NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU 2021
Total questions: 50
Worksheet time: 58mins
Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
KERACUNAN MAKANAN
PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.
Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.
Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.
Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.
Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.
1. Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?
Kuih yang dijual
Nasi lemak yang dijual
Makanan yang dijual
Minuman yang dijual
2.Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan?
Sakit perut
Muntah-muntah
Sakit perut yang serius
Sakit perut dan muntah-muntah
3.Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan?
8
10
12
20
4. Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
Pusat Kesihatan Pantai Remis
Guru yang bertugas
Guru besar
5. Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________
Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat.
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.
Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.
Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.
Soalan 6 hingga soalan10
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Arahan :
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan menyertainya. Ada tiga jenis aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan
dan unit beruniform.
Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak faedah. Faedah pertama, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, melalui pengakap murid-murid akan
belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya.
Faedah kedua, dapat mengelakkan diri murid-murid daripada membuang masa dengan kerja-kerja yang
tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan budak-budak nakal dan sebagainya.
Faedah ketiga, semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.
Faedah keempat, murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit yang disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon memasuki sekolah berasrama atau universiti.
Itulah antara faedah murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, murid-murid digalakkan
menyertainya.
6. Apakah kegiatan yang diwajibkan di sekolah-sekolah?
Pengakap
Kurikulum
Permainan
Kokurikulum
7. Perkataan mengeratkan dalam petikan di atas bermaksud
mengikatkan
meningkatkan
mengukuhkan
mendekatkan
8. Mengapakah murid-murid tidak digalakkan
mensia-siakan masa?
Supaya murid-murid disayangi guru-guru
Supaya prestasi pelajaran tidak merosot
Supaya terhindar daripada perlakuan negatif
Supaya senang memasuki sekolah berasrama
9. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terbahagi kepada
tiga jenis.
empat jenis.
lima jenis.
enam jenis.
10. Pilih pernyataan yang tidak benar.
Aktiviti kokurikulum dimestikan kepada semua murid
Melalui permainan murid-murid dapat melapangkan fikiran
Aktiviti pengakap dapat melatih murid-murid hidup berdikari
Sijil kokurikulum menjamin murid melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
11. Beberapa buah keluarga telah dipindahkan kerana tempat tinggal mereka telah ditenggelami air se__________ tiga meter.
dalam
jauh
luas
panjang
12.Masyarakat di Malaysia memakai pakaian yang ___________ kerana iklim di sini panas dan lembap sepanjang tahun.
tebal
nipis
jarang
ketat
13. Berhati-hatilah semasa _________ memandu kerana kecelakaan jalan raya dapat dielakkan jika ___________sentiasa berwaspada.
kita…anda
awak…kami
kamu…mereka
anda…kita
14. Para belia mestilah menghindarkan diri daripada ____________ ke dalam perangkap najis dadah.
terjerumus
terpengaruh
terdorong
terpedaya
15. Mak Kiah sedang menampi __________di halaman rumahnya.
beras
nasi
padi
antah
16. Nenek sedang ___________sebuah cerek besar menuju ke dapur.
memikul
menjinjing
mengangkat
mengusung
17. Keindahan di kawasan puncak gunung akan
____________ketika cuaca baik.
terpancar
tergambar
terserlah
ternampak
18. Masalah ______________dadah bukan sahaja berlaku kepada belia malah terjadi juga dalam kalangan pelajar sekolah.
salah guna
penyalahgunaan
penggunaan
disalahgunaka
19. Kerajaan akan __________undang-undang bagi melindungi golongan wanita daripada keganasan.
membaiki
menggubal
menggubah
mencipta
20. Dahlia bercerita __________pengalamannya melancong di Bali.
dengan
kepada
tentang
pada
21. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
Masalah mangsa-mangsa banjir itu dapat diatasi oleh Pegawai Daerah dengan adanya bantuan segera daripada kerajaan.
Pegawai Daerah dapat menyelesaikan masalah mangsa-mangsa bantuan segera daripada banjir.
Pegawai Daerah dapat menyelesaikan masalah mangsa-mangsa banjir dengan adanya bantuan segera daripada kerajaan.
Pegawai Daerah dapat menyelesaikan bantuan segera daripada kerajaan terhadap mangsa-mangsa banjir.
Pegawai Daerah dapat menyelesaikan dengan segera masalah mangsa-mangsa banjir itu.
22. “Jangan abaikan pelajaran anda,” kata penceramah itu kepada para hadirin.
Penceramah itu memarahi anda kerana mengabaikan pelajaran para hadirin.
Penceramah itu menegah para hadirin mengabaikan pelajaran anda.
Penceramah itu menasihati hadirin supaya tidak mengabaikan pelajaran.
Anda diingatkan oleh penceramah agar tidak mengabaikan pelajaran hadirin.
23. Orang ramai terus membanjiri ekspo itu walaupun hujan turun dengan lebat.
Ekspo itu diteruskan walaupun hujan lebat turun dan dibanjiri oleh orang ramai.
Hujan yang turun dengan lebat telah menyebabkan ekspo itu dibanjiri orang ramai.
Hujan lebat tidak menghalang orang ramai daripada mengunjungi ekspo itu.
Hujan lebat telah menyebabkan ekspo yang diminati ramai itu mengalami banjir.
24. Kita mestilah bersikap lemah lembut ______warga emas kerana jiwa mereka mudah terguris.
tentang
terhadap
kepada
bagi
25. Walau pun harga ubat itu ________mahal, Puan Fatimah terpaksa membelinya kerana anak sulungnya sakit tenat.
I amat
II terlalu
III sangat
IV tersangat
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
26. Penduduk kampung yang tidak bersetuju terhadap projek itu _________menghantar surat bantahan kepada penghulu.
I telah
II akan
III belum
IV pernah
I dan II
II dan III
I, II dan IV
I, II, III dan IV
Soalan 27 hingga Soalan 29
Pilih kata hubung yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
27. Swee Fong mengambil buku ________________________ memberikannya kepada pengawas yang bertugas di sana.
dan
lalu
supaya
hingga
28. Latihan bola sepak akan ditangguhkan _______________________ hari hujan.
tatkala
jika
kerana
walaupun
29. Saya tetap akan meneruskan rancangan itu __________________________ Shan bersetuju atau tidak.
sama ada
melainkan
kecuali
serta
Soalan 30 dan 31
Pilih penanda wacana yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
30. Penunggang-penunggang motosikal itu berteduh di bawah jejambat ______________ hujan turun dengan lebatnya.
manakala
tatkala
jika
apabila
31. __________ menunggu jurulatih sampai,
pemain-pemain bola sepak itu melakukan latihan sendiri __________ mereka mempunyai semangat yang tinggi.
Setelah ... kerana
Biarpun ... ketika itu
Sementara ... walhal
Sementara ... oleh sebab
Soalan 32 hingga soalan 34
Pilih kata ganda yang sesuai.
32. Sampan nelayan itu __________________di tengah laut kerana dipukul ombak.
terbawa-bawa
terkumat-kamit
terhuyung-hayang
terumbang-ambing
33. Malaysia ialah sebuah negara yang _________________________ dan aman makmur.
kucar-kacir
haru-biru
pecah-belah
bersatu-padu
34. Pelanggan di kedai ________________________ harga
sayur-sayuran itu dengan jurujual.
beli-membeli
tawar-menawar
timbang-menimbang
jahit-menjahit
Soalan 35 hingga soalan 36
Pilih jawapan yang paling tepat bagi ayat tanya yang diberi.
35. Saya belum menerima wang pampasan itu.
Bilakah kamu menerima wang pampasan itu?
Sudahkah kamu menerima wang pampasan itu?
Mengapakah kamu menerima wang pampasan itu?
Berapakah jumlah wang pampasan itu?
36. Guru besar menasihati murid - murid agar rajin belajar.
Bilakah guru besar memberi nasihat kepada murid – murid?
Di manakah guru besar memberi nasihat kepada murid - murid?
