Font size
WorksheetsBAB 10 SAINS TINGKATAN 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Situasi manakah dalam rawatan perubatan moden yang sesuai menggunakan ubat antibiotik dalam merawat pesakit?
Aminah yang berasa sakit kepala dan berkemungkinan mengalami migrain.
David yang mendapat jangkitan kuman pada alat kelamin akibat hubungan seks bebas.
Maisarah yang mengalami masalah kemurungan selepas terlibat dalam bencana tsunami.
Devi yang mengalami demam panas dan badan berasa menggigil.
Lengkuas merupakan sejenis herba. Apakah kegunaannya dalam rawatan tradisional?
Mengubati luka
Menyejukkan badan
Menghilangkan jerawat
Mengubati sakit perut
Bagaimanakah bahan antioksidan membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan?
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk meneutralkan kesan radikal bebas dengan mengisi kekosongan elektron pada radikal bebas.
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan memastikan bilangan radikal bebas adalah terkawal pada jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan.
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk memecahkan lemak berlebihan dalam tubuh badan.
Bahan antioksidan mempunyai keupayaan menghalang proses pengoksidaan pada makanan.
Apakah bahan yang dilarang di dalam produk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan?
vitamin C
merkuri
gula
vitamin E
Apakah penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas?
alzheimer
parkinson
sakit kepala
ketidaksuburan
Apakah faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan manusia?
metabolisme
pencemaran udara
asap rokok
sinaran mengion
mengapakah hirisan buah epal menjadi perang setelah dibiarkan selama beberapa minit
pengoksidaan oleh udara
tindak balas bakteria
kehilangan air
suhu sekeliling
antara yang berikut,yang manakah dapat mengurangkan pengoksidaan makanan
aspirin
jus limau nipis
kodeina
streptomisin
Alfa-tokoferol atau vitamin E boleh ditemui dalam kebanyakan minyak sayuran seperti minyak kelapa sawit, minyak jagung dan minyak kacang soya.
Betul
Salah
Antioksidan jenis Likopena biasa ditemui dalam
buah buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato dan oren
sumber protein seperti telur, ayam dan roti
buah buahan seperti pisang, jambu batu, mangga dan nanas
sayur sayuran seperti brokoli, bayam dan kubis
Nama lain bagi bahan antioksidan vitamin C ialah
alfa tokoferol
asid nitrik
beta karotena
asid askorbik
Maksud bahan aktif ialah
komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penghasilan bahan antioksidan
komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penghasilan vitamin C
komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit
barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit
Ubat yang manakah boleh melegakan sakit kepala?
Streptomisin
Parasetamol
Barbiturat
Kortison
Antara proses berikut, yang amankah menghasilkan radikal bebas?
Penurunan
Pembahagian
Pengoksidaan
Pembezaan
Mahmud telah disengat oelh serangga yang mempunyai sengatan beralkali, Anatar berikut manakah paling sesuai disapu pada tempat sengatan tersebut
Sabun
Cuka
Ubat gigi
Minyak masak
