NEW
Font size
WorksheetsSAFETY/KESELAMATAN
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah BUKAN tujuan pematuhan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja?
Menjaga tahap kesihatan pekerja supaya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Mencegah penularan penyakit
Mewujudkan situasi kerja yang sihat dan selamat
Memastikan pekerja sentiasa berpakaian mengikut fesyen terkini
Manakah antara berikut yang BENAR berkenaan dengan alat pelidung diri di tempat kerja?
Alat pelindung muka berfungsi sebagai pelindung muka daripada terkena sinaran matahari
Topi keselamatan berungsi sebagai lambang kedudukan jawatan seseorang di tempat kerja
Alat pelindung pernafasan berfungsi untuk melindungi organ pernafasan daripada bahan kimia, mikro-organisma, debu, asap, gas beracun dan sebagainya
Alat pelindung kaki berfungsi sebagai lambang status seseorang pekerja di tempat kerja
Manakah antara berikut yang TIDAK BENAR tentang warna yang biasa digunak pada papan tanda keselamatan di tempat kerja?
Merah
Hijau
Merah jambu
Putih
Semua peralatan berikut merupakan peralatan keselamatan di tempat kerja, KECUALI.
Alat pemadam kebakaran
Alat pemanas air
Peti rawatan kecemasan
Alat pelindung muka
Apakah tujuan stor menyimpan bahan api diletakkan terasing daripada bangunan tempat kerja?
Mudah menyimpan bahan api kerana kenderaan yang mengangkut bahan api tersebut boleh sampai depan pintu stor
Menganggu ruang jika diletakkan dalam bangunan yang sama dengan tempat kerja
Stor bahan api menyimpan bahan yang mudah terbakar, jika berlaku kebakaran ianya tidak melibatkan bagunan tempat kerja dan lebih mudah dikawal
Kos membina stor bahan api tersebut lebih rendah jika diletakkan berasingan dengan bagunan tempat kerja
Apakah tujuan papan tanda keselamatan diletakan di tempat kerja?
Sebagai panduan langkah kerja di tempat kerja
Memberi amaran tentang risiko keselamatan di tempat kerja
Sebagai dekorasi wajib di tempat kerja
Sebagai bahan bacaan bagi mengelakkan kebosanan di tempat kerja
Berikut merupakan ciri-ciri penting bagi papan tanda keselamatan di tempat kerja, KECUALI.
Rekabentuk yang cantik dan menarik
Warna papan tanda mesti mengikut ketetapan pihak berwajib
papan tanda diletakan di tempat-tempat yang berisiko
Mengunakan bahasa yang mudah difahami
Apakah yang dimaksudkan dengan papan tanda seperti paparan di atas?
Laluan masuk ke tempat kerja
Laluan keluar jika berlaku kebakaran
Laluan ke tandas lelaki
Laluan yang dibenarkan berlari
Berikut merupakan alat pelindung diri di tempat kerja/personal protective equipment (PPE), KECUALI.
Alat pemadam api
Alat pelindung tangan
Alat pelidung muka
Alat pelindung telinga
Peralatan pelindunga diri seperti dalam rajah selalu digunakan di tempat kerja. Apakah nama perlatan tersebut?
Alat kanta mata
Cermin muka keselamatan
Alat pelindung muka
Cermin mata keselamatan
