Font size
WorksheetsULANGKAJI PAT SAINS TINGKATAN 3
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan terkawal?
Peristalsis
Bercakap
Berpeluh
Denyutan jantung
Apakah fungsi rerambut pada lapisan di dalam lubang hidung?
Untuk merembeskan mukus yang membantu melembapkan udara
Untuk melindungi rongga nasal semasa menarik nafas
Untuk memerangkap partikel asing yang hadir dalam udara sedutan
Untuk meningkatkan proses tarikan dan hembusan nafas.
Apakah organ deria yang digunakan oleh orang cacat penglihatan dalam membaca Braille?
Kulit
Hidung
Mata
Lidah
Rajah 4 menunjukkan satu tumbuhan diletakkan dalam kotak hitam dengan satu lubang terbuka di tepi.
Apakah tindak balas yang ditunjukkan oleh pucuk tumbuhan itu?
Tigmotropisme negatif
Fototropisme positif
Geotropisme positif
Hidrotropisme negatif
Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang proses menghembus nafas?
Diafragma mengecut dan menjadi rata
Sangkar rusuk bergerak ke atas dan keluar
Kandungan oksigen udara hembusan tinggi
Tekanan dalam rongga toraks lebih tinggi daripada udara luar
Rajah 6 menunjukkan proses pertukaran gas di alveolus. Apakah yang diwakili oleh gas X dan gas Y?
X : Wap Air Y : Oksigen
X : Oksigen Y : Nitrogen
X : Karbon dioksida Y : Oksigen
X : Oksigen Y : Karbon dioksida
Apakah fungsi sel darah merah ?
mengangkut oksigen ke seluruh badan
melawan jangkitan
membantu pembekuan darah
mengangkut bahan tidak larut dan haba keluar dari bahan
Kumpulan darah yang manakah dikenali sebagai Penerima Universal?
A
O
AB
B
Apakah kepentingan sel darah putih?
Untuk membunuh bakteria
Membantu dalam pembekuan darah
Membantu mempertahankan badan daripada jangkitan penyakit
Mengangkut oksigen dalam badan
Mengangkut darah terdeoksigen
Transports deoxygenated blood
Arteri / Artery
Kapilari / Capillary
Vena / Vein
Apakah fungsi floem?
mengangkut hasil fotosintesis( glukosa ) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan
mengangkut garam mineral
mengangkut air ke seluruh tumbuhan
menyimpan glukosa pada daun
Apakah maksud proses transpirasi ?
proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air
proses menahan kehilangan air dari daun tumbuhan
proses penyejatan air pada daun dalam bentuk wap air
proses penyimpanan air pada daun tumbuhan
Apakah nama tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran?
Tindak balas endotermik
Tindak balas eksotermik
Termokimia
Antara oksida logam berikut, yang manakah tidak bertindak balas dengan karbon.
Zink oksida
Ferum oksida
Kuprum oksida
Aluminium oksida
Satu mentol memerlukan sebanyak 240 V dan kuasa 100 W. Hitung tenaga elektrik yang digunakan mentol ini dalam satu minit.
24 000 J
12 000 J
6 000 J
3 000 J
Sebiji buah kelapa seberat 2 kg jatuh dari pokok setinggi 6 m. Hitung tenaga keupayan graviti buah kelapa itu sebelum ia jatuh. (g = 10 m s-2 )
3 600 J
2 400 J
1 200 J
6 000 J
Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan penerangan yang betul mengenai bahan radioaktif?
Suatu bahan yang mempunyai nucleus yang stabil.
Suatu bahan yang mudah mereput pada bila-bil masa.
Suatu bahan yang mempunyai nucleus yang tidak stabil dalam struktur atomnya
Suatu bahan yang mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama dalam atomnya
Pada struktur Matahari yang manakah berlakunya tompok Matahari?
Teras
Korona
Fotosfera
Kromosfera
Kira tenaga keupayaan graviti di A (rujuk buku modul m/s 159)
Separuh hayat unsur radioaktif yang berjisim 40 g ialah 2 jam. Tentukan jisim unsur radioaktif yang sudah mereput selepas 6 jam (tulis jalan kira untuk dapatkan jawapan)
