Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan TREND PERSEKITARAN PERNIAGAAN?

a)

Persekitaran Umum

b)

Arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan

c)

Aktiviti dan operasi perniagaan

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan


l. trend melintang

ll .trend meningkat

lll. trend mendatar

lV. trend mencapah

a)

A. l dan ll

b)

B. l dan lV

c)

C. ll dan lll

d)

D. lll dan lV

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis trend perniagaan.


  • Keadaan konsisten dalam perniagaan
  • Tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luar perniagaan


Apakah jenis trend perniagaan tersebut..

a)

A. Trend meningkat

b)

B. Trend menurun

c)

C. Trend mendatar

d)

D. Trend mencapah

4.

Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.


Apakah peranan agensi tersebut.

a)

mengutip cukai

b)

menjaga keamanan negara

c)

memberi pinjaman perniagaan

d)

menguatkuasakan undang-undang

5.

Berikut merupakan faktor yang menyebabkan persekitaran perniagaan berubah.


i. Pekerja kurang bermotivasi

ii. Keadaan ekonomi semakin lembab


Apakah kesan terhadap trend perniagaan?.

a)

trend perniagaan malar

b)

trend perniagaan meningkat

c)

trend perniagaan mendatar

d)

trend perniagaan menurun

6.

Yang manakah pasaran dalam trend persekitaran perniagaan?

a)

Pasaran untuk semua

b)

Pasaran semasa

c)

Pasaran tempatan

d)

Pasaran Kualitatif

7.

Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.

a)

Memotivasikan pekerja

b)

Meningkatkan taraf hidup pekerja

c)

Menjana pendapatan pekerja

d)

Menawarkan perkhidmatan pekerja

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.


Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya Pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

9.

Keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?

a)

Politik yang stabil

b)

Pekerja yang inovatif dan kreatif

c)

Sistem pengurusan yang cekap

d)

Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan

10.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

a)

Faktor Dalaman :Ekonomi

Faktor Luaran :Undang – undang

b)

Faktor Dalaman: Ekologi

Faktor Luaran : Pemasaran

c)

Faktor Dalaman :Kewangan

Faktor Luaran :Gaya Pengurusan

d)

Faktor Dalaman:Sumber manusia

Faktor Luaran: Politik

11.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

a)

Sumber manusia

b)

Teknologi maklumat

c)

Persaingan dan jaringan

d)

Sosiobudaya

12.

Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.

Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Keadaan ekonomi semakin lembab

c)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

d)

Kos pengeluaran semakin meningkat

13.

X merupakan suatu proses untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.


Apakah X?

a)

Politik

b)

Ekonomi

c)

Pengeluaran

d)

Undang-undang

14.

Situasi 1: Pekerja bekerja untuk satu jangka masa pendek dan terpaksa mencari pekerjaan lain pula.


Situasi 2: Berlaku perubahan dalam industri secara keseluruhan dan ini menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan.


Pasangan manakah yang benar?

a)

Situasi 1: Pengangguran kitaran

Situasi 2: Pengangguran teknologi

b)

Situasi 1: Pengangguran teknologi

Situasi 2: Pengangguran kitaran

c)

Situasi 1: Pengangguran bermusim

Situasi 2: Pengangguran struktur

d)

Situasi 1: Pengangguran struktur

Situasi 2: Pengangguran bermusim

15.

Apakah dimaksudkan dengan guna tenaga penuh?

a)

Tidak berlaku pengangguran geseran

b)

Semua penduduk mempunyai pekerjaan

c)

Negara akanmenghadapi kemelesetan ekonomi

d)

Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus