Font size
WorksheetsUJIAN TATABAHASA - PT.IMTIYAZ (2)
Total questions: 50
Worksheet time: 24mins
Julian dan kakaknya membeli ___________ rantai emas sebagai hadiah hari lahir ibu mereka.
seutas
sehelai
sebentuk
sekeping
Puan Salina membeli beberapa ___________ serai di pasar pagi tadi.
kaki
papan
batang
rumpun
“Janganlah ________ berkaki ayam semasa bermain di padang,” nasihat Nazri kepada kedua-dua orang adiknya.
kami
awak
kamu
mereka
“________ hendak ke mana?” Tanya Linda kepada perempuan yang duduk di sebelahnya.
A. Tuan
B. Encik
C. Saudari
D. Saudara
Budak itu berlari dengan pantas apabila______ oleh seekor anjing liar.
A. dikejar
B. terkejar
C. berkejaran
D. mengejarkan
Rombongan itu _________ bertolak ke Melaka pada pukul 8.00 pagi tadi.
A. akan
B. telah
C. harus
D. sedang
Nenek berasa sejuk ketika bersiar-siar di pantai kerana angin bertiup _________.
A. laju
B. cepat
C. pantas
D. kencang
Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain badminton negara yang ________ handal.
A. paling
B. sekali
C. betul
D. nian
Pihak jawatankuasa komuniti akan berusaha untuk menyelesaikan _________ masalah yang disuarakan oleh penduduk.
A. para
B. segala
C. sebahagian
D. sesetengah
_________ orang murid sedang mendaftar untuk menyertai kem motivasi itu.
A. Berlima
B. Sekalian
C. Setengah
D. Bebarapa
Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.
Memajukan
Mengusulkan
Menyarankan
menganjurkan
"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.
cik
beliau
saudara
dia
Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.
jika
lalu
agar
serta
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
Pemuda yang berani itu terjun ke dalam sungai untuk ___________ budak yang hampir mati lemas itu.
menyelamatkan
terselamat
keselamatan
diselamatkan
Sarah _____ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
kekeliruan
kepenatan
kebuntuan
kepekaan
Fatimah dan ibunya _______ bakul dan beg plastik yang berisi ikan dan syur-sayuran.
menyeret
menyandang
menjinjing
memikul
Siti ________ badan kucing kesayangannya yang sedang tidur lena itu.
membelek-belek
memintal-mintal
mengusap-usap
menggoyang-goyang
Awatif ............ kerana kurang membaca.
bagai abu di atas tunggul
bagai pinang dibelah dua
bagai bertepuk sebelah tangan
seperti katak di bawah tempurung
Penduduk Kampung Pening Lalat selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu ................
bagai aur dengan tebing
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin
di
pada
ke
dari
“Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.
sebatang
sebilah
sebuah
sekeping
_______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis itu.
Aku
Saya
Awak
Anda
Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.
perlahan
pantas
cepat
beransur-ansur
Suara juruhebah itu kurang ____________ .
jelas
gopoh
kasar
kuat
Sazali, Kamal dan Yahya berlatih _menyanyi sambil __________ alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.
bermain
permainan
memainkan
memetik
Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________ bas yang ada di hadapannya.
melanggar
menyelit
memotong
menyusup
Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.
bagi
untuk
kepada
daripada
Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.
pada
dari
kepada
daripada
Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar oleh anjing.
sambil
dengan
seraya
dan
“Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.
harus
dapat
boleh
hendak
Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.
setiap
beberapa
sebilangan
sebahagian
Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi nilainya.
rendah
benar
nian
agak
Tubuh ahli bina badan itu sangat_________________ kerana sering melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium.
tegap
teguh
tahan
mantap
Berita palsu itu __________________ secara meluas dalam kalangan masyarakat.
tularan
ditularkan
penularan
menularkan
"Bendahara, adakah persiapan untuk majlis perkahwinan anakanda __________________ sudah siap diatur?" Sultan Melaka bertitah kepada Tun Perak.
tuanku
patik
beta
baginda
Kajian tentang penyakit barah otak itu sedang dilakukan ____________ beberapa orang doktor pakar.
oleh
dengan
kerana
pada
Wak Leman _____________ air sungai dengan menggunakan sebiji baldi.
menuang
mencurah
mengisi
menceduk
Cikgu Irfan mengambil gambar ______________ yang sedang berkawad kaki di padang.
api-api
iras-iras
murid-murid
Encik Muaz membeli dua gugus anggur untuk dibawa pulang.
betul
salah
Encik Halin membantu jirannya yang disengat _____________.
lebah
angsa
kerbau
burung
Sultan Ali: " ___________ berasa bangga kerana rakyat _______ sangat ringan tulang."
Beta , beta
Beta, baginda
Patik , beta
Patik , tuanku
Cikgu Chan menggunakan se_________ gunting untuk menggunting lebihan tali yang diikat pada kain rentang.
bilah
pasang
keping
rangkap
