wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

7.0 KESELAMTAN F3

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan eksploitasi?

a)

Satu masalah global yang serius.

b)

Mudah terpengaruh dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

c)

Perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

d)

Masalah jenayah yang selalu terjadi dikalangan warga asing.

2.

Ekploitasi wujud dalam pelbagai bentuk kecuali;

a)

fizikal

b)

mental

c)

emosi

d)

perhubungan keluarga

e)

seksual

3.

Keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak adalah jenis eksploitasi :

a)

Eksploitasi buruh

b)

Eksploitasi seksual

c)

Kahwin Paksa

d)

Pedofilia

4.

Menjadi keldai dadah, mengemis, menyeluk saku, meragut beg dan penjualan barang-barang tiruan adalah termasuk dalam kepelbagaian eksploitasi jenis;

a)

Eksploitasi untuk melakukan jenayah

b)

Mengupah kanak-kanak sebagai askar

c)

Eksploitasi seksual

d)

Eksploitasi buruh

5.

Punca eksploitasi dapat dilihat daripada tiga perspektif kecuali ;

a)

Individu

b)

Komuniti tempatan dan masyarakat

c)

Kemajuan negara

d)

Perhubungan keluarga

6.

Dalam perspektif Komunitit tempatan dan masyarakat, amalan sesetengah komuniti tempatan iaitu perempuan tidak diberi hak yang sama seperti lelaki. Kenyataan ini benar atau tidak?

a)

Ya

b)

Tidak

7.

Tahap pendidikan seseorang individu juga mengkin mempengaruhi dirinya untuk dieksploitasi kerana mereka yang tidak berpendidikan tinggi mungkin tidak tahu hak mereka dan tidak berani menyuarakan perasaan mereka. Kenyataan ini adalah dari perspektif?

a)

Perhubungan keluarga

b)

Individu

c)

Komuniti tempatan dan masyarakat.

8.

Berdasarkan keratan akhbar di atas, apakah jenis eksploitasi yang dilakukan oleh pesalah di atas?

a)

Eksploitasi buruh

b)

Eksploitasi untuk melakukan buruh

c)

Pedofilia

d)

Eksploitasi seksual

9.

Berdasarkan Akta kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur _________ tahun.

a)

18 tahun

b)

15 tahun

c)

12 tahun

d)

21 tahun

10.

Eksploitasi dapat dielakkan dengan beberapa cara terbaik kecuali;

a)

Kempen kesedaran dan penguatkuasaan pihak tempatan.

b)

Meningkatkan taraf mutu kehidupan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan melalui pendidikan.

c)

Membiarkan masyarakat berhadapan dengan masalah jenayah ini.

d)

Mendapatkan pendidikan yang baik supaya individu-individu ini tahu akan hak asasi mereka.

11.

Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual seperti seks oral atau hubungan seks. Apakah faktor yang paling tinggi yang menyebabkan terjadi gejala pelacuran ini?

a)

Pendidikan

b)

Ekonomi

c)

Sosial

d)

Persekitaran

12.

Penderaan kanak-kanak menurut akta kanak-kanak 2001 adalah ;

a)

sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan

b)

Penderaan terhadap kanak-kanak dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat dari segi fizikal dan emosi.

c)

Satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah.