Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 (UNIT 8)
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Ain dan adiknya tidak mengemaskan ruang tamu rumah selepas bermain
Apakah tindakan ibu Ain dalam situasi ini?
Memarahi Ain kerana tidak membersihkannya
Menyuruh Ain dan adiknya sama-sama mengemaskan ruang tamu
Mengemas sendiri ruang tamu
Menyuruh kakak sulung Ain untuk membersihkan ruang tamu
Setiap hari ibu akan menyediakan masakan dan menghidangkan makanan kepada keluarga.
Keluarga yang bersikap adil akan ________________________________________.
membiarkan hanya seorang sahaja ahli keluarga untuk melaksanakan tugasan di rumah
membantu meringankan tugas di rumah jika perlu sahaja
menganggap bahawa tugas itu memang tanggungjawab ibu sahaja
melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama di rumah
Apakah kepentingan bersikap adil dalam keluarga?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Menjadikan ahli keluarga rasa terbeban
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Mengelakkan perasaan tidak puas hati
Menjadikan ahli keluarga bersikap mementingkan diri sendiri
Apakah perasaan apabila keluarga mengamalkan sikap adil?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Bahagia
Cemburu
Dihargai
Susah hati
Ibu bapa haruslah _________________________________________.
memberikan kasih sayang dengan adil kepada semua anak
menyayangi anak yang lebih pandai sahaja
melebihkan perhatian kepada salah seorang anak
membiarkan anak-anak tanpa kasih sayang
Penny dan Polly sering berebut untuk menggunakan komputer riba di rumah.
Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka?
Membahagikan masa menggunakan alat tersebut dengan adil
Meminta ayah membelikan komputer riba untuk setiap seorang
Penny harus mengalah dengan Polly kerana dia seorang kakak
Polly harus mengalah dengan Penny kerana dia seorang adik
Laila membelikan 6 biji kek cawan untuk dia dan dua orang adiknya.
Apakah yang perlu Laila lakukan untuk membahagikan kek cawan tersebut?
Memberikan 1 biji kek cawan kepada adik-adiknya untuk dikongsikan
Laila mengambil 4 biji kek cawan untuk diri sendiri kerana dia yang membelinya
Adik-adiknya akan mengambil semua kek tersebut
Membahagikan sama rata iaitu setiap orang akan mendapat 2 biji kek
Abang sedang tidur dengan lena di biliknya semasa ahli keluarga yang lain sedang sibuk menyediakan jamuan untuk keluarga.
Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan?
Membiarkan abang kerana ahli keluarga lain boleh melakukan semua tugasan
Membangunkan abang dari tidurnya supaya bersama-sama membantu keluarga
Membiarkan abang tidur supaya dia tidak mengikuti jamuan keluarga
Memarahi abang kerana tidak membantu keluarga apabila dia bangun
Katil dalam bilik tidur Nana dan Nini tidak dikemaskan setiap kali bangun dari dari tidur.
Apakah tindakan Nina sebagai seorang kakak?
Memarahi Nana kerana tidak mengemaskan katil selepas bangun dari tidur
Memarahi Nini kerana tidak mengemaskan katil selepas bangun dari tidur
Memarahi Nana dan Nini kerana tidak mengemaskan katil selepas bangun dari tidur
Mengemaskan katil tersebut
Encik Tan mahu membelikan hadiah untuk anak-anaknya sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dalam pembelajaran.
Apakah tindakan adil yang harus dilakukan oleh Encik Tan?
Membelikan hadiah kepada anak yang paling pandai sahaja
Membelikan hadiah paling istimewa untuk anak yang paling pandai dan hadiah biasa untuk anak yang lain
Membelikan hadiah kepada semua anak-anaknya
Menyuruh anak yang masih lemah dalam pembelajaran untuk berusaha jika ingin mendapat ganjaran hadiah
Lee Cheong sering kali memberi pinjam permainannya kepada adik lelakinya tetapi tidak suka memberinya kepada adik perempuannya.
Apakah kesan daripada tindakan Lee Cheong?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Lee Cheong bersikap adil kepada adik-adiknya
Lee Cheong bersikap tidak adil kepada adik-adiknya
Adik lelakinya akan berasa tidak disayangi
Adik perempuannya akan berasa tidak puas hati
Puan Helena memberi wang saku secara _______________________ dan _______________________.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
pilih kasih
adil
berbeza
sama rata
Encik Daljit meminta anak-anaknya membasuh kereta pada waktu petang.
Apakah kebaikan sikap Encik Daljit?
Menyuruh anak-anaknya melakukan sesuatu tugasan tanpa pilih kasih
Menyebabkan anaknya berasa tidak puas hati kerana terpaksa melakukan tugasan
Encik Daljit hanya menyuruh anak yang sulung sahaja untuk melakukan semua tugasan
Anak-anaknya berasa kurang senang kerana disuruh melakukan tugas yang berat
Nyatakan kelebihan menjalankan aktiviti bersama-sama keluarga.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli keluarga
Tugasan yang berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama
Menunjukkan sikap adil yang diamalkan dalam keluarga
Hubungan keluarga akan menjadi renggang
Nyatakan kepentingan bersikap adil terhadap keluarga.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Ahli keluarga akan rasa dihargai
Mewujudkan sikap pentingkan diri sendiri
Menimbulkan rasa tidak puas hati
