Font size
WorksheetsBab 3 Kegravitian Fizik
Total questions: 31
Worksheet time: 16mins
Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan ........................... dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.
berkadar terus
berkadar songsang
bertambah secara linear
berkurang secara linear
Rumus Hukum Kegravitian Semesta Newton ialah ...
F = r2Gm1m2
F = tmv−mu
F = rmv2
F = rGm1m2
Semakin bertambah jisim jasad, semakin ............ daya graviti.
bertambah
berkurang
Semakin bertambah jarak di antara dua jasad, semakin .................. daya graviti.
bertambah
berkurang
daya memusat berlaku pada:
objek yang memutar pada paksinya sendiri
objek yang bergerak dalam lintasan membulat
objek yang bergerak secara tangen pada lintasan melengkung
objek yang bergerak secara rawak
Yang manakah antara berikut adalah tidak benar:
Hukum Kepler 1: berkaitan dengan orbit elips
Hukum Kepler 2: berkaitan dengan luas yg dicakupi oleh garis sambungan planet dengan Matahari dalam selang masa tertentu.
Hukum Kepler 3: menyatakan bahawa tempoh orbit planet berkadar terus dengan jejari planet.
Hukum Newton 3: magnitud daya tindak balas adalah bersamaan dengan magnitud daya yg bertindak, tetapi pada arah berlawanan.
Hukum Kepler Ketiga menyatakan bahawa
Kuasa dua tempoh planet adalah berkadar songsang dengan kuasa tiga jejari orbitnya
Kuasa tiga tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa dua jejari orbitnya
Kuasa dua tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya
Halaju lepas ialah
halaju maksimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti suatu planet
halaju minimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti suatu planet
halaju minimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti Bumi
yang manakah antara berikut adalah formula daya memusat?
F=rmv2
F=r2mv
F=21mv2
F=T2πr
[TP2] Apakah yang membuatkan sebuah satelit Bumi bergerak dalam orbitnya ?
Tarikan graviti Matahari
Pembakaran bahan api
Pelepasan gas dari ekzos satelit
Tarikan graviti antara satelit dan Bumi
[TP3] Adam telah mengambil bahagian dalam acara lontar peluru. Beliau memusingkan bebola besi (peluru) tersebut dalam satu bulatan mengufuk. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan situasi ini ?
Laju, v bagi bebola besi sentiasa berubah.
Halaju, v bagi bebola besi adalah sama.
Pecutan, a bagi bebola besi bertambah apabila jejari bulatan, r bertambah.
Daya memusat, F semakin bertambah apabila laju, v semakin bertambah
[TP4] Sebuah satelit yang berfungsi untuk mengkaji cuaca telah dilancarkan ke orbit. Berikut adalah ciri-ciri bagi dua jenis satelit yang mengorbit Bumi. Klasifikasikan dan pilih ciri-ciri bagi satelit tersebut.
Tempoh orbit lebih pendek daripada 24 jam.
Berada di atas kedudukan geografi yang berubah-ubah.
Arah gerakan tidak perlu sama dengan arah putaran Bumi.
Berada dalam suatu orbit khas.
Isaac Newton menyatakan daya graviti yang melibatkan dua jasad mempunyai hubungan berikut
Daya graviti berkadar terus dengan hasil darab jisim bagi dua jasad.
Daya graviti berkadar terus dengan hasil tambah jisim bagi dua jasad.
Daya graviti berkadar songsang dengan kuasa tiga jarak di antara pusat dua jasad tersebut.
Daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.
Apakah nilai pemalar kegravitian, G?
6.67×10−11 N m2 kg−2
_________________ adalah suatu daya yang terbentuk dalam bulatan.
Daya graviti
Berat
Daya memusat
Daya
Nilai pecutan graviti, g, berkadar terus dengan jarak daripada pusat Bumi, R, dengan syarat nilai jarak antara dua jasad, r, tersebut mesti kurang daripada jejari Bumi.
BENAR
PALSU
Antara berikut, yang manakah merupakan rumus bagi pecutan memusat?
ac=rs2
ac=rv2
ac=tv
ac=rmv2
Diberi jisim bumi adalah 5.97×1024kg dan jejari Bumi adalah 6.37×106m . Hitung pecutan graviti di permukaan bumi.
9.812 ms−2
9.812 ms−1
10 ms−2
10 ms−1
_______________ menyatakan bahawa orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya?
Hukum Kepler I
Hukum Kepler II
Hukum Kepler III
Hukum Kepler IV
Hukum Kepler II menyatakan bahawa
satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit.
bahawa orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya.
semakin besar nilai jejari orbit planet tersebut, semakin lama tempoh untuknya mengelilingi Matahari.
______________ menyatakan bahawa kuasa dua tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya, T2∝r3 .
Hukum Kepler I
Hukum Kepler II
Hukum Kepler III
Hukum Kegravitian Semesta Newton
Kelajuan linear satelit hanya bergantung kepada orbitnya.
Benar
Palsu
Satelit terbahagi kepada dua, iaitu
buatan manusia.
geopegun.
semula jadi.
bukan geopegun.
________________ halaju minimum yang diperlukan oleh satu objek di permukaan Bumi untuk mengatasi daya graviti dan terlepas ke angkasa lepas.
Halaju lepas
Halaju linear
Pecutan graviti
Halaju memusat
Nilai halaju lepas yang diperlukan oleh satu objek di permukaan Bumi untuk mengatasi daya graviti dan terlepas ke angkasa lepas iaitu 11.2 km s−2 .
Benar
Palsu
Apakah yang menyebabkan pergerakan Bulan pada orbitnya?
Daya graviti yang dikenakan pada Bumi oleh Bulan
Daya graviti yang dikenakan oleh Matahari
Daya graviti yang dikenakan oleh planet-planet
Daya graviti yang dikenakan pada Bulan oleh Bumi
Daya graviti pada wanita 50 kg ialah 500 N. Wanita itu juga mengenakan daya graviti ke atas Bumi. Berapakah daya graviti yang dikenakan oleh wanita tersebut?
0 N
245 N
500 N
980 N
Satu garisan yang dilukis dari sebuah planet ke Matahari sentiasa meliputi kawasan dengan luas yang sama dalam selang masa yang sama. Apabila planet itu bergerak lebih jauh dari Matahari, planet akan bergerak dengan
cepat
lambat
tetap pada setiap titik
tiada satu pun di atas
Tempoh satelit geopegun ialah
24 jam
6 jam
48 jam
12 jam
Jika r mewakili jejari orbit sebuah satelit berjisim m yang bergerak dalam orbit membulat di sekeliling sebuah planet berjisim M, halaju satelit itu diberikan oleh
v=(rGM)
v2=rGMm
v=r2GMm
v2=RgM
Pilihlah foto Sir Isaac Newton!
