Font size
WorksheetsKUIZ BAB 5: SEBATIAON KARBON TING 5
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
Berdasarkan rajah, apakah sebatian itu?
Butana
Butena
Propana
Propena
Yang manakah kaedah yang digunakan untuk mengasingkan minyak mentah kepada komponen hidrokarbonnya?
Pembakaran minyak mentah
Penyulingan minyak mentah
Penyulingan berperingkat minyak mentah
Pemanasan minyak mentah
Antara bahagian A, B, C atau D, yang manakah mengandungi minyak sawit yang paling banyak?
A
B
C
D
Apakah produk yang dapat dihasilkan daripada minyak sawit?
Plastik
Keju
Sabun
Mentega
Berdasarkan rajah struktur ion sabun, yang manakah BENAR?
Bahagian R adalah berasid
Bahagian P adalah beralkali
Bahagian P dan R adalah hidrofobik
Bahagian P larut di dalam minyak manakala bahagian R larut di dalam air
Proses pembuatan sabun dikenali sebagai apa?
Saponifikasi
Pensulfonan
Pengesteran
Pengemulsian
Apakah fungsi natrium klorida dalam penyediaan sabun?
Sebagai pemangkin
Untuk mengeraskan sabun
Untuk memendakkan sabun daripada larutannya
Untuk mengurangkan daya tarikan antara molekul dalam air
Nyatakan unsur dalam alkohol. (Tandakan lebih dari satu jawapan)
Karbon
Nitrogen
Oksigen
Hidrogen
Di dalam proses penapaian ini apakah bahan yang akan terhasil di akhir eksperimen?
asid
alkali
alkohol
air suling
Hidrokarbon yang manakah dihasilkan daripada pereputan fosil tumbuhan oleh tindakan bakteria?
Arang batu
Arang kayu
Petroleum
Gas asli
Mempunyai ikatan kovalen tunggal di antara atom karbon dengan atom karbon ( C--C ). Kenyataan ini merujuk kepada
sebatian oksigen
sebatian nitrogen
sebatian hidrokarbon tepu
sebatian hidrokarbon tak tepu
Rajah 2 menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit.
Bahagian yang manakah, mempunyai kandungan minyak
berkualiti tinggi?
A
B
C
D
Alkohol terbakar dalam udara bagi menghasilkan
Ester
Karbon monoksida
Karbon dioksida dan air
Hidrokarbon dan air
Manakah antara berikut adalah formula am bagi alkana?
CnH2n
CnH2n+1
CnH2n+2
CnH2n+1OH
Bahagian ekor molekul sabun yang _________ akan melarut dan melekat dalam kotoran bergris pada permukaan kain manakala bahagian _________ melarut di dalam air
hidrofobik , hidrofilik
hidrofobik , hidrofolik
hidrofilik, hidrofobik
hidrofolik, hidrofobik
Minyak sawit mengandungi bahan antioksidan seperti karotena dan vitamin _______ yang melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan.
C
D
E
K
Hidrolisis berlaku dalam minyak sawit apabila molekul minyak sawit bertindak balas dengan __________.
hidrogen
udara
oksigen
air
Bahagian _________ yang mengandungi minyak isirung sawit yang paling berkualiti
sabut
mesokarp
kernel
endokarp
Aterosklerosis boleh menyebabkan hipertensi atau tekanan darah tinggi, strok (arteri yang menuju ke otak tersumbat atau pecah) dan _________ yang dapat membawa maut.
Asma
Sakit kepala
Kekejangan otot
Serangan jantung
Kesan buruk pengambilan akohol secara berlebihan terhadap kesihatan Adalah berikut KECUALI
Kerosakan sel otak, koordinasi dan sistem saraf terjejas
Kadar pernafasan meningkat
Pendengaran terbatas
Kerosakan sel hati
Alkohol merupakan bahan api yang baik kerana sebatian karbon organik ini mudah terbakar, nyalaannya berwarna ________ dan pembakarannya lengkap serta bersih tanpa jelaga.
merah
kuning
jingga
biru
Senaraikan hasil daripada proses penapaian glukosa? (Lebih daripada 1 jawapan)
Yis
Alkohol
Oksigen
Karbon dioksida
Antara berikut, yang manakah ciri sebatian organik?
Berasal daripada benda hidup
Takat lebur tinggi
Sangat larut dalam air
Tidak mudah terbakar
Berdasarkan senarai di bawah, bahan manakah yang terdiri daripada hidrokarbon?
K - Arang batu
L - Etanol
M - Gas asli
N - Petroleum
K dan M
L dan N
K, M dan N
K, L , M dan N