Adakah guru besar memberi nasihat kepada murid - murid ?
Apakah nasihat guru besar kepada murid - murid?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
37. Mengapakah fikiran kamu rungsing?
Fikiran saya rungsing kerana kekurangan belanja .
Ya, fikiran saya rungsing kerana kekurangan belanja.
Fikiran dia rungsing kerana kekurangan belanja.
Memang benar fikiran saya rungsing kerana kekurangan belanja.
Soalan 38 hingga soalan 40
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai.
38. Ramasami memasukkan beberapa _____________ duit syiling ke dalam tabung simpanannya.
biji
helai
berkas
keping
39. Puan Zamilah menggunakan _________________ benang untuk menjahit ___________ baju kebaya anaknya.
sebuku ........... sehelai
seurat ............. sehelai
selembar .............. sepotong
segulung ................ sebuah
40. Puan Nancy meletakkan _____________ pisang dan dua _____________ durian di atas meja.
sebiji ... gugus
sebiji ... jambak
sesisir ... biji
sesikat ... gugus
41. “___________________ berbangga mendengar kejayaan rakyat Malaysia yang berjaya di peringkat antarabangsa,” titah sultan.
Beta
Patik
Hamba
Baginda
42. Kereta api itu bertolak ____________________ Sungai Petani ___________ Kuala Lumpur.
ke ................ untuk
dari .............. ke
di ................ ke
kepada ......... dari
43. Kita digalakkan mengunjungi sahabat handai untuk mewujudkan perpaduan ______________ kaum.
untuk
pada
antara
terhadap
44.Pilih ayat yang menggunakan kata penguat yang betul.
Perangai budak-budak itu baik sekali.
Kek yang dibuat oleh Kak Lela nian lembut.
Pahlawan Melayu yang nian handal ialah Hang Tuah.
Pedang Samurai itu tajam paling.
45. Pilih soalan yang paling tepat bagi jawapan yang diberi.
Perodua Kancil ialah kereta kedua Malaysia.
Bilakah kereta kedua Malaysia dinamakan?
Apakah nama kereta kedua Malaysia?
Berapakah kereta kedua Malaysia?
Di manakah kereta kedua Malaysia dikeluarkan?
46. Memang benar latihan bola jaring pada petang ini telah ditunda.
Mengapakah latihan bola jaring pada petang ini telah ditunda?
Siapakah yang menundakan latihan bola jaring pada petang ini?
Apakah yang menyebabkan latihan bola jaring pada petang ini ditunda?
Benarkah latihan bola jaring pada petang ini telah ditunda?
Soalan 47 hingga soalan 49
Pilih ayat-ayat yang betul.
47.
I .Pendapatannya dalam hal itu tidak diterima oleh orang lain.
II Murid yang cerdik tidak banyak bicara.
III Sejak berpindah ke tempat baharu itu, kesihatannya
bertambah baik.
IV Pisang goreng Kak Milah sungguh ranggup.
I dan II
III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Soalan 47 hingga soalan 49
Pilih ayat-ayat yang betul.
48.
I Di waktu petang, Siva menolong ayahnya mencuci kereta.
II Kami akan ke Putrajaya pada hujung minggu ini.
III Janganlah memandu terlalu laju benar.
IV Semua anak Pak Ali bekerja di bandar raya Melaka.
I sahaja
I dan II
II dan III
II dan IV
Soalan 47 hingga soalan 49
Pilih ayat-ayat yang betul.
49.
I Amalin bukan sahaja pandai lalu rajin belajar.
II Jangankan awak saya pun malas ke sana.
III Mereka tidak pernah berputus asa dalam pelajaran.
IV Mi di antara makanan kegemaran murid-murid.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi
50. Semua orang menghadiri mesyuarat yang diadakan di balai raya.
Mesyuarat yang hendak diadakan di balai raya akan dihadiri oleh penduduk.
Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh orang ramai.
Mesyuarat di balai raya dihadiri orang ramai.
Mesyuarat yang diadakan di balai raya dihadiri oleh semua orang.
