Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN TATABAHASA BM1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tubuh ahli bina badan itu sangat_________________ kerana sering melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium.

a)

tegap

b)

teguh

c)

tahan

d)

mantap

2.

Berita palsu itu __________________ secara meluas dalam kalangan masyarakat.

a)

tularan

b)

ditularkan

c)

penularan

d)

menularkan

3.

"Bendahara, adakah persiapan untuk majlis perkahwinan anakanda __________________ sudah siap diatur?" Sultan Melaka bertitah kepada Tun Perak.

a)

tuanku

b)

patik

c)

beta

d)

baginda

4.

Kajian tentang penyakit barah otak itu sedang dilakukan ____________ beberapa orang doktor pakar.

a)

oleh

b)

dengan

c)

kerana

d)

pada

5.

Wak Leman _____________ air sungai dengan menggunakan sebiji baldi.

a)

menuang

b)

mencurah

c)

mengisi

d)

menceduk

6.

Cikgu Irfan mengambil gambar ______________ yang sedang berkawad kaki di padang.

a)

api-api

b)

iras-iras

c)

murid-murid

7.

Nenek Lijah masih tidak ________________ berleter sejak tadi.

a)

habis-habis

b)

iras-iras

c)

ampai-ampai

8.

Kuih ____________ yang dimasak oleh Puan Aira sungguh enak rasanya.

a)

abuk-abuk

b)

ampai-ampai

c)

api-api

9.

" Rupa kamu ada _____________ kakak saya," kata Suhaila kepada Afidah.

a)

murid-murid

b)

habis-habis

c)

iras-iras

10.

Encik Muaz membeli dua gugus anggur untuk dibawa pulang.

a)

betul

b)

salah