wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SPRM (NPL BERSAMA DR. NINA)

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.


Berikut merupakan suapan yang dianggap sebagai rasuah, kecuali :

a)

wang & hadiah

b)

undi

c)

dendaan

d)

perkhidmatan

2.

Dari segi istilah rasuah berasal dari bahasa Arab ”Ar-risywah” iaitu kata terbitan daripada kata akar perkataan ”rasya, yarsyu dan rasywan” yang membawa maksud

a)

suapan

b)

memeras ugut

c)

menipu

d)

sogokan atau pujukan

3.

Di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 telah diperuntukkan fungsi bagi Pegawai-Pegawai SPRM.

Sila pilih manakah berkaitan dengan fungsi Bahagian Pendidikan Masyarakat.

a)

Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam serta mengarah, menasihati dan membantu tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapus

b)

Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah serta mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

c)

Mengesan dan menyiasat serta menerima dan menimbangkan aduan

d)

Menasihati ketua-ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem, tatacara yang sesuai

4.

Apa yang dimaksudkan dengan SPRM?

a)

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Suruhanjaya Penghakiman Rasuah Malaysia

d)

Suruhanjaya Pendidikan Rasuah Malaysia

5.

Manakah antara berikut bukan menjadi kesalahan mengikut Akta SPRM 2009

a)

Memberi dan menerima Rasuah

b)

Menipu

c)

Mengemukakan Dokumen Palsu

d)

Mengunakan Jawatan dan Kedudukan

6.

Bilakah Badan Pencegahan Rasuah diwujudkan?

a)

29 Ogos 1973

b)

1 Januari 1960

c)

13 Mei 1982

d)

1 Oktober 1967

7.

Sebelum tahun 2008, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipanggil ?

a)

Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)

b)

Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM)

c)

Badan Pencegah Rasuah (BPR)

d)

Wira Anti Rasuah (WAR)

8.

Rasuah merupakan ............. yang wajib dibanteras.

a)

masalah sosial

b)

jenayah berat

c)

jenayah ringan

d)

hobi

9.

Berikut adalah bidang kuasa SPRM KECUALI

a)

Menyiasat kes rasuah

b)

Menerima maklumat berkaitan rasuah

c)

Mendakwa kes rasuah di mahkamah

d)

Menasihat agensi untuk memperbaiki sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah

10.

Bagaimana cara kita dapat melaporkan kesalahan rasuah kecuali?

a)

Aplikasi Tiktok dan Instagram

b)

Aplikasi MACC Mobile

c)

Surat dan email

d)

Hadir ke pejabat SPRM

11.

Apakah singkatan bagi AMAR?

a)

Angkatan Muda Anti Rasuah

b)

Angkatan Mahasiswi Anti Rasuah

c)

Anggota Mahasiswa Anti Rasuah

d)

Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah

12.

Yang manakah kesan utama jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pendidikan Anti Rasuah tidak ditubuhkan dan dihayati oleh masyarakat ?

a)

Rakyat hidup dalam kesejahteraan

b)

Sistem pentadbiran negara akan berjalan dengan lancar

c)

Penindasan dan penyelewengan berlaku secara besar-besaran dalam pelbagai perkara

d)

Rakyat akan menikmati suasana masyarakat yang adil apabila tiada golongan yang akan ditindas

13.

Selain daripada moto “Rasuah Dihina Maruah Dibina”, apakah moto lain bagi SPRM ?

a)

Amanah, Tegas & Adil

b)

Berintegriti, Cekap & Saksama

c)

Adil, Berani & Murni

d)

Hidup Aman Tanpa Rasuah

14.

Ibu Pejabat SPRM terletak di?

a)

Ipoh, Perak

b)

Bukit Aman, Kuala Lumpur

c)

Presint 7, Putrajaya

d)

Klang, Selangor

15.

Apakah bentuk kesalahan rasuah yang utama mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?

a)

Menerima dan memberi rasuah

b)

Mengemukakan tuntutan palsu

c)

Salah guna kedudukan oleh pegawai awam

d)

Semua di atas

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Integriti”?

a)

Bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam kehidupan seharian serta dalam organisasi

b)

Nilai kejujuran dan etika dalam pekerjaan

c)

Nilai kesanggupan untuk berkorban demi bangsa dan negara

d)

Rasa cinta akan tanah air dan masyarakat

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jenayah Kolar Putih ?

a)

Jenayah yang dilakukan dalam sektor pendidikan

b)

Jenayah yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai status dalam sesebuah organisasi atau komuniti

c)

Jenayah yang dilakukan dalam sektor perubatan

d)

Jenayah yang melibatkan penjawat awam

18.

Berikut merupakan simptom-simptom rasuah kecuali?

a)

Perubahan gaya hidup mewah secara tiba-tiba

b)

Kegagalan menjelaskan punca perolehan harta

c)

Sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja

d)

Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan

19.

Kenyataan manakah yang SALAH

a)

SPRM menjatuhkan hukuman kepada pesalah rasuah

b)

Mahkamah membuat penghakiman

c)

Jabatan Peguam Negara mendakwa tertuduh kes rasuah

d)

SPRM menyiasat kes rasuah

20.

Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

Berikut merupakan Akta melindungi pemberi maklumat kecuali:

a)

Akta SPRM 2009

b)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

c)

Akta Perlindungan Pihak 2011

d)

Akta Perlindungan Saksi 2009

21.

29 Januari 2019, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan...

a)

Pelan Anti-rasuah Awam

b)

Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam

c)

Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP)

d)

Pelan Anti-rasuah Kerajaan Malaysia

22.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan program yang dikenali sebagai Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

a)

Betul

b)

Salah