N dan daya geseran 2 000 N . Berapakah pecutan, dalam ms−2 kereta itu ?
2.0
2.5
4.5
7.0
Sebuah kereta memecut dengan daya rintangan sebanyak 6 000 N bertindak ke atas kereta itu. Berapakah daya yang dikenakan oleh enjin kereta itu ?
Bersamaan 6 000 N
Lebih besar daripada 6 000 N
Lebih kecil daripada 6 000 N.
0 N
Antara pernyataan mengenai medan graviti berikut, yang manakah benar ?
Medan graviti menyebabkan daya dikenakan ke atas objek-objek kerana mereka mempunyai cas.
Hanya planet dan bintang mempunyai medan graviti
Medan graviti Bumi bertindak ke arah pusat Bumi.
Kekuatan medan graviti di Bulan adalah kurang berbanding di Bumi kerana tiada atmosfera di Bulan.
Sekiranya suatu objek mempunyai dua kali ganda jisim, maka ia juga mempunyai dua kali ganda
pecutan
berat
pusat graviti
ketumpatan
Antara berikut, pernyataan manakah yang benar ?
Berat bergantung kepada graviti.
Jisim bergantung kepada graviti.
Berat adalah kuantiti skalar, jisim adalah kuantiti vektor.
Jisim adalah suatu daya, manakala berat adalah bukan daya.
Rajah menunjukkan sebuah bas sekolah yang bergerak dengan halaju seragam. Jika jisim bas ialah 6 000 kg , berapakah momentum, dalam kg m s−1 , bas itu ?
60 000
120 000
180 000
200 000
Hukum Gerakan Newton Pertama juga dikenali sebagai
Newton's First Law of Motion is also known as
daya impuls
impulsive force
tekanan
pressure
momentum
inersia
inertia
